April 19, 2010

Tinjau-Tinjau


Last Saturday, saya dan adik azhar telah membuat tinjauan ke lokasi masjid bagi majlis akad nikah ayah.

Rasanya tak susah sangat nak mencari Masjid Putra Perdana Puchong.Dibantu ole mr google dan sahabat lama yang tinggal di Putra Perdana.Credit to En. Helmi Ahmad yang membantu melalui laman facebook.Kami kena membuat tinjauan awal kerana di pihak perempuan pun tak berapa nak faham.Di tambah lagi dengan ayah yang suka kelam-kabut.Jadi sebelum telinga kami bernanah pada hari tersebut al-maklumlah dah sesat-barat...so persediaan awal perlu dilakukan.Punyala nak menjayakan majlis.Harap usaha kami ini dihargai.

Anggaran masa dari QRTS klia ke sana adalah lebih kurang 1 jam. Tapi tak tahula pula kalau berlaku kesesakan nanti.Alamatnya pengantin lelaki tak senang duduk nanti.al-maklumlah dah lama tak salam mesra dengan tok kadi....ngeh....ngeh...Harap-harap perjalanan lancar saja nanti.

Selepas itu kami ke Nilai 3 pula mencari souvinier yg tak berapa nak lengkap. Rancangan kami dah lengkap dan selesai sebenarnya. Tapi kalau ada yang campur tangan ni la jadinya. Ada saja yang nak kena tambah. Ada sikit berbulu saya di sini...Serius...