Kata orang...malang tak berbau...yang bau kuat..... durian...belacan...kerdas...kita dah tahu bau apa dari kejauhan...tapi malang tak siapa dapat menghidu...
Isnin..18hb jan..2010..8.20am
Kemalangan yang tak berbau itu telah tidak dapat dihidu oleh my en.Soami. Panggilan telefon dari dia pepagi hari betul-betul menjatuhkan rahang pipi terus bersama jantung...'Nasib tak baik'... katanya...abg. aris eksiden ni....mereng jap kepala aku...Astaghfirullahh...mana tidaknya...aku baru melabuhkan punggung di kerusi empuk..baru nak tekan kekunci keyboard...
Lori yang berhenti secara tetiba...dan menurunkan seorang apek yang secara tetiba..tanpa menoleh ke belakang terus membuka pintu lori..manakala suamiku pun tiba dengan bergayanya terus menghantam pintu tersebut....jatuh...terpinga-pinga seperti mimipi..tak percaya...luka berdarah..lori pun berlalu pergi..heishhhh...tak bertanggung jawab betul.Takut mengaku kesalahan la tu...confirm!!
Kasihan pula aku melihat wajah en.soami menahan sakit...Segera aku membawa ke klinik langgananku..seorang kenalan dan jiran lama arwah mak.Dr.Zainon.Masih teringat saat akhir arwah suaminya dulu teringin nak menjamah kuih kasuwi air tangan arwah mak.Kuih terakhir yang dimakan sebelum rohnya diangkat pergi.Semasa mendapat rawatan jahitan disana tak nampak seperti ada kecederaan dalaman. tetapi setelah kami berehat minum di kedai yang bersebelahan klinik, baru my en.soami mengadu tak mampu mengangkat tangan kiri.Terus aku mengajak dia membuat pemeriksaan x-ray.. Hasilnya...mmm...patah doh tulang sebelah bahu...Bertambah-tambah simpati aku dibuatnya...masa ni la nak tunjuk kasih sayang kat suami..masa ni la aku rasa penat tak terperi sebab pilot da patah bahu..urusan di jalanan aku sendiri..penat seh..
Kasihan sebab melihat dia merintih sakit...Bahu kiri patah..tangan kanan pula berjahit...sekarang ni kami sedang mencari 'dukun patah'.Ada yang diperkenalkan oleh rakan-rakan jauh bebenor la pulak.Nun kat umbai..dan berbagai tempat lagilah..
Geram sebab sikap tidak bertanggung-jawab pemilik lori yang terus berlalu pergi.Ini ke yang dikatakan 1 Malaysia?Indah khabar dari rupa tak serupa seperti iklan di media yang menggambarkan rakyat malaysia hidup saling membantu!!!
Begitupun aku merasa agak terharu juga dengan my boss..yang prihatin dengan nasib suamiku..'Adakah aku pekerja kesayangan?'....Ahhh..tidak..jangan ko nak perasan perasaan di sini ya...!Berbeza dengan syarikat tempat suami ku bekerja..Dahla banyak songeh bila diminta menguruskan SOCSO...datang melawat pun tidak...Bukan sahaja Bos besar..(Bos s besar pergi Dubai ke?) bos kecik pun tak..Aku bukan meminta simpati atau minta dikasihani..tetapi sebagai majikan atau wakil rakan sekerja tiada rasa dihati ke melihat rakan yang sakit..lagi tanya pasal kerja!!..atau sebab kami ni bukan dari kelantan?...ooopsss ada apa ye dengan kelantan?....mintak mahaappp...Sudahla begitu dijanjikan pula dengan skim insuran dan kemudahan hospital swasta..tapi dimana hitam putihnya?Puas aku membebel dengan my en soami...akhirnya dia berkata...'la dah patah bahu pun kena marah lagi...' peaacceee...sebenarnya lebih kepada ketidakpuasan hati dgn sikap majikan, rakan sekerja dan pengurusan pentadbiran.My boss pulak yang lebih-lebih prihatin..Sayang pulak kat dia walau selalunya dia cap ayam..BoSSS...
Setelah dapat bertenang dalam keadaan hening apabila Kelenjar pineal dan Kelenjar pitutary berfungsi kembali dalam saraf..barulah minda tu dapat berfungsi dengan baik dan menerima keadaan dengan redha..Setiap kejadian itu ada hikmahnya..barulah aku dan my en.soami kembali tersenyum dan ria kembali..
MASAK NASI GORENG, MAKAN LAKSA JOHOR
5 hours ago