last friday was my mr.hubby 39 birthday...
Serius beb guwa x taw nak bg present apa..last2 saya create home made card (likes a cakes!!)..dan terbit pula idea nak hadiahkan satu buku buat my dear..
Mulanya saya mencari buku tajwid untuk anak di mph. Biasalah lain yang dicari lain yang jumpa.Berkenan pula dengan sebuah buku keluaran HM Tuah bertajuk "Kalau Tidak Dipecahkan Ruyung". Hmm...dalam hati.."apa kata saya hadiahkan buku ni buat dear, at least terbuka minda tu...sekurangnya saya pun boleh baca sama"..Bagus tak idea den.?
Detik 12 mlm saya pun cepat-cepat letakkan present tersebut diatas keyboard.Tika itu dear sedang ralit menyiapkan kerja pejabatnya..Dah letak saya cepat-cepat cabut lari dalam bilik, terus solat..huhu..actually sebelum tsunami melanda Jepun, hati saya terlebih dahulu dipalu ombak tsunami.merajuk la konon dua tiga hari.Biasalakan adat berumahtangga,,,tapi tak menjadi masalah besar pun..**lagipun ayat sound2 dah saya selitkan dalam home made card...**
So, pada siang hari jumaat tengah kecoh-kecoh pasal tsunami, boleh pula terbit idea nak menonton Hikayat Merong Mahawangsa..En. dear2 nak beli jiwa balik la konon. Saya ok aje..sebab yang mengalir fulus dear2..terima kasih pada adik CT yang cepat-cepat membelikan kakak ni tiket.Adik Ct bekerja di wisma MAA..(Lama betul saya tak menjejak panggung. kali terakhir adalah tayangan Puteri Gunung Ledang) Sepatutnya malam tersebut adalah malam asmara...oopsss ayattt...malam dating kami berdua...Malangnya si anak kecil yang dua orang tu, tak bekerjasama pula..Mata tak mahu lelap. Jam menunjukkan pukul 11pm sedangkan tayangan tersebut adalah 11.20pm. Nak tak nak..angkut jer la...Mujur tak meragam sepanjang tayangan. celik pulak biji mata memasing..
***Boleh pulook aku jatuh tergolek depan entrance GSC tu...mujur tak ramai sebab dah lewat malam***
Manusia tak ramai malam tu..pilih jer seat mana suka..sekarang ni ramai yang dah beralih ke TGV dan MBO..Saya selesa dengan GSC..(ehem..ehem...murah sikit!)...highly recommended la kalau ada sesiapa nak pergi menonton. Puas hati..
Besoknya pula saya menghadiri Mesyuarat PIBG SMA nilai..Para ibu bapa sila yer hadir kalau ada mesyuarat.Penting untuk mengetahui perjalanan sekolah.Penting berkomunikasi dengan guru.Sila bagi usul yang dirasa perlu.Saya seperti biasa, bak kata seorang teman "Parti berhaluan kiri". Ada saja yang nak disuarakan.Tapi berbaloi beb, cabutan bertuah hamper yang besar-besar jatuh ketangan.Gila kuasa..
Habis jer majlis tersebut, saya bergegas pula ke majlis kenduri rumah seorang teman di Enstek..Majlisnya dah selesai pun tetapi sebagai menghormati jemputan saya hadirkan diri juga.
Dannn...keesokkanya pada hari Ahad sepatutnya kami sekeluarga ke Tampin menghadiri majlis perkahwinan seorang sepupu. Nampaknya bukanlah rezeki kami pada hari tersebut memandangkan anak saya yang bernama Hakim masih tak elok demamnya.(Dah mula demam pada jumaat..on n off) Saya pun rasa pening2 lalat pada hari tersebut. So senang cerita bersantai saja sepanjang hari.Itu saja la kisahnya...
Meh kita layan ayat home made card saya....
Kata pujangga
perempuan bagaikan angin
lembutnya melenakan
ributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibu
menyaji kasih, menghidang sayang
adakalanya mereka seperti anak
ingin dibelai, minta dimanjakan
adakalanya mereka seperti nenek
berleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,
merekalah insan yang terhampir
teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
Tiba-tiba... isteri merajuk
pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya
teliti dengan hati yang terseni
rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu
jangan cuba dihadapkan secara rasional
kerana si dia tak akan terdaya
mengunyah hujah, berilah walau seribu sebab
lengkap dengan perangkaan statistik
atau dokumen saintifik
berserta dengan beberapa affidavit
dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi ini
fikiran telah ditawan perasaan
sebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasa
jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan
semarakkan belaian.
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri
bagai riak-riak air dalam cawan
jangan digoncang... buat selamba
lambat laun, gelombang akan tenang
air dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas...
Kalau ternyata, rajuknya berfakta
masamnya berdata, geramnya berilmiah
marahnya ada prima facie
ini rajuk taraf tinggi namanya
perlu ditangani berhati-hati
kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima
mengaku lalu berjanji serta berikrar
"Sayang abang tak ulang lagi"
katakan "Sayang... abang alpa"
bisikkan "Darling... I lupa..."
Hulurkan tangan, pinta kemaafan
pendekatan kasanova, tapi hati suci.
Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam
tetapi...
kalau kena cicahnya
enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
Arghh...
Tiba-tiba isteri merungut
malah kadangkala agak mengugut
minta aksesori serta perabut
minta Villa yang tersergam indah
atau mahligai di lereng bukit
sedangkan kita bukan Shah Jehan
yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
tetapi isteri pula, persis Nur Jehan
yang meminta petanda keagungan cintanya
Katanya "Seabadi permata...
Segermelapan intan..."
Sedangkan ditangan kita
cuma cincin tembaga.
Aduh...
peritnya mengukur cinta
dalam ukuran mayam atau menimbang setia
menerusi Bursa Saham papan utama
kasih isteri, turun naik
mengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diri
diakan dulu pilihan kita ?
Semasa mekarnya
dia dihargai, dipuja-puji
dia kini sudah menjadi ibu
pada anak-anak kita
sudah takdir...
Permata yang dipilih
perlu digilap semula.
Namun...
putus asa jangan sekali
terimalah dia, dengan redha.
Justeru isteri
pada hakikatnya
adalah bayang-bayang suami
wanita adalah tulang rusuk yang bengkok
luruskan dengan berhati-hati bertegas tapi jangan berkeras
lembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanya
lalu pada saat yang kudus
setelah bersolat bersama
bisikkanlah "Duhai isteriku...
marilah kita bina perkahwinan ini
dengan cinta yang sejati
marilah kita kutip rezeki
dengan keringat tersuci
kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya
padamu isteri, istanamu, di hati ini
padamu sayang
kalung cintamu, di jiwa ini.
Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di mata
usia meningkat kecantikan tergugat dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus
betis, tidak lagi bunting padi
pipi, bukan lagi pauh dilayang
apakah dengan itu akan berkurang cinta kita?
Jika berkurang, nyatalah cinta kita
selama ini cinta di mata bertapak di body
tapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambah
ertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.
Itulah cinta sejati.
Uhhh...
Kekadang isteri mengamuk
dengan ombak prasangka dan taufan cemburu.
Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
kekadang disergahnya kita
ketika keringat masih membasah
baru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah diri
mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan
mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan.
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan
secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati
kaji diri satu persatu
kalau liar, berhentilah
kalau berdosa, bertaubatlah.
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu
nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang
ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat
akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri:
"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak
membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripada amukan nafsu.
Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita
Dia yang membantu membersihkan rumah kita...
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya?"
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
Si diaku, si diamu
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita makin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.