9 Ramadhan 1432H..
Setelah 9 tahun berhijrah..selama itulah juga saya berulang alik dari Seremban ke QRTS KLIA. Bermacam pemandangan, bermacam ragam, pengalaman pahit manis, suka duka..berbagai pula pembangunan yang saya lihat. Kini tibalah masanya sirih pulang ke gagang..
Ramadhan kali ini adalah yang terakhir disambut disana. Kami sekeluarga bakal berpindah ke Seremban pada 20 Ogos ini..Syukur ya Allah..Alhamdulillah rasanya rumah itu tidak kosong lagi..Bakal dihuni oleh adik saya Sabri dan Azhar..Syawal bakal disambut oleh "kami" di Taman Bukti..
Bagaimana sedih dan pilunya hati saya ketika berpindah dari Taman Bukti ke Panchur Jaya, sama juga perasaan itu kini kerana disana menyingkap pelbagai kisah suka duka kami sekeluarga. Di sanalah juga Bonda Hazizah menghembuskan nafas yang terakhir.
Persiapan sedang dibuat.Acara bungkus-membungkus.Banyak sungguh barang.Saya pun sudah lupa masa arwah mak dan ayah mula-mula pindah disana. Tak silap barang-barang diangkut beransur.. Akhirnya lengkap seisi rumah. Nampaknya kali ini mungkin selori besar..Tiada maklumat tentang itu.
Segalanya berubah kini...Tak sama masa mak ada..Yang tak pernah berubah adalah perasaan saya..cuma syukurlah rumah itu bakal dihuni.. Syukurlah.
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
6 hours ago