May 17, 2010

Mari mengenang GURU (Part I)

Tarikh 16 mei telah diishtiharkan sebagai Hari Guru setiap tahun di Malaysia.Ia mula di sambut sejak tahun 1972.Seperti tahun sebelumnya tema hari guru masih lagi 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'.Selamat hari Guru buat bekas guru2 yang mengajar saya sehingga jadinya saya seperti hari ini dan juga buat guru2 di seluruh Malaysia.

Bapa saya juga adalah seorang guru.Ibu saya juga adalah seorang guru kepada anak-anaknya.Saya juga dulu adalah calon seorang guru. Mungkin rezeki saya tiada di situ kerana terikat dengan MARA.Tawaran diterima pada tahun terakhir.Sukarnya membuat pilihan. Dan...sekarang saya juga adalah seorang guru...kepada anak-anak..

Disini saya ingin mengenang kembali guru-guru yang pernah mengajar saya dari sekolah rendah hingga peringkat tertinggi..inilah bisikan hati yang ikhlas dari saya....Jomm.....

Sekolah Kebangsaan Ampangan.

Cikgu Tengku Aziz -

Beliau adalah guru kelas saya ketika berada di Tahap 2. Tak berapa Nak garang. Mengajar subjek Bahasa Malaysia. Beliau suka dudukkan saya di sebelah pelajar lelaki.Tika itu belum berapa nak pandai menyatakan ketidakpuasan hati tentang kegemaran beliau itu.Tapi..pasti ada sebabnya...hehehehe..Bila Mengajar dia hanya berdiri setempat dan suka tersenyum simpul.Seingat saya beliau sangat suka berkebun dan selalu menceritakan perihal kebunnya..Beliau adalah seorang guru yang sangat sabar dan tidak pernah meletakkan tangannnya ke atas anak murid. Itulah Beliau yang saya kenali.

Mr. Lim -

Beliau adalah seorang guru Bahasa Inggeris dan sangat garang. Beliau juga adalah guru penasihat pengawas a.k.a pengganas. Kegemaran beliau adalah suka meletakkan minyak cap kapak pada tuala tangan dan menghidunya. Kalau berbau minyak cap kapak tahulah itu Mr. Lim.Beliau sangat suka menyuruh saya membaca di dalam kelas. Pujian beliau selalu membuatkan saya bangga hingga melimpah-limpah air di gelas.Ramai murid yang takut dengan beliau kerana terkenal dengan kegarangannya. Pasti semua terbayang lebarnya tapak tangan beliau.Saya tak pernah meletakkan rasa takut terhadap beliau kerana pujiannya yang melambung-lambung itu..

Beliau juga adalah tenaga pendidik dalam sukan olahraga. Selalu memanggil saya dengan panggilan 'kecik'. Suka marah saya jika tidak dapat memintas pasukan lawan tetapi sangat suka menepuk bahu saya kuat-kuat jika berjaya meraih sebarang medal dalam Sukan Olahraga Antara sekolah-sekolah.

Teacher Jeswant Singh -

Orangnya tinggi, kurus, berwajah cengkung dan berambut panjang mayang mengurai.Mengajar Bahasa Inggeris sewaktu saya darjah 3. Agak garang...tak dia memang garang.Tapi dia baik dengan saya..Ehh..kenapa semua cikgu baik dengan saya ha...?Apa yang menarik tentang beliau ialah cara beliau berpakaian. Mungkin ketika itu etika berpakaian belum di titik berat, gemar berbaju sendat dengan kain @ skirt panjang ketat membelah hingga ke pangkal peha. Itu penyebab yang membuat saya tertunggu masa beliau..hehehehe..Pernah arwah emak memarahi saya kerana speaking saya terikut-ikut slanga beliau.Paling saya ingat keprihatinan beliau terhadap anak murid. Satu hari, sewaktu sedang mengajar, beliau tiba-tiba menegur saya- 'Intan what happen to you, who scold you?" Tika itu mata saya sedang berair merah gara-gara terkena infection pada tapak kaki yang terpijak selumbar kayu.Bulan puasa ketika itu...ya...saya masih ingat lagi. Saya terus menceritakan penderitaan yang saya alami kerana tapak kaki saya telah menanah.Tanpa berlengah masa, beliau terus ke bilik guru dan memanggil ayah saya untuk datang segera..Itulah antara kenangan saya dengan beliau.

Cikgu Siti Rohani -

Beliau adalah guru muzik. Berkulit putih cerah, leher ulas limau dan berambut pendek.badan sedikit berisi tetapi beliau tinggi orangnya. Selalu juga berpakaian agak ketat membayangkan seorang yang up to date. Beliau juga adalah pengasas PBSM dan pernah membawa persatuan kami melawat kilang biskut.Beliau telah memilih saya untuk menyertai pasukan koir sekolah tetapi tidak dibenarkan oleh ayah ketika itu.

Ustaz Kamaluddin -

Al-Fatihah untuk beliau. Seorang guru agama yang sangat saya sayangi dan sanjungi.Sangat pandai mengajar tajwid.Saya rasa cara penyampaian beliau amat mudah difahami. Saya adalah anak didik beliau dalam pidato dan syarahan agama dari darjah tiga hingga darjah enam.Beliau akan melatih saya bersungguh-sungguh dan pastinya selalu membuatkan beliau berasa bangga dengan setiap kemenangan saya.Ayah juga selalu hadir ke setiap pertandingan syarahan dan pidato yang saya sertai. Sangat bangga bila berjalan di atas pentas mengutip hadiah..Suka juga mempermainkan beliau di dalam kelas. Umpamanya, tiada seorang pun yang dapat menjawab soalan, saya akan mengangkat tangan dan bila diminta untuk menjawab, saya akan membalas...'tak da apa-apa la ustaz'...beliau adalah guru agama terbaik saya...

Cikgu Fatimah Sham-

Beliau hanya sesekali masuk menggantikan guru di kelas saya. Mengajar Bahasa Malaysia. Beliau adalah guru kelas kuning. Yang mengeratkan kami adalah bola jaring dan pertandingan bercerita. Beliau yang bersungguh-sungguh melatih saya dalam pertandingan bercerita hingga berjaya ke peringkat negeri. Selain itu ayah dan arwah mak juga adalah penyokong dan pengkritik utama saya. Masih lagi saya ingat apabila Sekolah Kebangsaan Ampangan membawa satu bas penyokong untuk menemani saya bertanding di Sekolah Kebangsaan Petaseh, Jelebu hasil usaha keras cikgu Fatimah Sham. Ini juga adalah julung-julung kalinya S.K.Ampangan berjaya ke peringkat negeri.Oh ya, pembantu saya ketika itu adalah saudara Eddy Fawzy yang bertindak sebagai gambar latar. Beliau juga masih tidak lupa kenangan itu.

Dalam Perlawanan bola jaring pula, saya adalah otai sekolah.Tenaga pendidik ketika itu adalah cikgu Fatima Sham dan cikgu Siti Rohani.Memang saya akui apabila berada di atas padang saya akan lupa dunia.Seramai lima orang guru pernah melawat saya di rumah termasuk cikgu Fatimah Sham, kerana saya mendapat demam selama seminggu.Beliau amat risau kerana jadula perlawanan bola jaring semakin hampir dan saya sebagai kapten tidak dapat turun berlatih ketika itu.Sehingga sekarang, jika beliau bertemu arwah mak saya di mana-mana, beliau akan bertanya khabar saya dahulu.

Sekolah Menengah Agama Ampangan (Sekarang..Sek.Men. Agama Dato' Klana Petra)

Cikgu Latipah.-

Guru Tingkatan dari Tingkatan satu hingga tingkatan 3.Mengajar subjek Geografi.Sangat suka membebel.Komited dengan tugas.Ingatan saya tak berapa nak kuat dengan beliau kerana kami tiada kimia antara satu sama lain. Walaubagaimanapun saya tetap ingat jasa-jasa beliau.

Ustazah Raja Fauziah-

Seorang guru Bahasa Arab, sangat respek dengan beliau kerana melaluinya saya mempunyai respon dalam mempelajari Bahasa Arab. Cara penyampaian beliau, berjaya mengubah pandangan saya yang sebelum itu mengatakan Bahasa Arab itu sukar untuk difahami. Bahasa penyampaian beliau amat mudah di fahami.Selalu mengadakan kuiz. Saya sangat takut jika kena berdiri di atas bangku. Jatuhla standard.heheeh..Oleh itu saya pasti akan menghafal segala tugasan yang diberi.Saya juga ada mengikuti kelas tuisyen beliau di rumah.Akhirnya saya berjaya score A dalam subjek tersebut hasil dr komited beliau dalam mengajar. Oh ya..ayah saya juga turut megambil subjek B.Arab ketika saya menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran.Baru-baru ini saya ada terserempak dengan beliau ketika sedang memandu.Alhamdulillah nampak sihat lagi.

Cikgu Johara. -

Mengajar subjek Bahasa Inggeris. Orangnya garang dan tegas.Suka mendenda murid. Tapi tetap ada ketawa manis sewaktu sessi pengajaran. Diction beliau terang dan jelas.Siapkan tapak tangan anda jika gagal dalam ujian yang dijalankan. Huh..mujur saya tak pernah kena.
Beliau juga adalah tenaga jurulatih dalam sukan bola jaring. Saya akan merasa sangat letih jika beliau yang turun padang.

Cikgu Zaihan -(saya tak pasti samada di depan namanya ada mempunyai nor atau tidak)

Sains adalah matapelajaran beliau.Orangnya rendah agak garang juga.Sangat suka mengedip mata sehingga saya menjadi rimas.Beliau selalu memarahi saya sebab suka melemparkan pandangan ke luar. Saya tak kisahh...Sangat suka membawa kami ke makmal sains.Masih ingat lagi apabila beliau mati akal untuk memarahi saya kerana saya teramat degil untuk memegang seekor cacing.Terima kasih cikgu..sebab selalu kena marah saya score..

Cikgu Zainah -

Mengajar subjek Bahasa Malaysia dan Matematik.Very friendly teacher.Saya suka sebab beliau tak garang. Cara mengajar pun serasi dengan jiwa saya mungkin beliau terdedah lama dengan suasana luar negara. Saya selalu kantoi dengan beliau kerana suka membaca novel yang disorokkan dibawah meja ketika cikgu lain sedang mengajar. Beliau juga pernah mengadu dengan arwah mak tentang perangai saya yang satu itu. Oleh kerana itu, dia akan pastikan saya tidak menyimpan sebarang novel semasa sessi pengajaran beliau...hehehe...Apapun beliau adalah orang yang pertama menyampaikan keputusan SRP saya kepada mak dan ayah.Tak sempat nak buat surprise!!

Maahad Ahmadi

Kenangan saya tak lama disini, Sebentar cuma saya di sana tapi sempat juga melakar beberapa sejarah.

Ustazah Fawziah

Berketurunan Arab. Berbadan besar. Keluarganya ramai menetap di Kelantan.Saya juga suka apabila dia mengajar Sastera Arab.Melankolik sungguh.Beria-beria beliau menceritakan bagaimana keadaan dan tenatnya orang yang sedang dilamun cinta. Menanti siang umpama seekor unta yang ingin berdiri. Menghulurkan kaki sebelah, berhenti..hulurkan kaki sebelah lagi dan seterusnya. tetapi ayat beliau yang tak pernah saya lupa 'Takda orang nak kawen dengan saya...sebab saya gemok macam katak!'.Beliau sangat suka memberi saya buah keranji yang dibawa dari kelantan. arwah mak say juga suka.Beliau juga merupakan jurulatih Syarahan Bahasa Melayu dan Pidato Bahasa Arab saya.

Ustaz hj.Hassan

Al-Fatihah buat beliau. Juga merupakan datuk saudara sebelah ayah. Memanggilnya dengan gelaran tuk su walau di dalam kelas. Suka ati kau jer kan..Mengajar subjek Agama. Beliau adalah seorang yang sangat suka terlelap sewaktu mengajar.Saya difahamkan bacaan kencing manis beliau terlalu tinggi menyebabkan beliau berkeadaan begitu. Masih ingat lagi, walau sedang menulis di papan hitam, masih sempat terlelap. Mulalah sahabat2 di dalam kelas menjerit...'Intaannn...atuk kau da tidoo....' pasti beliau akan terjaga dan tergelak.'Intaannn....atuk kau da conteng buku dennn....'' apa nak buattt...tapi suka kalau beliau mengajar..sebab dapat menyakat...

Cikgu Rafidah

Mengajar subjek matematik. saya tak berapa nak kimia dengan beliau. Suka melebihkan pelajar lelaki.Suka menyindir saya..'Ada budak tu...kalau atas padang sikit punya lincah..tapi bila malam ada kelas mula la nak sakit kepala...' siapa lagi kalau bukan kata-kata itu ditujukan kepada saya.Agak keras kepala saya semasa itu. Lansung saya tak hadir setiap kelas yang beliau anjurkan...jawapan saya...sakit kepala..!!(harap-harap tiada anak2 yang mengikut)

SMKA Sheikh Hj. Mohd Said

Saya ditukarkan semula ke sekolah ini sewaktu Ting. 4 juga.Disebabkan tak berapa nak kimia dengan Maahad. Sebelum itu teruk juga saya keluar masuk bilik kaunseling di Maahad gara-gara Pengetua tidak membenarkan saya berpindah.Aset sebenarnya....ceewaahh...Saya kan D.E.G.I.L

Cikgu Zainoriah

Guru tingkatan dan juga merupakan guru matematik..Selalu membebel dengan nasihat yang naik tepu dalam kepala.Agak garang..Setiap kali selepas kuiz matematik saya akan pastikan tangan saya diperasapkan dahulu sebelum diserahkan pada beliau.Tak lulus...rotann...cukup2 makan rotan....tak capai target rotan...tapi tak pe saya ada geng 3 stooges. Jadi malu itu berkurangan. walaupun beliau garang..hampir setiap hari saya menunggu kehadiran beliau kerana cara beliau mengenakan setiap pakaian. Rasa saya...dalam sebulan tiada sehelai baju yang sama. dengan ikatan tudung yang berbeza, kasut tumit tinggi yang bermacam warna..Itulah tarikan beliau terhadap saya.Beliau pernah memarahi kami sekelkas tahap melampau gaban..'Kamu tahu tak..kelas kamu ni semuanya muka gred 3!!!''.Al-maklumlah kami sekelas memang nakal..Mungkin dengan kata-kata beliau berjaya mengubah perangai kami...Hanya seorang sahaja yang mendapat gred 3...yang lain...faham2 jer lah..tak mo bagitahu nanti riak..

Mr. Shanmugam

My late English teacher..Sangat baik dan tenang.Meninggal 2 bulan sebelum kami menduduki SPM...ini baru betul tak habis belajar...Sebulan tiada pengganti. Beliau sangat suka menyuruh saya membaca sewaktu sessi pengajarannya..Masih ingat lagi novel 'Black Tulip' beliau.Saya akan malu-malu harimau apabila beliau memuji bacaan saya..perasan kau tipah..selepas pemergiannya..kami sekelas mere nehe sebulan sebelum digantikan dengan cikgu Siti Hawa yang tak berapa nak kimia dengan kami..

Cikgu Salina

Mengajar subjek sejarah.Juga seorang yang tenang dan simple dalam berpakaian. Bersuara halus.Padat dengan nota hingga lenguh untuk menulis.Terpaksa mengejar juga kerana sekiranya lambat menyalin, nota yang awal akan dipadam dan diganti dengan nota yang baru..Cikgu oh cikgu...kekadang saya tak faham tapi jadi pandai sebab asyik dok menghafal nota.

ustazah Zaharah...

Mengajar subjek B.Arab. Sangat simple dan hanya bersandal sahaja.yang paling best....beliau sangat suuukaa merajukkk...ini diakui sendiri oleh adik saya.Lambat panggil ke kelas, dia merajuk..mulala cikgu zainoriah akan membebel kat kami...tak siap homework merajuk...dan pernah juga dia merajuk terhadap saya kerana melempaskan pandangan ke luar sewaktu beliau mengajar..Rupanya peel beliau...mahu semua student hanya pandang beliau sahaja...Ayoolaaa...susa...susa....Kami kelas budak2 nakal memang suka buat dia merajuk...selalu...free satu masa...Tapi apapun B.Arab saya tetap score.

Cikgu Babuk...(lupala nama betul)

Guru disiplin..Sangat garang. Bermata juling. Selalu saya cakap pada teman..babuk pandang sapa ha....?Beliau juga adalah kawan ayah saya.Suka membawa hiller(betoi ke ejaan) ke sana sini.Tak pernah mengajar saya tetapi disebabkan beliau adalah warden asrama,sedikit sebanyak ada juga kenangan saya bersamanya.Beliau pernah memarahi saya dengan hiller lebei kurang jam 11.30 mlm kerana lampu dorm masih menyala.Peraturan asrama lampu dorm hendaklah ditutup sebaik jam 11 mlm. Saya menjerit padanya dari tingkat 4 asram.a..saya tak mahu tutup lampu..perasaan tak enak..cewaahh kau..saya nampak hantu..!!Beliau amat marah..'Ekau yang hantu..den tak kiro kau tutup lampu sekarang jugak...!!...Hahaha...padan muka saya dan babuk(lebih dikenali dengan panggilan babuk) kerana malam itu hostel diserang histeria. Saya tidak terjangkit tetapi saya faham sebelum itu adalah amaran bahawa perkara buruk bakal terjadi.Seorang wanita berpakain putih labuh, berambut panjang sedang berbaring di atas katil menghadap dinding. Dan.. teman sebilik saya sudah mula menangis ketakutan yang akhirnya terjangkit histeria.Menggelabah babuk malam tu..

Rupanya babuk ini adalah sepupu kepada bos saya sekarang. Saya difahamkan beliau sudah beristeri dua dan suasana keluarganya tak berapa nak indah.agak simpati saya mendengar nasibnya itu..

Ini adalah sebahagian kenangan bersama guru-guru yang membentuk saya menjadi hari ini..Terima kasih cekgu..

Part II bakal menyusul....