Alhamdulillah..selesai sudah semuanya..Urusan perpindahan dari Qrts Klia ke Seremban pada hari sabtu lepas telah berjalan lancar..Mujur hujan lebat turun selepas selesai kerja-kerja menurunkan barang. Mungkin meraikan kepulangan...mungkin...
Setelah 4 hari saya dan adik bertungkus lumus mengemas barang-barang yang maha dahasyat banyaknya. Setelah 4 hari juga kerja ulang alik menunggah barangan kecil di lakukan.Purata 1 hari tiga trip. Terasa sungguh dugaannya berpuasa..Tercabar dan teruji..Alhamdulillah masih ditetapkan iman.Pada perkiraan saya jika tidak dibantu dengan trip untuk barangan kecil pastinya tak muat lori yang disewa,pastinya 3 trip perlu dilakukan pastinya jugalah kos sewaan bertambah...adoooiiii..
Bunyi seakan tergesa kan berpindah..? Kenapa bulan puasa..? Kenapa tak tunggu lepas raya.. Apa nak buat ini adalah arahan dari putrajaya supaya rumah tersebut diserahkan kunci pada 31hb Ogos..Adaka patot..?Setelah dua kali rayuan untuk menyambung sewaan tidak diterima..maka beginilah kehidupan...pastinya akan ada perubahan.
Hikmah pasti terdapat disebaliknya..Azhar tak lagi keseorangan dirumah..sabri pula bakal menyusul menemani azhar selepas raya.. berulang aliklak masing-masing ke tempat kerja...
Namun...syukurlah...Alhamdulillah..
0 comments:
Post a Comment