"kelabu hati itu lebih bahaya. Bila-bila boleh menghitam. Bila hati hitam, butanya tak pakai 'standard.' Gelap terus, jadinya lebih sulit!"
'Friendship seems to has been lost into the thin air'...Disebabkan gagal mengeluarkan kebenaran kata-kata....Inilah yang sedang saya hadapi..saratnyaaaa Allah jua yang maha mengetahui.
Baik dia mahupun saya kini masing-masing tidak pernah menyebut sengketa..tetapi masing-masing beku bak bongkah batu..Pandangan pula dah ditala bermacam arah..Tutur mulut bagai semuanya tidak kisah, tapi dalam hati Allah saja yang tahu..Tuturnya kini penuh sindiran..lagaknya pula Api dalam Sekam.
Saya hilang titik tumpu..Terasa ingin memanjangkan maaf, tapi disudut hati..kenapa pula kemaafan perlu dihulur, salahnya tidak ada pada saya..Mungkin hati saya masih bongkak.
Lewat petang semalam hanya air mata yang menjadi tamu dipipi.Angin petang lansung tidak mendamaikan.Saya sedang memikul amanah.Secara tak lansungnya amanah yang dipikul itu umpama penganiayan terhadap orang lain. Takut dikata fasik.Saya sedang bermuhasabah supaya mazmumah itu tiada.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohan (kecerobohan), yang akhirnya kamu menyesali perbuatan itu.” (Al-Hujurat: 6)
“Dan Allah mencintai orang yang sabar.” (Ali Imran: 146)Saya sedang berhadapan dengan orang yang cinta dunia..Seorang yang ilmu agama nya tinggi terpuji tapi akhlaknya tidak terpujikan..Kerana amanah dia saya seolah berantakkan!!
“Sesungguhnya Allah bersama-sama mereka yang sabar.” (Al-Baqarah: 153)
0 comments:
Post a Comment