June 18, 2010

Selamat jalan...Moga ketemu lagi bahh...

Lewat petang kelmarin saya berkesempatan melawat sahabat saya "ririn",sebelum dia pulang ke Sabah bersama bondanya.. serasa terlerai jua satu beban yang amat saya rasai sebelum ini kerana tak pernah berkesempatan melawat bondanya yang sering saja sakit..

"Mama beria-ria sangat ajak balik kak"

Pulangla rin bawa mama tu..dia rindu dengan setiap ruang kosong yang ada di sabah tu rin.Kalau dia pergi dipanggil Ilahi, tertunai juga hajatnya.Bukan itu yang diminta tetapi memandangkan keadaan kesihatan dia yang merosot sejak akhir-akhir ini, kemungkinan 'itu' bakal berlaku..Ia...Ajal maut di tangan tuhan...

Sekiranya masih ada nyawanya lagi... Syukurlah mungkin Allah masih memberi kesempatan untuk kalian membaiki apa yang sudah terosakkan....

Alhamdulillah ririn menerima dengan baik saranan saya untuk membawa dia ke psikiatri..Almaklumlah...perkataan itu...

Insya-Allah pulangnya dari Sabah nanti kami akan usahakan apa yang patut..


*thanks...aunt...