Selamat Hari Bapa buat semua bapa di dunia..Buat ayah tersayang ku puisikan perasaanku sebagai menghargai pengorbananmu..
Lelaki yang telah redha dengan
Hidup payah
Yang hatinya selalu benar resah
Dan untuk keluarga dia rela bersusah
Ayah adalah hadiah Allah
Lelaki yang pandai menyembunyi gelisah
Lelaki yang sanggup menyorok gundah
Ayah…dalam diammu
Hanya sesekali suaramu melintas
Sesekali amarahmu tergambar di wajah
Ayah adalah hadiah Allah..
Ayah..dalam diammu itu
Aku memakllumi hempasan rasa
Yang bersimpang siur
Dalam urat nadi cekalmu
Mengharap segalanya seteguh masa yang tak pernah letih berganjak...
Terima kasih Allah
Kerana menghadiahkanku
Seoranng lelaki tabah
Yang mesra ku panggil...A.Y.A.H