Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar.Ibadah korban kat taman pun selesai pada raya Adha pertama.Tahun ni meriah rezeki melimpah ruah, banyak juga dapat daging korban.Rasanya tahun depan kot baru makan semula sup daging.
Kelakarnya hari raya pertama Adha saya terjelepok atas katil. Demam hampir 4 hari. Manakan tidak hari mantai merayau dari selepas subuh sampailah ke pukul 11.30 malam.Asyik keluar masuk rumah.Pencarian daun ketupat pun berakhir jam 3 petang. Payah no nak dapat. Sempat lagi menyiapkan juadah raya tempahan orang.Kemudian baru terhegeh-hegeh nak buat untuk juadah keluarga sendiri.
Selepas maghrib bertolak ke nilai untuk menghantar tempahan orang. Dalam hati berkata, ketupat sendiri tak anyam lagi nih...rendang pun tak kat atas tungku lagi.Boleh pulak lepas teraba-raba cari rumah orang tu..singgah kat restoren pekena nescafe tarik dengan roti bakar.. Dalam hati berkata lagi..
Sampai rumah jam sudah pukul 11.30. Mona pula hantar pesanan nak datang rumah.. Tunggu punya tunggu dia pun melilau cari rumah saya..Maklum hari malam.Sudahnya ketupat siap rebus jam 4 pagi sambung pula merendang ayam..everything settled jam 7 pagi.. Masak bukan sikit...Budget makan lima buah rumah..keh..keh..padan muka sendirikan..sapa suruh merayau cari barang yang bukan-bukan..Inilah akibatnya..
Kami berkumpul di rumah ayah dan selepas sembahyang, masing-masing sudah kenyang perut suka hati..Hajat hati selepas korban di taman teringin balik ke Kuala Pilah jumpa uwan...Udahnya terjelepok atas katil..tak bangun-bangun. jiran belakang pun siap cakap dengan anak "acik nampak ibu kau masak tongah2 malam tu..."Aishhh...malu-malu.
Apa khabar agaknya uwan... Sihatlah hendaknya...
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
6 hours ago