September 17, 2009

Boss oh boss.....

Boss is always right? Siapa cakap..? Blah la..

Aku ada boss, dan aku pasti korang semua ada boss masing-masing, melainkan korang ni kerja sendiri jadi boss pada diri sendiri. Boss, seorang ketua dalam satu-satu organisation, tak kira lah kat office ke, kat sekolah ke atau dalam kumpulan gang-gang penjahat.. at least ada seorang ketua, atau lebih manis dengan nama manjanya, boss!

So what da hell with boss?.....

Apa yang bestnya jadi boss dan apa yang tak bestnya jadi anak buah boss.. tentu korang pun tahu peel boss korang, kalau dapat boss yang baik, elhemdulillah. Kalau dapat boss yang panas baran, nauzubillah. Bagaimana kalau dapat seorang boss yang cerewet nak mampus, asyik dia je betul, dia je betul dan dia je betul? Kalau dia salah pun, kita juga yang dia tiuu.. tiu na seng sungguh! Kalau kita beri idea kita, dia pusing-pusing sampai lah kita rasa idea kita ni tak dihargai langsung macam taraf longkang.. pulak tu kalau idea kita boss terima, boss pulak hantam kita kalau idea kita tu screw-up kan satu-satu job. Abis mana lah kita tak rasa sakit hati.. nak lawan karang, dia tu boss, tak lawan karang boleh sakit jantung memendam rasa. Lawan lebih-lebih karang performance bonus ciput pulak.. tak ke sakit jiwa..

Dulu masa aku mula-mula belajar kerja, tengah syok type kat pc tetiba pc jadi blank dan abis semua data untuk plan yang aku lukis tu erased.. boss pulak nak cepat, natang sungguh hehehe.. aku cakap la, “boss, pc problem..”. Aku ingatkan dia bersimpati, dia kata “so what?.. buat la semula”. Bengang nak mampus wa.. tapi selepas beberapa ketika, betul jugak kan. Kalau dah tu kerja aku, macamana pun aku tetap kena buat jugak, dah kita ni anak buah boss.

Boss ni kalau jenis kepala angin, sakit hati jugak kita ni. Datang pagi kat opis kalau nak jumpa dia kena tengok mood dulu, kalau muka macam baru lepas gaduh dengan bini, atau semalam bini tak bagi.. nak ketuk masuk bilik pun seram… kena tunggu dia cool dulu. Kang tak sesaja kena maki, at least itu pengalaman aku dulu-dulu la ...

Senior aku berpesan, kalau ada problem dalam kerja, jangan jumpa boss bawak problem tu.. tapi kita jumpa dia dengan beberapa suggestion kepada problem tu, kalau semua problem nak serah kat boss, baik dia je yang buat kerja kita. So bila ngadap boss, biar ada option, suggestion jangan datang dengan kepala kosong.. nampak sangat kita ni cap ayam.Helleh...pigi dah...Bila da buat cam tu pun bukan dia nak bagi solution pon..Boss pun cap ayamm..so..... nak tak nak kita ni kena ler hulur kepala kita kat boss.. betul ka apa aku cakap ni?

Boss yang cerewet nak mampus.. aduhai aku rasa dia punya cerewet tu mengalahkan pompuan yang baru nak menapous.. silap type pun tak boleh, alignment lari pun tak boleh.. itu kecik punya hal pun dah reject apatah lagi hal yang besor-besor.. memang cerewet cap ayam lah.

Apa lagi.. entah malas la nak cerita pasal boss ni