January 28, 2009

Tunai Janji-Mandi-Manda

27hb Januari..
Journal
2.50am-bangun,bersih diri,solat
3.30am-Stat masak-kan da janji nak pergi pd ari ni..kena la masak pagi-pagi..
-menu picnic ari ni:

- Nasi puteh, ayam masak merah,sayur campur, keropok udang,sambal siput mentarang,rendang ayam (mak bagi semalam),cekodok pisang (perghhh..kecur ayor liur)air kopi,air putih,jus limau,jajan..

6.00am-Bangunkan semua orang...solat ..solat.(masak pun da setel)
6.30am- Susun baju dalam beg.

Lepas waktu ni aku da tengok jam da..da tak ingat da...Begitu begini kami bertolak ke Port Dickson tolak campur(lebei kurang) 10.30 am.

Port nak lepak memang da ada.Masya-Allah ramainye umat manusia.Ni le padahnya pegi musim semua orang cuti.Panas terik membahang pun apa kira.Termasuk yang menulis ni.Err..tak lupa juga aku telah menjemput abang sulong ku untuk sama-sama meramaikan suasana kat tepi dan tengah laut.

Siap pasang khemah, makan la dulu baru mandi.Seronoknya anak-anakku bukan kepalang termasuk la si comel lote laila is laila..First time dia menjilat kemasinan air laut.Rasanya setahun da aku menghentikan aktiviti berkelah dan camping ni.Patut pun diorang suma teruja.

Panasnye...membakar kulit betul..tapi bila da berada dalam air tak rasa semua tu.patutla ramai yang berendam!Papehal pun aku da tunaikan janji pada anak-anak.Dah tu...buat lak janji baru..Adusss....nanti kita pegi mandi laut kat sabah.Lagi Best.Sabah je ibu tak sampai lagi...kalau da sampai,lengkapla hidup ibu sbg rakyat Malaysia!HMMM...Apa lagi diorang ni terkinja-kinjala...Insya-Allah..jual susu banyak-banyak tahun ni..2009 tahun bebas hutang!..Yeeehaaaa!!

Cuma yang paling dikesalkan ialah tiadanya kemudahan tandas..Grrrr.....tandas ada tapi sedang di perbaiki.Cubala bayangkan......Akhirnya..selepas puas berendam,melawan ombak(konon!)masa untuk pulang pun tiba.Aku siram-siram je diorang sorang sikit air yang ada.Aku dan Husband?...pergi masjid le...Asar pun tak lagi..elok bonar la tu!Nak wat camner tak de air..

Itulah dia Malaysia Bersih dan Indah! (Padahal sampah...Lu pikir la sendiri)

Ladies trip

25hb Januari 2008

Aku,Fea dan laila melangkah kaki dari rumah jam 4.50 am,kononnya nak mengejar komuter jam 5.15am.(Ropanya first train kul 5.38am).Hajat hati nak ke Lumut, Perak.

Tika itu Alif, dik lang dan ilham baru beradu,jadi memang tak sedarlah kami keluar.Malam sebelumnya mereka bertungkus lumus menyiapkan layang-layang.Sedih juga rasa hati bila meninggalkan ilham ku yang sorang tu.

Jadilah trip kami kali ini trip org perempuan sahaja.Kami ni menempel atuk dan nenek je..he..he..Menghantar salah seorang dari sepupu yang ramai bertunang.Anyway,sekali sekala best juga.Last trip kami sekeluarga ke Lumut and Pangkor tahun 2004 dolu.Tak banyak perubahan di sana.Pekan Lumut masih seperti dulu,sama masa aku belajar dulu. Sayangnya tak bawa kamera, kerana segala nya tak dirancang. Kemas baju pun pukul 2 am.(Aku ni sekarang da jadi kelawar..tidur kul 10pm pasti akan terjaga kul 2am sampai la siang-jadi...buatlah ape yang patut...)

Memang seronok trip kami dengan keletah laila yang macam-macam.Fea pun begitu teruja melihat sawah padi dan burung bangau yang berterbangan.Cantik.Subhanallah.Fea dengan laila sangat teruja melihat laut nan membiru..(teringat pula janji dengan hero 3 orang tu trip ke PD pulak!)Bab shopping ni..tak berapa sangat al-maklumlah tengah gerhana matahari(faham2 je la).Ada juga ole2 yang di beli untuk orang yang tinggal.Member ofis lagi.Sotong kering,Sate sotong,ikan bilis,sate ikan, buah jambu...eh banyak juga!

Perjalanan balik kami tak melalui highway..ikut jalan lama..Waahhh!!! lagi banyak yang nak di pandang dan di beli.Antaranya siput mentarang..Pernah makan?..Sedap beb!(biasolah aku..kalau maria tunku sabri tu pencen besok aku ganti tempat dia!)
Papehal pun memang best trip kali ni...lain kali baru bawa satu family..cuma sayang tak dapat nak merakam kenangan(telifon pun canggih!)