Sedar tak sedar sudah 9 Syawal.. Pantas sungguh masa berlalu..
Sepanjang ramadhan dan syawal ini saya menempuh berbagai hal dan peristiwa..Syukurlah hadirnya berlalu begitu saja dan saya tabah menempuhnya..Buat pertama kalinya pada ramadhan kali ini saya berjaya untuk tidak menjejakkan kaki ke bazar ramadhan, Say "NO" to bazar..bukannya apa, saya ni kalau sekali dah kesana maka akan berulang-kalilah akan kesana. Maka dengan tekad dan azam yang tinggi saya tetap akan memasak walau penat sekalipun. Hanya 3 kali dalam tempoh tersebut membeli makanan diluar kerana kesuntukan masa. Itupun dibeli di kedai yang sememangnya berniaga di bulan-bulan biasa..Alhamdulillah..Air tangan ibu ni lebih berkat dan kebersihan lebih terjamin.
Kelakarnya walau Ramadhan sudah berlalu, namun saya umpama "jet lag", ngantuk memanjang, sedang berusaha menyesuaikan diri kembali..maklumlah rasanya ramadhan kali ini ,,paling kurang sekali tidur saya..Biasalah aktiviti malam ramadhan (nanti ada yg kata riak pulak), disambung pula dengan aktiviti menjahit membawa kepada persediaan bersahur..Target untuk menyudahkan jahitan sebelum pertengahan ramadhan tidak menjadi bila tiba-tiba sibuk dengan urusan perpindahan..Orang jawa kata..."melet"
Saya masih lagi menjahit di dinihari malam raya..Tak tidur nyahhhh...
Malam-malam terakhir saya dan suami pula sibuk memenuhkan tempahan dodol dari kenalan..alahmdulillah..Asal jadi duit jer mak ni..makin selim mak nyaahhh...habis mengacau lebih kurang jam 1.30-2.00am...Tidur sebentar..Sekitar jam 4.00am saya sudah bangun kembali..Kadang-kadang jam 3 saya sudah terjaga.Kesudahannya sendiri pun tak punya dodol kerana saat akhir dimalam raya ada juga yang membeli.Itupun stok yang tinggal untuk diagih-agihkan pada ayah dan adik-beradik..Sabau yo nanti mak kacau lagi..Fatin pula bising bila ibu nak buat kuih ni...?Tau masa bila..hari sabtu lepas raya pulangnya kami dari pontian.. kami pulun dari pukul 3am ke pukul 10 am..dapatlah 4 jenis ditambah dengan kerepek tunjuk-tunjuk..Ngam siap mak sedara pun telefon nak datang beraya..ambik kau...panas dari ladang..
Sebenarnya bagi saya biskut raya ini hanya sampingan. saya lebih suka menjamu tetamu dengan masakan yang lebih berat..Biar mereka kekenyangan bila melangkah keluar dari rumah saya..Eh ...itu mak saya yang ajar...Bukan saja bulan syawal..Insya-Allah bulan-bulan lain pun jika ada tamu yang datang, tak banyak sikit pun pasti saya jamu..mak saya juga dulu pun begitu...
Dihari terakhir ramadhan pun saya masih sempat ke rembau bertemu teman lama..sampai rumah sudah jam 3 petang. Mulalah bersilat kungfu segala bagai nak siapkan juadah berbuka dan juadah di pagi raya...Sudah tugasan rasmi saya setelah bonda tiada...sob..sob...Alhamdulillah di hampir waktu berbuka pada ramadhan yang terakhir rendang ayam saya sudah masak, kuah kacang, kuah lodeh, sup tulang,makaroni goreng, rendang daging dan gulai daun tempoyak..Malamnya pula tinggal merebus ketupat..
Malam Eidul Fitri kami berkumpul sekeluarga di rumah Taman Bukti.. Berbuka puasa bersama, jemaah maghrib kemudian tahlil ringkas..Alhamdulillah..syukur dengan rahmatNya saya dapat menempuh ramadhan pada kali ini walau diuji dengan kepayahan.Allah tidak akan menguji hambaNya.. dengan ujian yang mereka tidak mampu menanggungnya...Alhamdulillah..
Malam raya itu juga sahabat saya datang ke rumah.Teringin masak lodeh katanya..Penuh dengan bekalan sewaktu pulangnya..Rezeki jangan ditolak kawan..Sudahnya baru saya punya masa nak berkemas rumah sendiri..Periuk belanga nak di sental juga....tup-tup jam sudah ke angka 4 am..Hmmm tak payah la tidur..nanti terlansung pula...Tekan plug..treeetttttt...treeeeettt...jahit baju beb..haha.
Seawal jam 6.30 semua anak-anak sudah sedia untuk ke makam..Jangan tanya bagaimana saya mengejutkan anak-anak--haha...agak kejam..Saat bersalaman bermaafan, saya nampak air mata en.soami bergenangan dengan kata-kata saya..maklumlah..lazerr...saya mahu mereka jadikan sebagai disiplin dipagi raya sampai besar nanti..Mommyyy sedeinyaaaaaaaa.......
Kemudian baru ke rumah ayah membawa juadah segala bagai,,,macam biasala upacara bermaafan dan makan-makan..Kemudian balik ke pilah..seterusnya johol seterusnya ke kampung suami..Pontian.tepat jam 12 kami sampai..yeehaaa.. MERDEKA..!MERDEKA!..MERDEKA..! Ini baru betul merdeka raya.
Syawal yang agak sedih bagi suami pada kali ini kerana telah kehilangan seorang nenek (sana panggil 'atuk') pada pagi jumaat syawal yang ke empat. Alhamdulillah sempat menghadiri majlis pengkebumian arwah di Felda Sening, Kota tinggi.Berita diterima awal 10 minit tika kami menanti waktu subuh kerana akan bergerak pulang ke Seremban selepas solat.. Suka ati sayalah nak balik pagi2..saya yg nak balik..saya yg nak mengadap sesak..hehe..Itulah kita merancang Allah jua menentukan perjalanan saya pada hari itu..Sudahnya saya sampai ke Seremban jam 10pm bukannya 10am seperti yang saya rancangkan sebelum ini.Umur arwah ikut perkiraan ic lebih kurang 97 tahun..namun jika dikira umur sebenar adalah sekitar 107 tahun. Kini yang tinggal hanya pak dan mak sedara untuk diziarahi..Mak dan ayah mertua sudah lama kerahmatullah lebih kurang 15 tahun lepas, baru kini diikuti oleh atuk...namun syukurlah..Alhamdulillah..semuanya ada asbab yang tersendiri. Tak perlu dihurai panjang lebar.. Bakal mengaib dan mengguris hati yang tertinggal.
Perjalanan syawal saya masih jauh..Banyak rumah yang belum ditandangi..Insya-Allah saya akan cuba untuk berziarah..Kepada mak dan pak sedara harap maaf jika kesempatan itu tiada..harap maklum dengan situasi saya namun jika sempat anggaplah hadiah hari raya dari saya..haha..
Motivasi pagi tadi adalah mengenai isu bermaafan..marah itu lahir dari jiwa..Jiwa akan sihat jika sering memaafkan orang..walau bukan di bulan Syawal.Saya sedang berusaha ke arah itu..Saya sedang cuba belajar memaafkan orang disekeliling saya..Saya juga berdoa agar insan disekeliling juga memaafkan saya kerana kesilapan itu ada masanya tidak kita sedari..Besar harapan, agar dilembutkan hati insan tersebut apabila saya dengan rendah hati cuba memaafkannya...saya selalu cuba memaaf, tapi setiap kali itulah saya diduga dengan tindak-tanduknya...Ya- Allah semoga dia berubah.....
' SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN YANG TULUS IKHLAS DARI SAYA..---SUPERMAK'
*** kuciwa jugak sebab raya ni tak dpt photo snap sebab..bateri dengan charger diangkut..kamera pula yang tinggal....grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr****
*** bekas majikan saya yang baik juga meninggal pada jumaat ramadhan yang terakhir...Ramdhan dan Syawal ini saya menyaksikan insan yang baik kembali ke rahmatullah pada hari Jumaat.
0 comments:
Post a Comment