March 15, 2009

Menjejak kegemilangan..

March 14 2009..
8.00am

Hari ini fatin bersama 80 orang murid tahun 6 S.K.Ampangan akan menghadiri satu kursus motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan juga inkubator asnaf yang diketuai oleh seorang yang dikenali sebagai ABI, bertempat di Kolej Pendita Zaaba Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini adalah yang julung kali dianjurkan oleh pihak sekolah.Tahun sebelumnya ada juga kem motivasi yang dianjurkan di Pusat Dakwah Islamiah Seremban..tapi tidak meletakkan golongan sasaran.Apabila keputusan UPSR 2008 diumumkan terdapat peningkatan yang baik..maka pihak sekolah mengadakan pula kursus untuk golongan sasaran.

Menjejak kegemilangan..adalah disasarkan kepada murid-murid yang menjadi harapan untuk mendapat keputusan 5A dalam UPSR 2009.Bagi mereka yang tidak terpilih, akan juga dimotivasi di Pusat Dakwah Islamiah. Pihak sekolah tidak meminggirkan mereka terutama sekali yang galus( Gagal-Lulus)

Seawal pagi Fatin da bersiap.Teruja konon!!Sebagai ibu pun terpaksalah bangun seawal jam 4 pagi siapkan keperluan dia.lepas itu, kami sekeluarga menghantar Fatin ke sekolah berkumpul di dewan surau.Sebenarnya atucara program bermula dari sekolah lagi sehingga esok, 15 March 2009 juga berakhir di dewan surau. Ibubapa diharap memberi kerjasama menanti anak2 di situ..

Besarlah harapan aku sebagai seorang ibu melihat perubahan yang akan berlaku ke atas Fatin. Semoga dia akan lebih berusaha selepas ini. Memang tak dinafikan terselit perasaan bangga apabila fatin terpilih.Fatin pelajarannya sebelum ini...bak kata orang so-so saje..tapi aku nampak usaha dia di tahun lima nak menempatkan diri di kelas yang terbaik. Alhamdulillah,Tahun ini dapat jugalah dia merasa duduk di kelas yang ke-2 terbaik yang mana kelas tersebut juga merupakan kelas sasaran.Banyak juga matapelajaran terutama matematik yang dia dah mula faham formula pengiraan.Ujian selaras yang terbaru..memang ketara perubahan keputusan ujian dari sebelum ini.Harap2 akan terus ada peningkatan..dia memang seorang anak yang tak kenal putus asa!!

Aku pula memang sentiasa menemani dia belajar..pukul 3@4 am biasa memang aku da bangun. Dituruti oleh fatin.masa tu kalau ada subjek yang dia tak faham, banyaklah pertanyaanya.banyak juga soalan2 periksa tahun2 lepas yang aku godam kat internet bagi kat dia.(laman blog sekolah.)

Doakan Fatin 'Istiqamah' dalam perjuangannya menjejak kegemilangan. Doakan aku..ibunya agar tidak jemu menjadi tulang belakangnya...