February 8, 2011

Renungan :Sukarnya memahami bahasa cik Puan ye...

Ando jugak yang terkono kek diri ese ni ha...berdobuk kono...hahaha..
meh kita layan situasi yang berlaku :

Bab 1

Laki tipon bini

"Yang....ooo...yang....abang kat kedai mamak ni..nak pesan apa-apa tak...?

Bini jawab

"tak mo la bang..i kan tengah diet..."

Laki pun balik rumah lenggang kangkong..nengok muka bini muncung panjang boleh di tanjur..
"Aikk...pelik...!!"

Laki respon balik..

"kan u kata tak mo apa-apa"

Bini jawab..

"Memang i kata tak mau..tapi u tolong lah belikan apo-apo..."

Laki..

" Pulak..."

ai ...? = Tak ando rasonyo den buek prangai camni....

Bab 2

Laki tipon bini..

"petang ni u masak apa yangg...?"

Bini jawab..

"Alah penatlah hari-hari masak..u makanlah siap-siap kat luar..ai kan tengah diet"

Laki pun berdendang sayang pergi makan kt kedai mamak As-salam. Bedal beriani gam.
Sampai umah....perghhh..

"Bang mei makan sekarang..ai masak sambal tumis, sup ayam ada, sambal belacan sekali ngan goreng ketam..cepat bang...!"

Terkulat-kulat laki ni...

'Ai..tadi kata malas masak..perut dah sebu dek beriani..penuh semeja lak makanan..Tebiat apa...?

ai...? - oh ai tak buat..sebab kalau malas tu malas betul

Bab 3

Bini kata'

"hujung minggu ni balik kampung nak..?

"ala..sibuk la yangg...Kerja banyak"...laki kata..

Bini kata lagi...

"takpa abang hantar jer kitorang, lepas tu abang pergi lah kerja.."

Laki jawab...

"oklah kalau gitu..siaplah nanti abang anta..."

Tulatnya..laki baru nak stat enjin keta..bini dah tipon balik..

"Bang...bila nak jempot kitorang nih..."

tak ke sakit jantung laki tuh!

ai..? - Lom lah penah buat gitu

Bab 4

"abang ni kalau duk umah asyik jer nengok tv dari pagi ke petang..Cubala nolong saya sikit..Tak ke kesian nengok jari saya ni da terkelupas asyik buat kerja jer...!!"

Ok lah laki pun buat muka kesian masuk bilik..tolong lipat kain yang setinggi gunung angsi tuh..

sekali bini masuk usha line....tup-tup kena sambar petir pulak..

"Apa abang lipat kain macam ni..Senget benget aliign tak sama..kain yang terbalik tuh awak pusing la...Apasal spender ni awak lipat tiga segi nih....?"

huhu...#$%&*^%::!~...kono layie...

ai...?~ sekali sekala memang gitu...ehehhe

Bab 5

Bini kata,

"Bang tolong saya pakai baju ngan pampers budak ni bang..'

laki tanya..

"Nak pakai baju apa yang...?

"Ala awak ambil jer baju memana lam lemari tuh...."

Sekali...

"Apsal abang pakai kan budak baju camni bannggg...?Seluar kunin baju kaler merah..dah macam sami pulak anak kita..."

ai...~ ado jugak perangai camni

Susahkan nak faham bahasa kitorang?

Moralnya ...

Buat si isteri kalau nak minta sesuatu berterus terangla. Perincikan kehendak anda.Jangan sentiasa membuatkan pihak suami sentiasa berada dalam situasi serba salah. Jangan terlalu cerewet..

Buat si suami pula..Cubalah prihatin dengan kehendak isteri dan belajar serta perhatikan apa yang si isteri biasa buat...

Usik-usik bawa bahagia....

Ilmiah - Why Green Tea?


Semalamkan saya dah bagitahu petua nak selim melim.Minum teh hijau. Apa yang ada pada teh tersebut ya?

Pepatah cino (hahaha) ado mengatokan :

"Bia den lapar tigo hari..takpo..jangan den tak minum teh ijau ni sehari...!!!"

Teh hijau ni memang dah diamalkan kat Negara China 4000 tawun dolu.
Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:

  • hijau
  • hitam
  • oolong
Kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.

Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun. ( Uuiiii....kena minum ni jah...)


Kenapa Green Tea Istimewa?



Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG).(Tersumbul lidah mak nyobut eh) EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.

Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.

Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

  2. Membantu mengawal paras gula darah
    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

  4. Menguatkan sistem imun
    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

  5. Menurunkan aras kolesterol
    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

  6. Menggalakkan pembakaran lemak...(uiii...ini yg mak suko bonar ni..)
    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
      Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

Jangan tunggu lagi...Meh ler joint mak minum teh ijo ni setiap ari...

Ado ghaso bezo ei nanti jah oii....!