Pejam celik dah pertengahan ramadhan..Waaahhh...lama tak update..Tak tahu apa yang disibukkan..
Entah..pegang je papan kekunci, mata mula la mengkuyu..
Sejak hari pertama berpuasa kecuali hari sabtu dan ahad, berbuka saya adalah didalam kereta..heh!!Almaklumlah penghantaran mangkuk tingkat saya tetap berjalan seperti biasa, Disebabkan jarak setiap lokasi adalah berbeza, maka berbuka sajalah dalam kereta..Mesti ada sebotol teh tarik, sebotol air kosong, kurma dan sedikit kudapan, lepas tu pecut la balik rumah, takut terlepas maghrib pula..
Lepas terawikh, ada juga penghantaran selepas sembahyang terawikh, hanya sebuah rumah, dan jarak pun tidaklah jauh.
Ada satu tahap memang terasa lelah dan penatnya...Penat..?memang hari-hari penat....Tapi bila memikirkan semula perkhidmatan yang saya berikan adalah perkhidmatan yang memudahkan orang...perasaan tu surut sedikit...Moga Allah memberikan saya ganjaran yang berlipat ganda..Ada masanya saya rasa sangat gembira dan teruja untuk sediakan masakan dan penghantaran..Jangan tanya bila masa saya buat semua itu..yang pasti waktu pejabat saya tidak terganggu.
Apa yang saya perasankan adalah hari sabtu hari rehat saya ditambah pula ada saja jemputan iftar..wahh..berlambak-lambak makanan..Sabtu lepas ke Shah Alam, Family iftar..alhamdulillah berkesempatan ke sana...berlambak-lambak makanan...tak tahu mana nak cubit..Yang pasti lepas berbuka, saya tak akan mengulang lagi..I'm full..heh!
DAH MASUK MUSIM DURIAN KE?
6 hours ago