Setelah beberapa hari sibuk memenuhkan tugasan dan menyiapkan kertas kerja, baru hari ni aku berpeluang meninjau blog aku ni.
Aku baru saja siap menyudahkan kertas kerja ku untuk fasa ke II dan fasa ke III akan menyusul tak lama lagi.Semoga segalanya akan sukses dan berjalan lancar. Letih sungguh rasanya jari jemari ni menaip.Mata pun seolah-olah beku tak mampu lagi berair.Hanya doa saja yang mampu aku panjatkan.
Fasa ke III ni pasti lebih mencabar lagi dan pasti membuatkan aku lebih bungkam.dan pasti aku terpaksa korbankan banyak masa lagi membuat segala rujukan bagai! Pastinya banyak benda dan hal yang akan tertinggal!!
p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar...
July 30, 2009
cHaPtEr of LiFe
diari hati ilhamhainy at 4:13 PM 0 comments
Sekalung Tahniah buat A.Y.A.H
Pada 24hb. Julai 2009 yang lepas, ayah bersama kumpulan marhabannya telah berjaya menjuarai Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.Ayah mewakili Masjid QRTS Klia, Nilai.
DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni AlMahum Tuanku Munawir telah berangkat menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.
Sayangnya aku terlepas untuk menyaksikan kejayaan tersebut kerana terikat dengan tugasan. Malangnya aku juga tak jumpa sebarang gambar pada majlis tersebut setelah carian dibuat.Kasihan juga pada ayah kerana tiada sesiapun dari kumpulan mereka yang sempat merakam gambar di hari bersejarah itu.
Ayah dari dulu hingga sekarang begitu aktif dengan kumpulan marhaban.Bertanding di mana sahaja. Sekalung Tahniah buat ayah dan kumpulannya..
(siapa di antara kami yang boleh ikut jejak ayah?...tado...kot...tapi alif sudah mula menunjukkan bakat dengan suaranya yang serak2 basah)
p/s : saya akan coba jugak carikkan gambar tu ayah pasti ada..!!
diari hati ilhamhainy at 3:49 PM 2 comments