May 20, 2010

Kisahnya...jangan ikut sebarangan




Sekarang ni sudah menjadi trend kaum wanita yang bertudung mengikat sanggul tinggi-tinggi.Saya tak nampak di mana cantiknya..Pernah saya katakan pada teman sepejabat bahawa wanita yang mengikat sanggul seperti itu umpama wanita dalam pantang.

“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Apabila diikat-ikat dan disimpulkan perkara-perkara di atas,semuanya akan kembali kepada satu yakni niat.Jika baik niat anda,insya Allah,anda dapat pahala jika tidak anda dapat dosa.Jika anda menjaga kecantikan diri anda untuk bakal suami anda,insya Allah,syurga balasannya tapi ingat,jangan berlebih-lebih.Dan kepada wanita yang bersuami,anda wajib menjaga kecantikan anda.

Suami tidak akan cakap , ayang pakai lah tu,kuruskan sikit badan ,senam la sikit,pakai pewangilah dan macam-macam lagi kerana lelaki biasanya merupakan pemerhati yang setia dan kerjanya hanya memerhati.Bila subjek yang diperhatikan itu tidak menarik,maka mulalah dia mencari subjek yang lain untuk diperhatikan.Ha,masa ini barulah sibuk cari itu cari ini.Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian,tiada guna beb~

Jika anda telah terlanjur memakai tudung tapi berbonggol unta,memakai baju tapi nampak susuk tubuh badan,memakai pakaian sang lelaki,anda masih selamat.Insaflah.Allah menerima taubat hamba Nya walau apa-apapun jenis kesalahan selagi tidak mensyirikkan Nya.

Akhir kata,sama-samalah kita menjaga aurat,tidak kisahlah lelaki atau perempuan,semua ada batasnya.Wallahua’lam.