June 27, 2011

OMG....baru ku tahu..pencen PENAKAT dan Khairat kematian

Last saturday saya berkesempatan menziarahi seorang teman yang telah hampir 6 bulan kematian suami..Hari-hari lalu depan rumah..tapi tak nyempat-nyempatnya nak nyinggah..

Kak In ni ada lima anak semuanya tengah menaik.Si sulung sedang belajar di Uitm Melaka..Second pulak baru daftar kat USM P.Pinang.Nombor 3 tingkatan 3 seterusnya tingkatan dua dan last darjah 4.Anak-anak dia semuanya bijak-bijak sokmo..

Arwah suami kak In dah lama tak bekerja adalah dalam 10 tahun..Kasihan juga tengok Kak In walau berjawatan dalam institusi kewangan, tapi nak menanggung 5 anak dan suami...mana cukuppp...Arwah suaminya dikesan mengidap kanser otak dalam dua tahun sebelum ini yang mana akhirnya menghembus nafas terakhir..Ku kira beliau tidaklah begitu terhimpit sebab sebelum ni kak In yang mencari rezeki cuma dari segi urusan rumahtangga ni dia agak kacau bilau sedikit kot sebab urusan sebelum ni si arwah yang uruskan...Hmm..lebei kurang sura rumahtangga..

Apa yang saya nak highlight kat sini ialah tentang Pencen Penakat.Ialah selepas suami dia meninggal...Kak In ni cuba2lah bertanya pada SOCSO..pada EPF, pada ASB..dan pada mana-manalah yang boleh dikorek..Ialah kita ni bukan jutawan, kalau pergi tinggalkan hutang..jadinya waris yang hiduplah kena ambil alih..Kak In pergi pun setelah digerakkan oleh ayah dia untuk cuba-cuba bertanya..kot-kot..kalau-kalauu..haaa....biasalah ayat orang kita.

Rupanya ada satu pencen dinamakan 'Penakat' yang disediakan oleh socso untuk waris yang tinggal.Seumur hidup pulak tu..Bayaran dikira 50 % mengikut gaji terakhir sebelum meninggal.Apa....?tu pun kau tak tawu...?Eleh...ramai orang tak tahu sebenarnya dan tak malu ai nak ngaku ai pun tak tahu..So, bawalah sijil kematian dan rujuklah  pada pihak Socso..Satu lagi.. waris juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM 1500..Lega dah sikit kat situ..kann?Sapa nak bagi ye tak..kalau ada cover insuran lain cerita...ini bagi yang tiada perlindungan lansungg...jangan ingat dunia kiamat terus..ini untuk mereka yg ada potongan Socso saja yerr..Ramai orang hanya tahu PENCEN ILAT.


"Setiap majikan bertanggungjawab untuk membuat caruman Perkeso pekerja kerana mereka berhak mendapatkan hak perlindungan keselamatan sosial.
“Bagi majikan yang tidak berbuat demikian mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
“Setiap pekerja layak untuk didaftar dan dicarumkan sama ada bekerja sementara atau kontrak"

So, pastikan majikan anda membuat caruman..okkeyyy...

Untuk maklumat lanjut sila layari laman WEB PERKESO...situ maklumat adalah lebei lanjuuuttt...

Kemudian..Kak In rujuk pula pada EPF atau KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.Dapat juga dia khairat kematian  RM 2500..Lega sikit lagi..Yang tak syoknya...EPF arwah ni tak berpenama.....panjang ler juga kisahnya..Panjangla vevel ai pada en.husban didokong pula oleh Kak In..Contoh kisah perebutan duit EPF ni banyak dikeliling ai.Duit la namanya..tak adik berhadek..tak emak bapak..Fullstop..Kasihanila anak-anak waris yang tinggal ni weeiii...(Tapi ai lega da sebab da seret en.husban ai betulkan penama)

Ada yang kata ''ooohh..eden tak nak do lotak namo laki/bini den lam epf doh..sok den mati berjo-oh (joli) diewrang ngojokan...!!"
Apala ke singkat bonar akal korang nih...mati tu ninggalkan ghoto (harta) menimbun ko..?tak do hutangko..?Wasiatkan la kek pasangan korang..bla...bla...bla...itupun nak ajar ko..(Ini pendapat ese..tak yah nak jadi bahan dobat pulak!!)

Kemudian, Kak In ni rujuk pula pada ASB...sebab katanya rasa-rasa arwah ni ada buat simpanan..Bawa sijil kematian so pihak depa akan semak la..Dapat la khairat kematian RM 200..rezeki lagi..simpanan pun tak banyak mana.Syukurlah.

Kesimpulannya....
- Apabila pasangan kita meninggal dunia, janganlah cepat panik.Ambil langkah sewajarnya dan cari orang yang dipercayai untuk dirujuk..
- Setiap pasangan seharusnya mengishtiharkan kepada pasangan masing2 apa yang kita terhutang dan mana2 simpanan.Semuanya untuk kemudahan mereka (Anak bini yg tinggal la.. nanti.)**yang ini pun ese tak declare lagi nih..huhu
- Bersegeralah meletak penama pada EPF kita atau kemaskini semula..Penting ni dooo...Kalau u olls tak buat menangis anak bini yang tinggal. Kisah EPF ni banyak contoh kat ese no..Orang2 yang ese konal lah!!

So, untuk keterangan lanjut sila layari laman web yang berkenaan. Tidaklah sia-sia kunjungan saya pada hari tersebut malah mendapat pahala..insya-Allah..aminn..disamping mendapat info yang sangat berguna..
Syukurlah.

2 comments:

Diana AR said...

esey dh ambik amik dan is borang penama epf tapi tak hantar2 lagi huhu

ilhamhainy said...

pergi cepat mar..usah bertangguh..masa depan anak-anak juga tuh