19 November 2009
Tarikh keramat Sebagai seorang pelajar bagi Fatin. Keluarnya result UPSR ini membuktikan sejauh mana hasil kerja keras dia selama ini.
Semasa menghantarnya ke sekolah, aku berkata padanya terima sahaja apa pun keputusan yang keluar dengan reda..masa tak boleh diundur.Result tu bagus ke tak bagus ke ibu tak marah..
Jam 11.am bermulanya pengumuman keputusan. Sebahagian besar ibu bapa turut hadir.Berbagai ekspresi riak muka aku saksikan.Lutut aku pun turut 'gegel'.
Akhirnya....alhamdulillah...berpelukan kami nak beranak.pedulik apo!3A 2B...sudah memadai ku kira buat Fatin.Terima keputusan dengan hati yang terbuka.Agak terkezut jugak sebab result trial hanya 3B 2C...ah..yg C tu yg menakutkan...Nampak peningkatan..Tak sia-sia usaha keras kami berjaga malam..study..tahajjud..Rata-rata kelas Fatin mendapat 3A dan 4A. seorang saja wakil 5A bg kelas dia. Kelas Al-Abdari tak boleh dibanding kerana itu kedudukan kelas pertama. Mujur juga Fatin ditempatkan di kelas yang kedua..kerana dua kelas ini adalah kumpulan sasaran.Aku dimaklumkan agak merosot keputusan 5A tahun ni.. So...cikgu-cikgu kena buat post-mortem.
Selepas selesai keputusan, kami bersalaman dengan guru2. Menghormati guru besar pahalanya. Ibu bapa janganlah lupa dengan jasa mereka yang mendidik anak kita.Ucapkan terima kasih kerana jasa mereka itu.Guru Sains Fatin agak terkejut dengan A yang Fatin terima kerana....oohhh...selama ini memang C dalam tangan...hehehehe...
Pada Fatin aku ingatkan bahawa ini hanya permulaan.Baiki lagi kelemahan yang ada.Ini menunjukkan usaha dia selama ini masih belum mencukupi..Kena lebih lagi.Ibu tahu tahap fatin macammana..
Alhamdulillah...Alhamdulillah...seribu kesyukuran dipanjatkan pada Ilahi.Kami menziarahi pusara mak selepas itu. Fatin ingin berbicara dengan neneknya...
p/s - perkataan pertama selepas ambil result..'bolehlah atin amik h/phone nenek..."budak ini...(arwah pernah berjanji dgn fatin sekurang2nya 3A...hadiah h/phone!)
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
6 hours ago