June 26, 2013
Rancu 1
Breakfirst hari ni..sanggup berpusing ke tapak pasar Ampangan demi semata nasi kerabu.Selalu beli kat awe tapi hari ni ubah selera beli kat makcik timah ~suko ati kau~ kari tu sedap tapi tak berapa menepati citarasa sebab tak diiringi dengan limau dan solok lada..apa pun alhamdulillah.
p/s : tapi yang paling hampeh ialah bila kau nak beli barang , turun jer kereta baru kau sedar tali bra kau tercabut.demi semata nasi kerabu kau duk tutup2 baju dgn beg.mujur aku pakau beg sandang belakang..keh3..dan tetiba masa tu terasa semua orang pandang kau saja seolah2 kau pakai baju transparent...ceeehhhhhhhhh...
diari hati ilhamhainy at 1:58 PM 0 comments
May 22, 2013
Kecian...bersawang sesawang
Sungguh betul-betul lama tak berblog.Bukan setakat berhabuk berdebu segala macam ada tikus pun ada...Lama betul ku tingalkan..Kini semangat menulis kembali lagi..memuncak...!
sambung lagi>>>>>>>>>>daaaa
diari hati ilhamhainy at 10:49 AM 0 comments
September 26, 2012
Katakan apa saja-Rancu kehidupan
Sekiranya putaran roda saya kini dibawah, saya berdoa agar Allah membantu dan memberikan saya kekuatan dalam mengharungi semua ujian dengan tabah.Saya redha mungkin ini juga sebagai penghapus dosa-dosa lampau saya.Semoga kitaran roda saya akan bergerak keatas sedikit masa lagi dengan keizinan-NYA.Allah maha besar.
diari hati ilhamhainy at 11:37 AM 0 comments
UPSR oh PMR
UPSR memang dah berlalu tapi daku still nak update..Sejak-sejak pakai wirelessssssss ni...adooiii line selalu bermasalah..penyebab untuk malas nk update blog.
Sepanjang 3 hari peperiksaan, saya memang tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan urusan anak.Berdoa semoga diberi idea2 yang bernas..Ada sahabat mengatakan terujanya saya kerana sentiasa memberi laporan terkini di facebook.Sebenarnya ia adalah salah satu cara untuk saya mengurangkan tekanan.Tak peduli apa orang lain nak kata..setiap orang penerimaannya tak sama..betui..?Ada pula biawak yang berkata kemain lagi heboh anak ambik peksa..tak dapek 5A tak taulah..buek malu yo..Tak pe saya mampu menyerap apa saja..Apapun hanya munajat, doa dan tawakkal semoga keputusan yang keluar nanti tidak menghampakan.
Debaran saya masih belum berakhir.PMR akan bermula pada 9hb.Oktober 2012.Keterujaan saya akan bermula lagi untuk mengemaskini situasi..Biarkan biawak2 tu berpinau mata...ish..ish..ish...Tinggi harapan saya semoga anak-anak ini beroleh kejayaan yang cemerlang.Tiada ibu yang mahu melihat anaknya kecundang..
p/s : Ingat anak2..doa seorang ibu itu sangatlah mustajab
diari hati ilhamhainy at 10:22 AM 0 comments
September 5, 2012
Syawal yg berlalu
Lambat bebenor dah rasanya nak mengucap Selamat Menyambut Syawal..Sibuk bebenor...Alih-alih syawal dah nak ke penghujung..
Dan entah kenapa syawal kali ni banyak pula permintaan yang menuntut keikhlasan hati ini..Dan entah kenapa pula hati ini menurut tanpa banyak bicara...Wallahuaklam...Perlu istiqamah dalam banyak perkara ..Semoga Allah menggantikan dengan perkara yang penuh dengan seribu kebaikan berlipat kali ganda...
Tumpuan saya sekarang adalah dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR..bedebau-debau rasanya..Semoga mereka pun istiqamah juga...
diari hati ilhamhainy at 12:07 PM 0 comments
August 6, 2012
Ramadhan semakin menginsafkan vs iftar dimana-mana
Pejam celik dah pertengahan ramadhan..Waaahhh...lama tak update..Tak tahu apa yang disibukkan..
Entah..pegang je papan kekunci, mata mula la mengkuyu..
Sejak hari pertama berpuasa kecuali hari sabtu dan ahad, berbuka saya adalah didalam kereta..heh!!Almaklumlah penghantaran mangkuk tingkat saya tetap berjalan seperti biasa, Disebabkan jarak setiap lokasi adalah berbeza, maka berbuka sajalah dalam kereta..Mesti ada sebotol teh tarik, sebotol air kosong, kurma dan sedikit kudapan, lepas tu pecut la balik rumah, takut terlepas maghrib pula..
Lepas terawikh, ada juga penghantaran selepas sembahyang terawikh, hanya sebuah rumah, dan jarak pun tidaklah jauh.
Ada satu tahap memang terasa lelah dan penatnya...Penat..?memang hari-hari penat....Tapi bila memikirkan semula perkhidmatan yang saya berikan adalah perkhidmatan yang memudahkan orang...perasaan tu surut sedikit...Moga Allah memberikan saya ganjaran yang berlipat ganda..Ada masanya saya rasa sangat gembira dan teruja untuk sediakan masakan dan penghantaran..Jangan tanya bila masa saya buat semua itu..yang pasti waktu pejabat saya tidak terganggu.
Apa yang saya perasankan adalah hari sabtu hari rehat saya ditambah pula ada saja jemputan iftar..wahh..berlambak-lambak makanan..Sabtu lepas ke Shah Alam, Family iftar..alhamdulillah berkesempatan ke sana...berlambak-lambak makanan...tak tahu mana nak cubit..Yang pasti lepas berbuka, saya tak akan mengulang lagi..I'm full..heh!
diari hati ilhamhainy at 3:16 PM 0 comments
June 5, 2012
Rabbani feat Dato'ustzh Nor Bahyah
diari hati ilhamhainy at 1:57 PM 0 comments
May 24, 2012
Buah zuriat ~ cognation fruit...
Suka ati jer nak translate nama buah tu...
Ada orang nak kirim buah ni kat kiter sebab dah kahwin 2 tahun belum dapat tuai hasil.Kirimkan sekali dengan duitnya ya...kalau kirim air liur tengok jer la gambonya kat sini..
P/s = kredit gambar..google & en. ben
diari hati ilhamhainy at 12:18 PM 0 comments
May 22, 2012
3 Serangkai @ 3 siblings
Gambar sudah memaknakan kata-kata.Picture tells the story.Tiga anak lelaki lahir dibawah bulan yang sama dimana si abang mendahului pada 03/05/2012 diikuti dengan diklang dan ilham pada berkongsi tarikh yang sama iaitu 07/05/2012.
"Ya allah jadikanlah mereka ini orang yang mendirikan sembahyang, mentaati perintah-Mu, meninggalkan larangan-Mu serta menghormati kedua orang tuanya"
diari hati ilhamhainy at 8:34 AM 0 comments