November 14, 2011

Menu berderet-deret

Bukannya menu makanan...aktiviti untuk anak-anak minggu terakhir persekolahan :


Last week : 

Patut ada hari Kecemerlangan Ko-kurikulum pada khamis last week..bergegas hantar fatin balik sebab ada bahagian untuk dia. Lagipun dia dah mc sebelum ni.. Dah tinggaikan dia kat asrama..tak dengar plak dia ada buat call..rupanya kensel acara tersebut..pulak tu on that khamis dia ada appointment dengan pakar..mintak jasa baik cikgu hantarkan dia balik rumah.Terima kasih cikgu Rashidah. Pepagi sabtu dah hantar dia balik ke hostel sebab ada program lain pula kat asrama. macam-macam hal la cik kak ni..

Besok :

15/11/2011 (selasa) - 

10.00am-1.00pm

Ada pertemuan 3 penjuru ibu bapa dengan nak murid tahun lima.dah tengok pun result depa tapi untuk kemajuan anak-anak yang akan melangkah ke tahun 6..hadirkan diri juga la..Alif kata untuk darjah 5 besok dapat bantuan RM 100 tu..rembattt.. tapi ana ni duk pening jugakla sebab masa tak sama dengan waktu balik dik lang..Aiishhh...

8.00pm

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar sekolah SARA Gedung Lalang.

Dek kerana Dik Lang dan Abang pun terima hadiah..mak gagahkan jugakla..lagipun kali ini anak bujang mak dua orang tu menyahut cabaran ustazah depa untuk sertai nasyid.yang sorang tuk duk prektis ketuk tin biskut...kompang takdo..ganti la tin biskut.!!menurut ustazah depa..terkejut gak sebab dua beradik tu kali ni menyahut cabaran. selalu duk bantai lari kalau suruh bernasyid.Tapi tu la..sengau2 keluar..

16/11/2011 (Rabu)


8.00am

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar Sek. Keb.Ampangan. Mak ni duk kata tak payah la ibu pergi.. Depa dua beradik tuk duk jerit dalam kereta..

"Ibuuuuuu...Kitorang ambil hadiahla....."..aiseh..ye ke...ingat dapat ngelat.. takpala mak gagahkan jugak pergi..Anak-anak dah score belajar, mak pulak tak nak bagi penghargaan...tak elok pulakkan...apapun mak bangga dengan u ollsss....

19/11/2011 (Sabtu)

Anugerah pula untuk tadika kemas..Ilham sibuk duk prektis tarian zapin...tak pergi kasihan pula...anak-anak nak dapat anugerah...Cikgu kata jangan tak datang Ilham nanti ada ambil hadiah..Hmmmmm....



** Seminggu lepaih cuti anak-anak bujang kena hantar kem motivasi solat..Depa sibuk nak..mak apa lgi kemain laju jer isi borang..

0 comments: