Baru hari ini ada free masa nak update...sebabnya..hati mak tengah happy.Kenapa..? Nanti Mak cerita..
MUTIARA GEMILANG
Pada 4hb Februari 2012 yang telah lama pun lepaass..telah diadakan program yang dinamakan "Mutiara Gemilang", bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Ampangan..(..ooouhh...sekolah yang kucintai...serius..!!)
Program ini adalah program kecemerlangan akedemik khususnya dalam meningkat kualiti dan pencapaian UPSR 2012. Ia mensasarkan semua murid tahun 6.
Sebagai mak dan ayah yang prihatin terhadap kejayaan anak-anak..kedatangan adalah diwajibkan..(tuk saya dan suami)..Tahniah diucapkan kepada semua ibu atau bapa atau ibubapa yang hadir pada hari tersebut..
Halangan bukanlah satu kekangan (i like this...!!)
Serius nak habaq mai sedih juga bila ada parents yang kedua-duanya tidak hadir, maka apabila sessi motivasi yang ada tangis menangis anak-anak ni tak dak bahu yang nak disangkut tak dak makpak yang nak dipeluk..Mungkin masing-masing adahal tak dapat dielakkan..Wallahuaklam.And..yang paling utama biasalah program-progaram begini rata-rata dihadiri oleh kaum mak-mak..manakala kaum pak-pak..bak kata motivator spesis yang makin pupus ni..kehadiran adalah mengecewakan.
Satu program yang menarik.(bagi saya..lain mak x tahu) sebab berjaya memupuk motivasi buat diri saya sendiri, suami dan terutama anakku sayang Alif Amirul Aiman.Lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan kami dan paling saya nampak adalah kesungguhannya untuk menggapai kecemerlangan...
"ibu..abang nak masuk asrama penuh bu..."sejuk je masuk lam telingo..Satu lontaran perasaan tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.
Info yang saya dapat disitu :
1- 2011 = 669 orang pelajar di buang sekolah
= 90% adalah masalah ponteng sekolah (solat tinggal..shahadah pun ada yg lupa....hoooo...scary)
Solat ni..makpak perlu ambil peranan.Tersangatlah penting..kalau makpak sebagai tiang seri tidak menjalankan peranan yang sepatutnya..antara akibatnya...seperti yang saya nyatakan di atas...Jika usaha ibu bapa cincai..maka hasilnya juga c.i.n.c.a.i.....
P.I.B.G
8hb Februari pula mesyuarat agung tahunan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU dirasmian oleh Yb Shamsulkahar.
Seperti biasa kehadiran adalah diwajibkan tuk diri sendiri dan suami.. Silalah hadir ye tuan2 dan puan2..supaya kita tahu akan perkembangan,perjalanan, permasalahan anak disekolah serta ibubapa dengan guru. Alhamdulillah pada kali ini saya terpilih menggangotai salah seorang AJK ibu bapa..Semangat ni..semangat nak bekerja...hauhauhauahau....
KEMBARA
Program Kembara Bahasa Inggeris & Matematik telah dirasmikan pada 24hb Februari 2012 baru-baru ini. Ia adalah program kerjasama diantara S.K Ampangan dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
Objektifnya adalah untuk memberi motivasi dan membimbing murid-murid tahun 6 yang ada kelemahan dalam subjek tersebut..bagus juga sebab anak-anak ini dibimbing oleh abang2 dan kakak2 yang mahir dalam subjek tersebut. Sessi akan bermula pada setiap Sabtu bermula April ini.
Ibubapa diminta memberi kerjasama supaya anak-anak yang terpilih ini hadir pada tarikh yang ditetapkan.Rasa di hati macam nak aje Alif joint..tapi dia diletakkan di group yang lain..( Tamaknya kau jahhh..!!)
MENUJU PUNCAK a.k.a MUTIARA GEMILANG MENUJU PUNCAK
25hb & 26hb Februari 2012.Haa...ini pula adalah sessi group Alif bersama 40 orang lagi murid tahun 6 yang terpilih. Mereka ini adalah murid yang bertuah dan dijadikan sasaran 5A. Lokasi pula adalah di Cameron Higlands..Betul-betul puncak.
Jangan salah faham pula..Nanti ada pula yang buat spekulasi murid-murid lain tak de chanses ke nak dapat 5A? Murid-murid ni ada kategorinya..Yang lemah takkan disaingkan dengan yang pantas..penerimaannya kan tak sama.. Formulanya senang saja..toksah dok gaduh-gaduh..
- Yang A kita kekalkan A
- Yang ada B atau C kita naikkan ke A
- Yang ada D kita naikkan sekurang-kurangnya B.dapat A terus lagi bagus..
- Yang G.A.L.U.S (gagal-lulus) kita bagi lulus.
Senangkan..?Memang mustahil untuk kesemua pelajar tahun 6 mencapai 5A.,tapi tak mustahil untuk dapat 5A..Bukan sahaja anak murid yang perlu berusaha, mak ayah kena mainkan peranan juga baruuu seimbang.Daannnn...tak mustahil jika murid gred A ni tak capai sasaran..sebabnya kita biarkan diri kita dan anak-anak berada dalam zon yang selesa..Itu bahaya...Peringatan untuk diri sendiri juga.!!
***Nota kaki...ha!! tu lah masa ambil duit bantuan RM100 ari tuh tak nak dengar betul-betul sessi penerangan postmortem UPSR 2011..Dok nampak duit jer. Bila sekolah dah mula buat program mulala nak hangin hangit tak tentu pasai...Adoiiiiyyyaaiii... (makkk aiii...barisan penyokong ni tiba2...hahaha)
Objektif program ini adalah supaya murid2 ini mengenalpasti laluan akedemik mereka kearah pencapaian cita2.Mereka akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing2..macam biasalah juga pasti ada sessi motivasi..
Makin berkobar-kobar nampaknya sang abang ini..Saya pula tak dapat sertai mereka sebagai fasilitator..si kakak masuk wad ditambah pula en suami takda..adalah hikmahnya..
Semoga semangat Alif akan kekal dan prestasinya juga meningkat sehingga mendapat keputusan yang cemerlang UPSR nanti..Amin...
UPSR 5A...UPSR 5A... Semangat nih...!!!!