May 24, 2011

Tazkirah kematian buat sahabat...Azie

Apabila Tiba Ajalnya, Takkan Ditangguh Lagi
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: 11)
Semalam saya mendapat khabar dari ruang laman sosial.Seorang sahabat telah pergi menemui Ilahi di subuh yang hening kerana serangan jantung.Alfatihah buat arwah Ainudin bin Ismail.
 

Menetap di Yan, Kedah. Meninggalkan seorang balu Noraziah Jantan dan 4 orang anak.Sayu dan hiba rasa dihati kerana mereka suami isteri pernah belajar bersama saya semasa di MARA kedah. Banyak kenangan pahit manis dilakar bersama.Tiada kudrat dan kemampuan untuk saya menziarahi keluarga yang di tinggalkan.hanya doa yang mampu saya kirim.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat olehNya bersama-sama orang yang beriman.

Kematian  ini  haruslah diambil pengajaran . Renungkanlah ayat terakhir surah Al-Munaafiquun. Allah telah tegaskan, bahawa tatkala tiba saat kematian, takkan terlewat sedikitpun. saya sendirientah bila akan pergi. Sebentar lagi? Besok? Minggu depan? Bulan depan? Atau mungkin beberapa saat lag.Wallahuaklam.
Tazkirah kematian

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi
merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi
dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku
dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak
dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak
tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai
saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di tepi kubur masing-
masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di
muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu menjawab: "Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku".

Setelah mendengar jawapan mayat itu,
Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."
*** Semoga Azie akan terus tabah membesarkan anak-anak.. 
***daku teringat arwah mak. Bonda tercinta.memang daku sentiasa teringat...nak nangis..nak nangiss...boleh x...nak nangis jugaakkk...rinduuuuu***

0 comments: