April 24, 2009

cerita lepas tengahari

tepat kul 12.15 aku kuar rehat
kena ambil kids rutin harian
bawak diorang pergi lunch kat ampangan
tengok jam sudah pukul 1.30
aku message lagi kat member ofis
'zah(nick dia), petang ni nak lewat lagi.maleh.
ko nak buah pakcik semalam tak?
(cam merasuah la pulak!)
alasan aku tulus dan telus
tak berselindung.
tidak lama kemudian dia balas
'ok gak.nak tembikai n betik'
'yabedabedu'
balik rumah berkemas la apa yang patut.
tengok jam da melewati pukul 3pm
menjerit lagi umpama mak tarzan hilang laki
gesa kids cepat bersiap.
lepas hantar diorang aku memecut laju
nak mengejar 'buah pakcik' tu
(takut habis)
sanggup pusing jauh siket..siket jee kat taman marida
serius..sedap 'buah pakcik tu'
besar, lemak , manis, pejal..(cam 18sx je bunyik!)
tengok jam sudah pukul 3.15pm
'Ahhh...ada aku pedulik!'
setan sudah mencucuk.
Agak egois dan emosi sket ku memandu
sebenarnya cuak gak kat hati..
mana tau sampai opis bang aji ada...
'ada aku pedulik!'
janji nafsuku nak makan buah pakcik tu da terlampias!

cerita lepas pagi tadi

baru je nak duduk da dapat order
dari senior ke yg senios
yang berangin selalu
'ada drawing urgent nak kena buat ni'
'kalo rase kena buat ot..buatlah'
'hallamak'
'bersidai la balik aku kat ofis ni'
'Dua design da siap da'
'nak wat camne bng mie (nick senior ku)'
'da siap nanti kna gak la buat'
sementara tunggu design siap
aku layan la mozilla fire fox dulu
tup..tup
bila aku pergi admin
dia da keluar
'aiseh..sah-sahla aku kena bersidai kat ofis ni'
"Ahad aku nak pegi PD"
'Ada karnival Blogstarz'
Gerammnyerrrr....



cerita pagi ni

hari ini hari jumaat
hari yang penuh dengan keberkatan
tapi hari ni la hari malasku
sudah pukul 8.30
tercatuk lagi kat rumah
aku anta msg kat member ofis
'lmbt sket pg ni..maleh!nak kem b1st x?'
kenyataan yang tulus lg telus..
'x pe la'..member balas balik..
aku singgah beli mehun goreng..
bawak keta slow2
sopan santun gitew..
'pasal makin malas kerja ni?'
bermonolog sendiri..
'tu la bos x nak naik gaji..kerje lepas tangan!
tau duit masuk je..."
'pas tu pump out duit tu tah g mane'
'staf gersang'
hati baik pulak menjawab
'mana tak malas...tak berkat melangkah..'
'asyik gossip bos je 25 jam'
hati jahat balas balik..
'alahh...cuba la kalau dia ingat kat staf,
x la kena kutuk!'
hati baik jawab balik
'x pela..nak cari keberkatan kan?'
'untuk anak2 kan'
hati jahat pun diam x jawab
bagi ruang untuk aku berfikir agaknya..
sedar-sedar da sampai ofis..
8.45 am
'la...member yang aku msg td pun tak sampai lagi!!'

Sayu..

Petang semalam..
Lepas balik kerja aku menyinggah
kat family store
beli barang-barang untuk jualan dadihku
beli gak sekali jajan untuk kids yg comel sume
cam muka aku..
sewaktu perjalanan balik
aku lalu depan warung WSK
'Nape keta byak2 ni?'
'Sempit la jalan!'
Tiba-tiba....
tertancap pandanganku....
Usungan keranda sudah di atas bahu
hadirin sudah berdiri
Takbir azan akan bergema
Allahu-Akbar....
tiba-tiba...
hatiku jadi sayu
pandangan ku jadi satu
hati berkata 'Innalillah....
mataku berkaca..
puasku tahan
aku nak brenti isi minyak ni...
Aduh...camne ni?
Sentimental plak aku...
akhirnya...
ku biarkan mataku yang berkaca itu
berderai jatuh ke pipi
insaf seketika
tak tergambar di fikiranku
bagaimana satu hari nanti
Orang2 yang ku sayang
tak da lagi di bumi ini
tak lagi menghirup udara
tabahkah aku relakah aku..
bagaimana pula jika aku yang pergi?
anak-anakku?
suamiku?
fikiranku melayang hingga tak sedar
aku tak isi minyak lagi
dah sampai rumah!....
amin..