April 30, 2010

Hukum Meraikan hari IBU..





Hari ibu pada tahun ini jatuh pada 9 Mei 2010..Saya ingin mengajak anda untuk berkongsi ilmu pengetahuan..Sharing is Caring....right...?

Happy mother’s day ” sempena menyambut Hari Ibu. Secara ringkasnya Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Ia juga disambut pada hari berbeza antara negara kerana berbagai-bagai asal-usulnya. Di negara Malaysia pulak, sebagaimana US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain menyambut sambutan Hari ibu pada hari Ahad kedua bulan Mei. Maknanya bagi 2010 ni sambutan hari ibu jatuh pada 9 Mei 2010.

Manakala negara di Timur Tengah seperti Iraq, Oman, Jordan, UAE, Arab saudi, Kuwait, Sudan, Palestin, Mesir pula menyambutnya pada permulaan musim bunga iaitu 21 Mac sementara Hari Ibu di Indonesia ialah pada 22 Disember.

Sambutan hari ibu pernah menimbul isu satu ketika dulu kerana terdapat artikel dari wiki mengenai asal-usul hari tersebut iaitu:

* Satu aliran pemikiran mengakui bahawa perayaan ini lahir dari satu adat pemujaan ibu di Yunani Purba, yang menyambut satu perayaan untuk Cybele, ibu dewa-dewi Yunani yang agung. Perayaan ini diadakan sekitar equinoks musim bunga di Asia Kecil dan tidak lama kemudian di Rom dari 15 hingga 18 Mac.Orang Rom Purba juga menyambut sebuah perayaan bernama Matronalia yang memperingati dewi Juno, dan ibu lazimnya diberi hadiah pada hari ini.

Berdasarkan itu terdapat pendapat yang mengatakan umat islam tidak harus meraikan sambutan hari ibu kerana dikhuatiri terpengaruh dengan tradisi dan ajaran bangsa Yunani tersebut.

Namun demikian artikel dari mysuperkids.net ada menjelaskan bahawa :

Jabatan Mufti Selangor mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada salahnya mengadakan sambutan Hari Ibu, atau hari2 lain selagi tidak bercanggah dengan syarak:

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah.
3. Sebaik2 sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya.
4. Muhasabah diri para ibu ke atas tanggungjawab yang dipikul selama ni.
5. Koreksi diri ibu untuk menjadi contoh terbaik bagi anak2nya.
6. Mewujudkan persekitaran yang baik untuk perkembangan anak-anak.
7. Mengambil langkah proaktif untuk mempertingkatkan parenting skills.


Memang ada pendapat sesetengah ulama yang mengharamkan sambutan hari ibu kerana asal usul sejarahnya.
Namun, di Singapura pada pengamatan pendirian umum mengenainya di sisi asatizah ialah ianya harus. Banyak masjid-masjid di Singapura turut menganjurkan majlis dan program bagi menghargai ibu pada hari ibu. Jika sambutan ini dikira sebagai kemunkaran yang serius, pastinya Majlis Ugama Islam Singapura dan badan ulama akan mengeluarkan pernytaan untuk menegur masyarakat Islam.

Alasan-alasan keharusannya,ialah:

1. Amalan manusia tidak statik, ia selalunya melaluis proses evolusi. Apa yang bermula sebagai tidak betul, tidak semestinya kekal tidak betul sepanjang zaman dan apa yang mulanya betul, tidak semestinya sampai bila-bila tetap betul.

2. Dalam kes hari ibu, ia telah melalui evolusi yang pada hari ni sudah tiada kena mengena pun dengan mitos atau dewa orang Yunani. Hakikat ini tidak boleh dinafikan dalam menetapkan hukum. kalau tidak, hukum akan bersifat statik dan tidak tepat.

3. Sambutan hari ibu berbeza sama sekali dgn hari Valentine kerana pada hari ibu, kita tidak lagi memperingati dewa, simbol atau tokoh agama tertentu, tetapi yang diperingati ialah semua kaum ibu. Selain itu, menghargai jasa ibu ialah anjuran agama. Manakala, budaya hari Valentine umumnya ialah bersifat jalinan kasih antara pasangan yang bercinta yang melibatkan golongan yang belum kahwin, berunsur “romen-romen” dll, adalah sesuatu yang lebih dekat dengan larangan agama. Maka, eloklah ia dilarang untuk tutup pintu kejahatan.

4. Kalau diperhatikan, sebahagian dari nama-nama bulan-bulan tahun Gregorian ialah nama-nama dewa orang-orang Rom dan Yunani dahulu kala (sila rujuk mereka yang arif dalam hal ni) tapi kita tidak dengar pendapat para ulama yang mengharamkannya kecuali mungkin oleh golongan yang kecil (ultra-ortodoks) di kalangan umat Islam kerana penggunaan nama-nama bulan ni pada hari ni sudah hilang pada pemikiran umum sebagai pendewaan terhadap dewa Rom atau Yunani.

Tanpa ibu siapalah kita semua ni, bagi saya sehebat mana individu tu tapi kalau tidak kasih dan sayang terhadap ibunya sendiri maka tidak bernilai hidupnya kerana sudah jelas bahawa syurga itu terletak di bawah kaki ibu.

Selamat hari ibu untuk semua.

**Anda semua bagaimana..?
Al-fatihah untuk bonda Hazizah

April 29, 2010

TiPs KesihaTan dAn KecanTikan WaniTa 30 an

Hari ini jari ingin menulis lagi.Harap - harap kemalasan melampau tahap gaban ini akan hilang bersama kabus..(Errrkk...)

Kali ini saya nak bagi tips bagaimana nak shanteq dan sihat selalu ...(macam aiii....ada jugak yang tak picaya saya sudah punya anak lima...ark...ark...kembali lagi..perasan bagus penuh segelas!!))

Nah...diperturunkan petuanya....


1. Kawal pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan.

(memang saya sekarang sedang mengawal pemakanan hehehe)

2. Guna pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 3o-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. Carilah pelembab yang sesuai dengan kulit muka masing2. Haruslah diingatkan yang krim muka jenama popular dan mahal tidak semestinya sesuai dengan jenis kulit kita.

(rasanya betul dah kut apa yang aku guna selama hari ni kan)

3. Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari di dalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelembapan kulit yang membawa kepada kekeringan.

(betul tu....tapi selalu kena keluar time2 matahari tegak..)

4. Sentiasa bersenam. Bersenam mampu meningkat keupayaan dan kesihatan. Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang2nya 3 kali seminggu.

(jommmmm kita bersenam ramai.... memang inilah rutin yang saya buat bila dah masuk tahun baru ni...azam barulah katakan)

5. Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dengan meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamanya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan pengyingkiran toksin dalam tubuh badan.

(ini memang kesukaan saya....minum air masak banyak2 dan sesekali diselangseli dengan air suam)

6. Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukan dengan tugasan di pejabat dan di rumah menyebabkan kebanyakan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya.

(yang ni pun saya buat jugak....Alpha Lipid)

7. Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok2nya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang.

(oh tidakkkkkkkk..... jangan le mekap over sangat dek non oit....tak sesuai tau)

8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. Kehadiran orang2 tersayang di sekeliling dapat membantu wanita membina keyakinan diri dan menghilangkan stress.

(insya allah.....tapi adakalanya tak boleh nak kawal jugak segala macam masalah ni kan)


***sebelum tidur..minum air suam segelas....Bangun tidur minum air suam dua gelas....kalau rajin buatlah air halia (ditumbuk) + madu...sedap uuuu...



April 27, 2010

RegRet...guilty....piTy...

ehhe...he..he...kata bizi melampau....

Sebentar cuma..Sekadar meluah rasa.....Lewat petang ni diserang rasa bersalah pula...Teringat saya pada seorang teman..baik kiranya..mamanya sudah beberapa kali keluar masuk wad.Saya tidak pernah berkesempatan. Janjinya hari tu akan hadir ke majlis ayah, malang sekali mamanya dimasukkan semula ke wad.

haisshh...saya ni beria-ia bertanya wad mana...seperti ingin menziarah..tetap tak berkesempatan.teman apakah saya...Isnin lepas sememangnya berhajat untuk ke sana..tetapi proses berkemas saya berakhir melepasi jam 3 petang. Penat tak terkira.

Sehingga hari ini mamanya masih disana sedangkan saya sudah terkekang dengan tugasan..haisshhh...bersalah pun ada...sedih pun ada...Sewaktu meninggalnya mak beberapa bulan yang lepas dia setia menemani hingga ke makam...teman apakah saya...Tak mampu menjadi sahabat yang baik..Simpati saya terhadap dia sangat tinggi..kerana dia diuji dengan dugaan hidup yang begitu hebat..

Dia...dibuang kerja...mamanya sakit....suaminya pula ikut bahasa mudah..mental...perlu mengambil ubat setiap hari kalau tidak akan mula berhalusinasi....(pernah ditumbuk berdebik2 sewaktu tidur....menakutkan...)...terjumpa kad ubat suami setelah 3 hari berkahwin..malang sungguh...kemudian bercerai talak 1...rujuk kembali (disini saya sangat marah..sebabnya tali dah terlerai...mahu disimpul kembali...menjaga suami umpama menjaga anak kecil....yakhh)segalanya kabur bagi dia sekarang. Saya tahu dia sangat down.

Maafkan saya...

April 26, 2010

Luahan dan harapan

Berakhirlah sudah biggie yg dinanti2..secara adhock.perancangan dalam 3 minggu.Lega dah saya..Pesan saya...adik-adik kalau nak kawin jangan buat tergempar no.......sakit jantung den..Duduk berbincang elok-elok kat persidangan meja bulat yo...bagi tugasan u buat apa...i buat apa....

Sebenarnya saya tidaklah menduga majlis ini dilansungkan dengan meriahnya.Ketika ayah menyatakan hasrat hati dia tu...saya aspect ia hanya kenduri kecil..doa selamat dan tahlil.Bila ayah menyatakan pada saya akan diadakan di dewan....saya ada rasa sikit kureng dan feninglah...Al-maklumlah doorgift yg dibeli tu seswai tuk kenduri kecil..Bermulalah episod sibuk saya dalam tempoh 3 minggu lepas..

Ikutkan hati saya boleh buat the lowest rate..Tapi ada pulak yg bizi2 nak bagi mufin..Ini semua yang i hangin u taww...Last minit..30 minit before the majlis...baru muffin sampai and tergesa-gesa packing...Mujur pihak sana menolong..terima kasih lah juga..Kalau ikutkan saya sepatutnya malam sebelum majlis semua dah setel...Hari majlis tu tinggal loading barang..kan senaannggg.... tak gitu bedah...?( ini sudah kes rumah siap pahat berbunyi....)

Alhamdulillah dadih pun habis...i likee...uwaaa...i tak rasa pun dadih tu...uwaa....(elelele...macam la tak ble wat sendirik!!!)

Hari ni saya ambil cuti..apalagas..... kemas rumah la....pengantin.....?(???????)

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak Biro muslimah masjid QRTS KLIA, ajk masjid.. guru-guru SARA Al-Qalam, Hadek- beradek...dan orang perseorangan yang bekerjasama bertungkus-lumus menjayakan majlis kami ini.

Terima kasih kepada tetamu yang hadir...warga BKK dan saudara sebelah arwah my beloved mother..Wan saya tak datang...masih bersedih...saya dimaklumkan....Saya....jangan tanya...okkeyy....

Harapan saya semoga ayah tak lupa dengan janji-janjinya...Semoga hubungan ..anak-beranak..adik beradik...cucu dan atuk.... tidak terputus...Tak mo ada yang terasa jauh di hati......Semoga ayah mengambil langkah yang bijak merapatkan ukhuwah....

Semoga teman baru ayah pandai beramas mesra dengan kami....Menerima kami seadanya sebagaimana kami menerima beliau..harapan saya.....harapan saya lagi...harapan saya...udah-udah le tu.....

ps*puas sudah saya mendidik dan menjaga hati agar berlapang dada. Thanks to one of my auntie..Nasihatmu dan panduanmu amat dihargai...

April 25, 2010

Majlis Rai Mempelai











Tengok jer lah gambar ni..tak larat nak story da...letih..luar dalam...ngeh...ngeh...legaaaaa....happy-happy jer lar komee.....

***satu soklan tuk ayah...bila nak bawak bini baru blik umah klia...bila nak beramas mesra.....?


April 23, 2010

Layan Perut


Ini Asam Pedas Kg.Jijan (Cam yg dak ain pink p makan tuu....)selalu doh singgah makan situ..Kami panggil kedai RONDO.Maknanya 'Janda'(rondo bahasa jawa).Sebab apa...tak tahu la pulak...memang tahu-tahu dipanggil rondo.takkan nak pergi tanya tuan kedai..nanti tak pasal-pasal kena pelempang....
Actually, masa hari akad tu kami tak berapa lalu nak makan.Lost appetite.Maybe sebab cuaca panas dan tak lapar lagi.Tapi bila On the way balik sya bagitahu en.soami...laparla...dia pun kata ha-ah...lapar jugak.Maka....tersinggahla di situ....
(ada makan free tak mo ye..yg nk kena hulur duit jugak berselera!!)


Nasi ni pakej kalau minta asam pedas..RM 8


Ini kue tiau sup..Fatin yang order..Sedaappp...RM 4



Ini Nasi ayam..pun sedaapp...RM 4
(macam jalan2 cari makan la pulak..!!)
ingat nak order sup kambing...tapi terpikir lak...nak makan ke nak mente*****
So...kalau tersesat kat KG.Jijan meh ler singgah....

April 22, 2010

"Akad Nikah Ceremony' photos






















































































Bila ini Macam Lahar...

Tak tahu nak tulis apa..Sebabnya hari ni masuk kerja rupanya suasana dah macam #*%@@**&&..Baru ku tinggalkan sehari..Ropanya suasana yang panas berdebu kat ofis ni dari semalam dah berlaku...Haisshhh...Kungfu sekor-sekor baru tahu!!

Hari ni debu gunung berapi begitu menerawang di sini...Nak di jadikan cerita...ropanya semua lewat punch kat opis...(punch ke....?)tetiba kekasih gelap ku yang hilang dah dua tiga hari duduk kat gaung mana tah...datang marah-marah..Siap telefon mate yang lain..Jangan ingat saya duduk kat bangkong u oll boleh datang sesuka hati...!!Dah begitu ada juga la yang perasan bagus segelas cuba-cuba pula nak jadi bos..Arah sana arah sini...Ba...wau...dal..wau..ha...Imej macam keldai...Oh..oh..tidak dia dirasuk oleh hantu Ah beng....

kasihan mate saya...Dan...saya pulak berseronok sarapan di luar..lapar beb...mana saya tahu kat ofis da perang dunia ke tiga sebabnya ketika saya sampai bos dah tak da...hahaha...sesuka hati kau jer...Dan bernasib baik pula saya hari ini sebab tak dapat panggil hangit...Pastinya saya berasap lebih dari mereka....seri pengantin tu ada tempias sikitla...ada kena mengena ke....

Tak mengapalah dalam banyak perkara saya banyak bersabar sekarang ni....Saya salah...kita semua salah....Tapi ketahuilah...masa yang kami gunakan untuk urusan peribadi tu tetap kami gantikan...kami tak balik pukul lima tepat..Pukul 6 baru kami balik...Selalu tn.Hj ambil masa rehat kami...solat jer..perut pun masuk angin...OT?hmm...setakat sejam dua kami tak claim....berapa sen bonar...Kami datang pukul 7 pagi kami tak claim...lewat soploh minit da kepochi.....

Kami sentiasa mencari keredhaan dan keberkatan dalam bekerja.Rezeki di suap untuk keluarga. Tapi jangan melulu menuduh sebarangan....Hitung kembali diri sendiri...pun punya silap.

Oh..ya..ya..hormon dia tak stabil agaknya...suka hati ko lah!!!

Just married

The 'Akad Nikah' ceremony was held on 21th.April 2010..yesterday...Congrate to my ayah and his new wife.(don't know what to call...serius)


Begin his new chapter of life.The dream fulfill as well.....................

*tak taw mau kata apa..banyak yg terbuku before and after the majlis...Haiisshhh....a night before kata begitu this and that..tak mo begitu this and that...but then in the majlis...tthat..that semua yang tak mo kasi buat...letih layan...tak taw mau luah kat sapa....*****

A day before i'v sitted at my late mom grave..story telling to her this and that..i just prayed that eveything will be fined...

Terlalu banyak pula Etnosenterisme yang berlaku dan kelihatan semalam......haisssssssshhhhhhhhhh

Hanya menanti tarikh 25th April ni saja.Inipun da buat saya merasa begitu tertekan dengan program yang tak berapa nak teratur...

*nantilah saya upload gambar-gambar nikah tu...

April 20, 2010

CoUnT DoWn....

tik...tok...tik..tok...tik..tok...tik...tok...tik...tok...tik...tok...tik....tok....tik....tok....tik....tok...tik....tok....tik....tok....tik....tok...tik...tok...Hehehehee,,,cam aku plak yang nak menikah...ye tak kome....haiisshhh...count down ke smack down...?

Teruk aku kena sakat dengan ofis mate hari ni...Jangan lupa ye dah sah nanti ko telipon kitorang yee...haishhh...camne ghase nak panggil mak baru...nak panggil mommy ke....umi ke....mama ke....yakkhhh......haisshh...cam-cam lagi lak..sampai masuk tahap blue-blue di awan biru...
Pukul lima nak cabut da.....tak mo tunggu lagi kat opis ni...pecah gegendang telinga dibuat kat member...

April 19, 2010

Tinjau-Tinjau


Last Saturday, saya dan adik azhar telah membuat tinjauan ke lokasi masjid bagi majlis akad nikah ayah.

Rasanya tak susah sangat nak mencari Masjid Putra Perdana Puchong.Dibantu ole mr google dan sahabat lama yang tinggal di Putra Perdana.Credit to En. Helmi Ahmad yang membantu melalui laman facebook.Kami kena membuat tinjauan awal kerana di pihak perempuan pun tak berapa nak faham.Di tambah lagi dengan ayah yang suka kelam-kabut.Jadi sebelum telinga kami bernanah pada hari tersebut al-maklumlah dah sesat-barat...so persediaan awal perlu dilakukan.Punyala nak menjayakan majlis.Harap usaha kami ini dihargai.

Anggaran masa dari QRTS klia ke sana adalah lebih kurang 1 jam. Tapi tak tahula pula kalau berlaku kesesakan nanti.Alamatnya pengantin lelaki tak senang duduk nanti.al-maklumlah dah lama tak salam mesra dengan tok kadi....ngeh....ngeh...Harap-harap perjalanan lancar saja nanti.

Selepas itu kami ke Nilai 3 pula mencari souvinier yg tak berapa nak lengkap. Rancangan kami dah lengkap dan selesai sebenarnya. Tapi kalau ada yang campur tangan ni la jadinya. Ada saja yang nak kena tambah. Ada sikit berbulu saya di sini...Serius...

April 14, 2010

Home made Card

Home made card? biasa dengar home made bakery..biscuits...cakes..ini card pulak..
kad jemputan ni saya buat khas untuk my father..kasi macam meriah sikit...(ish..ish...ish...)
actually design ni ada member tempah last month.. so ada ballance paper saya kendurikan untuk ayah pula.Print dan tukar nama jer...Lagipun kad macam ni jenis ekonomi..budget beb...budget...susah betoi nak adjust gambar ni...ada rase2 nak tempah...?tehehehee...

April 12, 2010

Cincin Tanda

Semalam Ahad bertarikh 11hb. April 2010, adalah majlis menghantar cincin tanda dari pihak kami ke pihak perempuan.Majlis diadakan selepas solat asar.Pak teh dan mak teh adalah wakil yang dijemput khas dari pihak kami sebagai jurucakap.


Sebahagian keluarga pihak perempuan


Acara borak2 kot..Pak teh dan abang pihak perempuan (ayah terselit kat tepi.menyimpul2 senyum)

Belek pakcik jangan tak belek..Ori punya (kualiti gambar tak best)


Inilah dia wajah bakal suri ayah yang baru.

Mak teh dan bakal kakak ipar...(Cincin disarungkan oleh Mak teh..I macam biasa bertugas..taking-taking de picture)


Senyum gumbira


Cincin tanda dari pihak lelaki (eish...cam pelik lak ayat2 ni...)

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Hanya menanti hari akad pada 21hb.April ni.Semoga hajat klasik terlaksana dan baik-baik belaka. (Ayat kau....!!) Warga BKK yang mana berkesempatan di jemput hadir ke Masjid Putra Perdana.Kami pun ta taw la mana ini lokasi...ayaakkk...

ps:Ada sikit regret jugak masa ini majlis..kuciwa...eishhhh...pergi jauh2!!!

April 7, 2010

Hebahan

Salam hebahan semua..

Kepada semua warga BKK adalah di jemput ke Walimatul Urus ayahanda saya Tn. Hj Mohd Yusof bin Hj. Kamarudin pada:


Tarikh : 25hb . April 2010
10hb. Jamadil Awal 1431
Ahad

Tempat : Dewan Masjid QRTS Klia

Masa : 11 pagi

Semua warga BKK adalah dijemput hadir. Moga majlis ini akan diberkati.