September 26, 2012

UPSR oh PMR

UPSR memang dah berlalu tapi daku still nak update..Sejak-sejak pakai wirelessssssss ni...adooiii line selalu bermasalah..penyebab untuk malas nk update blog.

Sepanjang 3 hari peperiksaan, saya memang tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan urusan anak.Berdoa semoga diberi idea2 yang bernas..Ada sahabat mengatakan terujanya saya kerana sentiasa memberi laporan terkini di facebook.Sebenarnya ia adalah salah satu cara untuk saya mengurangkan tekanan.Tak peduli apa orang lain nak kata..setiap orang penerimaannya tak sama..betui..?Ada pula biawak yang berkata  kemain lagi heboh anak ambik peksa..tak dapek 5A tak taulah..buek malu yo..Tak pe saya mampu menyerap apa saja..Apapun hanya munajat, doa dan tawakkal semoga keputusan yang keluar nanti tidak menghampakan.

Debaran saya masih belum berakhir.PMR akan bermula pada 9hb.Oktober 2012.Keterujaan saya akan bermula lagi untuk mengemaskini situasi..Biarkan biawak2 tu berpinau mata...ish..ish..ish...Tinggi harapan saya semoga anak-anak ini beroleh kejayaan yang cemerlang.Tiada ibu yang mahu melihat anaknya kecundang..

p/s : Ingat anak2..doa seorang ibu itu sangatlah mustajab

0 comments: