Entah tetiba plak nak letak entry promosi. Ilham tu datang masa tengah masak mee hon tengahari tadi..Ada tempahan untuk minum petang dari Sek.Agama Rakyat untuk majlis perpisahan guru.
MINI KATERING.
Perkhidmatan mini katering ni memang dah lama aku jalankan dan didaftarkan dibawah nama ILHAM ENTERPRISE. Mini Katering ni bermaksud tempahan yg diterima adalah dr 50 - 500 orang.
So, tempahan untuk berbagai majlis aku terima.Setakat ni tempahan yg pernah aku terima ialah seramai 500 org untuk makan tengahari dalam Majlis pertunangan salah seorang member. (Letih gila masa ni kerana aku sorang yg masak). Antara yng pernah menempah masakanku adalah dari Perpustakaan Awam Seremban, Surau Taman Seremban Selatan, Unity Consultant Sdn Bhd, RMZ Engineering dan juga dari orang perseorangan.
Menu biasanya ayam masak lemak cili api, masak lemak daging salai, ayam rendang,segala jenis ikan, sayuran dan kuih muih..
Lokasi penghantaran pula adalah setakat ini adalah di sekitar Seremban, Senawang, Nilai, Mambau..
Manalah tahu berjaya jugak satu hari nanti aku bukak restoren..Banyak yang da bagi sokongan.Tak pe la mula kecil-kecilan dulu..
p/s-Mak kalau suruh ai masak 24 jam ai sanggup tapi mak jgn suruh ai menjahett...
Pendaftaran Kementerian Kewangan, CIDB dan PKK
Yang ini pun aku buat gak.Ini all over malaysia yo..Senang jer urusan ni..harga boleh runding..so setakat ni belum ada yg reject.. Antara yg pernah aku buat kompeni Awang watertripment (kompeni air), edsesnse (photograpy- customer dr key el).
Building Plan
So, sesape yg rase nak buat rumah ke nak ubah rumah ke- boleh la contact aku..klo nak tambah bini..tak dapek nak nolong!!
Kad kawin
Ini pun aku buat tapi tak selalu. Ini bagi sesape yang rasa-rasa nak ekonomi boleh la tempah. kalau nak grand tu pergi la kat kedai...
p/s- Nampak cam banyak je bisnes, tapi adalah dimaklumkan tak selalu...rezeki Allah tu ada dimana2..Semua untuk anak-anak (bak kata raja azura...semuo dio sosah!!!)
Jangan lupa kalau berhajat..017-3701538..talian bisnes..
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
6 hours ago