Haha..tajuk entry ada-ada saja.Alahamdulillah 2012 sudah menjengah.Alhamdulillah masih lagi menghirup udara nikmat kuniaan Allah.Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga kerana dapat menghadapi ujian yang sangat getir pada penghujung 2011 tempohari. Hanya Allah saja yang tahu perasaan tika itu.Semuanya adalah kifarah dari Allah supaya saya, suami dan seisi keluarga jangan lalai dan sentiasa mematuhi syariaatNya..
Tahun 2012 adalah exam year kami.Tak boleh duduk relax dan goyang kaki.Kakak PMR and abang UPSR...Hari-hari apabila terjaga dari tidur selain menuturkan Alhamdulillah, perkataan pertama yang keluar terbit dari hati naik ke minda ditutur ke bibir.."UPSR 5A, PMR 9 A's Straight.." Besar sungguh doa dan harapan si ibu..Ini doa ye kawan-kawan.Bila mengejutkan si abang dari tidur.."Abang bangun..UPSR 5A...sebut...UPSR 5A".. Ini sebenarnya adalah sebahagian dari 'POWER OF ATTRACTION'..(senang-senang nanti saya akan huraikan serba sedikit yang saya tahu mengenai kaedah ini).
Amat besar harapan saya agar anak-anak dapat menjulang kejayaan yang besar pada tahun ini.Kakak menjadi contoh dan abang adalah penyuntik semangat untuk kejayaan adik-adik mereka.Maka saya berjanji dan tekad sepenuh hati agar segala keperluan pelajaran mereka akan cuba dipenuhi walau perlu bersusahpayah....sanggup saya berkorban untuk mereka.Memang tinggi munajat saya agar pada tahun ini rezeki kami akan lebih bertambah, bertambah, dan bertambah lagi....Doa sang ibu kan mustajab kawan-kawan..
Untuk program pertama pada tahun ini dimulai dengan Abang yang mana sessi motivasi keibubapaan telah dijalankan pada hari Sabtu lepas.Seterusnya mereka akan menjalani 'Program Saujana Menuju Puncak' berlokasi di Cameron Highlands yang mana sepanjang perjalanan mereka nanti penuh dengan aktiviti pengisian ilmu..(Psssttt...Cikgu....mak ni harap sangat dapat jadi Parents Fasi...keh..keh..keh...eih..sungguhla cikgu!!!)
Untuk kakak belum ada makluman dari pihak sekolah.Harapan saya semoga mereka juga dibekalkan dengan program-program yang membina jatidiri.
January 17, 2012
2012 - Laluan sukar dan berbukit
ps- This week abang menyertai perlawanan bola tampar bertempat di Sek. Kebangsaan Paroi
After Chinese New Year kakak menyertai larian merentas desa peringkat Daerah di Sekolah Menengah Zaaba..This also mak dah warning2 them jangan dok leka..haisshhhhhh
diari hati ilhamhainy at 12:33 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment