September 17, 2009

Boss oh boss.....

Boss is always right? Siapa cakap..? Blah la..

Aku ada boss, dan aku pasti korang semua ada boss masing-masing, melainkan korang ni kerja sendiri jadi boss pada diri sendiri. Boss, seorang ketua dalam satu-satu organisation, tak kira lah kat office ke, kat sekolah ke atau dalam kumpulan gang-gang penjahat.. at least ada seorang ketua, atau lebih manis dengan nama manjanya, boss!

So what da hell with boss?.....

Apa yang bestnya jadi boss dan apa yang tak bestnya jadi anak buah boss.. tentu korang pun tahu peel boss korang, kalau dapat boss yang baik, elhemdulillah. Kalau dapat boss yang panas baran, nauzubillah. Bagaimana kalau dapat seorang boss yang cerewet nak mampus, asyik dia je betul, dia je betul dan dia je betul? Kalau dia salah pun, kita juga yang dia tiuu.. tiu na seng sungguh! Kalau kita beri idea kita, dia pusing-pusing sampai lah kita rasa idea kita ni tak dihargai langsung macam taraf longkang.. pulak tu kalau idea kita boss terima, boss pulak hantam kita kalau idea kita tu screw-up kan satu-satu job. Abis mana lah kita tak rasa sakit hati.. nak lawan karang, dia tu boss, tak lawan karang boleh sakit jantung memendam rasa. Lawan lebih-lebih karang performance bonus ciput pulak.. tak ke sakit jiwa..

Dulu masa aku mula-mula belajar kerja, tengah syok type kat pc tetiba pc jadi blank dan abis semua data untuk plan yang aku lukis tu erased.. boss pulak nak cepat, natang sungguh hehehe.. aku cakap la, “boss, pc problem..”. Aku ingatkan dia bersimpati, dia kata “so what?.. buat la semula”. Bengang nak mampus wa.. tapi selepas beberapa ketika, betul jugak kan. Kalau dah tu kerja aku, macamana pun aku tetap kena buat jugak, dah kita ni anak buah boss.

Boss ni kalau jenis kepala angin, sakit hati jugak kita ni. Datang pagi kat opis kalau nak jumpa dia kena tengok mood dulu, kalau muka macam baru lepas gaduh dengan bini, atau semalam bini tak bagi.. nak ketuk masuk bilik pun seram… kena tunggu dia cool dulu. Kang tak sesaja kena maki, at least itu pengalaman aku dulu-dulu la ...

Senior aku berpesan, kalau ada problem dalam kerja, jangan jumpa boss bawak problem tu.. tapi kita jumpa dia dengan beberapa suggestion kepada problem tu, kalau semua problem nak serah kat boss, baik dia je yang buat kerja kita. So bila ngadap boss, biar ada option, suggestion jangan datang dengan kepala kosong.. nampak sangat kita ni cap ayam.Helleh...pigi dah...Bila da buat cam tu pun bukan dia nak bagi solution pon..Boss pun cap ayamm..so..... nak tak nak kita ni kena ler hulur kepala kita kat boss.. betul ka apa aku cakap ni?

Boss yang cerewet nak mampus.. aduhai aku rasa dia punya cerewet tu mengalahkan pompuan yang baru nak menapous.. silap type pun tak boleh, alignment lari pun tak boleh.. itu kecik punya hal pun dah reject apatah lagi hal yang besor-besor.. memang cerewet cap ayam lah.

Apa lagi.. entah malas la nak cerita pasal boss ni

September 16, 2009

Ayah di Studio Rakaman

Entri di bawah ini adalah gambar di sekitar studio rakaman Hijaz.Kumpulan marhaban An-Najah yang dianggotai oleh ayah n the geng telah membuat siri rakaman album berzanji.Aku di khabarka bayaran untuk penyewaan studio ini agak lumayan juga...Meh kita layan gambar-gambar mereka.



.


September 11, 2009

Berakhir sudah...UPSR 2009


Semalam 10 september 2009 berakhirnya perang UPSR 2009.

Aku sudah boleh bernafas dengan lega.Tidurku amat lena malam tadi..Fatin...?dia lebih2 la lagi..berkeruh beb!!!Suka sangat dia soalan yang diramal, keluar dalam paper B.I.Makcik jual nasi lemak dengan anaknya.

Semalam baginya hari yang paling panjang. Lepas habis paper B. Inggeris dan Sains petangnya disambung semula dengan ujian Aptitud...hahahaha...kelakar pulak soalan yang keluar kerana yang di rujuk lain yang keluar lain..tak mengapalah....da lepas punn...Hanya doa yang mampu dipanjat semoga keputusan yang keluar berpihak pada fatin...peacccee...

Begitupun masih ada dua lagi peperiksaan yang harus ditempuh. Ujian selaras 3 untuk sekolah kebangsaan dan UPSR(A) untuk sekolah agama rakyat...Inilah dia sistem pembelajaran kat Malaysia ni...penuh dengan periksa..mmmm

September 9, 2009

Perang UPSR Sudah Bermula

Semalam..8hb September peperiksaan UPSR pun bermula...Subjek semalam adalah Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan serta Matematik kertas 2.Pagi semasa kami hantar fatin tu ada sedikit touching.

"Maafkan dan ampunkan Atin ayah.Doakan Atin dapat jawab dgn tenang"

Apalagi mata my en.suomi mulala terkebil2.Sebelum itu aku ada pesan dgn Fatin..sebelum periksa minta maaf kat ayah tu atin selalu lawan ayah, nanti berat nak jawab periksa...peaace...
Aku peluk fatin erat-erat.Ada sedikit la air mata dia keluar...Arggghh...perempuan memang begiteww..

Hari ini hari kedua..paper math kertas 1.

'Doa ibu sentiasa bersama atin'

p/s : ibu x sabar tunggu atin habis pereksa....x sabar nak g shopping...ark...ark..


September 8, 2009

Beberapa Jam Sebelum Perang UPSR


Sangat mendebarkan.Hari yang ditunggu bakal tiba. Tak berapa jam pun.Aku cakap dengan Fatin...sekarang ni da tenggelam kak bukan paras hidung lagi.Buat je latihan2 terakhir.Selepas berbuka sempat jugak dia ke rumah mamanya minta restu. Aku cakap macam nak pergi oversea la kakak ni.Malam tadi kami sekeluarga membaca surah Yassin. Tadi Fatin bangun solat hajat.Aku cakap kat dia, kita tetap memerlukan pertolongan dan petunjuk dari Allah agar ditetapkan iman dan diberi petunjuk.Minta petunjuk jangan banyak sangat perasaan was-was dalam menjawab soalan.Tiada apa lagi yang dapat dibantu hanya doa dari ibu semoga anaknya ini menjawab dalam tenang.Ibu sentiasa merestui Fatin.UPSR 5A!!!!

September 1, 2009

Tipu Helah Mamak

11 Ramadhan hari ini. Alhamdulillah kami sekeluarga dapat menjalani ibadah puasa dengan tekun.Kali ini aku nak cerita pasal mamak kat kedai yang suka tipu pelanggan dalam kita tak sedarinya.

Malam tadi 31 Ogos 2009, aku sekeluarga 'terpaksa' berbuka di luar. Kenapa? Rancangan asal aku nak keluar jam 2.30 petang. Hajat hati nak membeli persiapan untuk juadah berbuka puasa dan sedikit barang keperluan dapur. Disamping itu nak beli kasut Alif dan Hakim yang dah rosak.Biasalah...esok nak sekolah hari ni terkial-kial. Tapi my en.suomi kata dia penat..i nak rest sekejap..So...aku bagi chance la kat dia rest....lastly dgn aku skali rest tersedar dah pukul 4.30pm.Kejutkan semua, solat dan gerak keluar.Jam pun da pukul 5.30pm gitu.

So, kami singgah di Family Store Taman Ampangan. Kena gak beli barang sebab da banyak yang susut.Kemudian, menuju pula ke kedai ten-ten di Taman Kemuning Senawang sebab nak beli kasut sekolah Alif n Hakim.Jam da pukul 6.45pm. Selesai urusan membeli-terbelah, aku suruh en.Suomi pergi ke Paroi Jaya nak carik kueh sedikit. Early aku da mention kat dia terpaksa buka kat luar x cukup masa nak balik masak.

Sampai di sana kedai yang biasa kami duk lepak makan tutup pulak..No choice restoren mamak Muslim Syed Maju la nampaknya lokasi berbuka.Mula-mula sampai kami agak teruja kerana promosi air free spt teh tarik, sirap ais dan bubur lambuk di beri percuma..So, da jimatkan tak payah bayar harga minuman..Siapa tak nak benda free..bohongla kalau ada yang tak suka benda percuma..pergila tanya mana-mana lawyer ke, majistret ke..ahli musik? suma sukaa...

So, menu aku satu family..maggi goreng - 2, maggi sup - 1, roti john - 1, beriyani - 2,
Makanan yang dikata free tu, teh tarik, sirap ais dan bubur lambuk. Mereka letak 2 mangkuk bubur atas meja sampai allif komplen meja da penuh.So, sewaktu berbuka datangla sorang mat mamak ni kira harga makanan kami dan bil tu aku ambil dan tengok...uikssss...!!!!takpe makan dulu kasik habiss....

Dari menu yang kami ambil tu, pasti kalian boleh agak berapa yang perlu dibayarkan? Beruk lagi terkejut dari aku tengok harga makanan tu. RM 33.10.Maka bermula sessi mumbling soal jawab aku dengan mat mamak tuh..

Aku - Dey...mari sini..kasi cakap ini harga tuk apa?Betoi ka u kira?

Mat mamak-Ok akaakkk...RM 8-beriyani kambing..RM 6-Beriyani ayam..RM7-Maggi Goreng-2..RM3.50..Maggi sup..teh tarik -2..RM 2.Sirap Ais-4...RM 5.20 Teh ais - 1 ..RM1.40

Aku - Aiks..Apasal u kira air..? Sana iklan u tulis kasi free...percuma...U mau tipu orang ka?

Mat mamak - Bukan macam itu kaakk..kalu orang mintak free..kitorang kasik free..kalu orang tada tanya kita kira...

Aku - Macam tu pulak..Ini macam u suda tipu banyak orang tau..U tulis sana free...kasik free la..boleh itu macam mintak2 ka?kalu orang tak prasan u punya bil..kena tipula..mana bolei ini macam..i boleh report tau tak u suda kasi tipu orang. kalu ini macam i nak mintak ini beriyani kasik free la..

Mat mamak - Tak boleh la ini macam kak..

Aku - aikss...da tak bolei pulak..tadi kata kalu mintak free baru bagi...saya mau free...saya mau kasi report ini hal..ok en. Suomi kasik tangkap gambar ini kedai ngan iklan..

Maka en.suomi yang sedari tadi senyum2 kambing sebab da terlebei makan beiyani kambing segera menurut perintah..Next entry aku akan upload kan gambar kedai penipu ni..
Sambung .....

Aku - okei...u kasi kira lagi satu kali...

Mat mamak - Bla...bla...bla...ok..RM 25.90.

Aku - tengok brpa banyak u punya harga suda lari?RM 7.20 tau ka?Ini satu meja u kasi tipu..kalu 10 meja berapa u dapat...mau buat duit raya ka?

Mat mamak - bukan macam itu kakaakkk...

Aku - tak pa i kasik bayar tapi nanti i report jugak!

Memang aku tau ada orang yg da mula memandang meja kami...Mungkin dalam hati...eleii..kecoh minah ni...bayar jer la..da makan...Hellooooo...memang aku boleh bayar harga RM33.10..tapi tahukah korang semua yang da tertipu dalam tak sedar..lainla kalau tak letak iklan minuman percuma..Orang Melayu ni memang da rasmi suka kena tipu...Macam-mana kedai mamak boleh maju di celah perniagaan bangsa cina? Beginila caranya dalam orang tak sedar..

Sama juga kalau kita beli barang di kedai runcit mamak..Kena hati-hati..Harga kat peket lain tapi masa kira lain sebab aku pernah terkena.Kira balik barang yang dibeli tu sama x nilainya.Kekadang tak sedar dalam 2-3 barang yang dibeli tu mesti tertarik 20-30sen.Dengan i sorry..i kira balik depan diewrang.Nak beli asikrim 5 btang yang berharga 70 sen.bila nak bayar dia kata RM5..aiks...membebel la aku...

Aku - Apsal harga RM5 pulak..kat situ tulis sebatang 70sen..sini bayar RM 5.. Mau tipu ka?

Mamak - Sori2..itu budak tak tau harga...

Aku - itu budak tak tau u pun jadi tak tau ka? sorang dtg ini kedai...u angkat 20sen..tak sedar...10 orang berapa u untung?

OOOhhh..come on..pleasee la jgn kata sapa suh p kedai mamak..Barang yang nk di beli tu kekadang sudden..tetiba...takkan nak pergi giant semata2 nak beli mancis...pampers yg mini dalam 10 keping ..mana ada kat giant..jangan tanya kat aku napa tak pergi kedai Melayu? Cepat sangat tutup belum 6.30pm da tarik grill..kekadang barang tak complete...so..kedai yang terdekat la..Untuk pengetahuan di sekitar taman aku tak da kedai yg terdekat.Yg dekat tu la..kedai melayu yg hidup segan silu...gituu..

So...kesimpulan nya jangan tertipu dengan mainan harga mamak...