July 30, 2009

cHaPtEr of LiFe

Setelah beberapa hari sibuk memenuhkan tugasan dan menyiapkan kertas kerja, baru hari ni aku berpeluang meninjau blog aku ni.

Aku baru saja siap menyudahkan kertas kerja ku untuk fasa ke II dan fasa ke III akan menyusul tak lama lagi.Semoga segalanya akan sukses dan berjalan lancar. Letih sungguh rasanya jari jemari ni menaip.Mata pun seolah-olah beku tak mampu lagi berair.Hanya doa saja yang mampu aku panjatkan.

Fasa ke III ni pasti lebih mencabar lagi dan pasti membuatkan aku lebih bungkam.dan pasti aku terpaksa korbankan banyak masa lagi membuat segala rujukan bagai! Pastinya banyak benda dan hal yang akan tertinggal!!

p/s : Allah sentiasa bersama orang yang sabar...


Sekalung Tahniah buat A.Y.A.H

Pada 24hb. Julai 2009 yang lepas, ayah bersama kumpulan marhabannya telah berjaya menjuarai Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.Ayah mewakili Masjid QRTS Klia, Nilai.

DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni AlMahum Tuanku Munawir telah berangkat menyempurnakan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Festival Nasyid, Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.


Sayangnya aku terlepas untuk menyaksikan kejayaan tersebut kerana terikat dengan tugasan. Malangnya aku juga tak jumpa sebarang gambar pada majlis tersebut setelah carian dibuat.Kasihan juga pada ayah kerana tiada sesiapun dari kumpulan mereka yang sempat merakam gambar di hari bersejarah itu.

Ayah dari dulu hingga sekarang begitu aktif dengan kumpulan marhaban.Bertanding di mana sahaja. Sekalung Tahniah buat ayah dan kumpulannya..
(siapa di antara kami yang boleh ikut jejak ayah?...tado...kot...tapi alif sudah mula menunjukkan bakat dengan suaranya yang serak2 basah)

p/s : saya akan coba jugak carikkan gambar tu ayah pasti ada..!!

July 24, 2009

D.A.D.I.H


Perusahaan dadih aku yang terhenti seketika kini bersambung kembali.Syukur dengan limpah kurniaNYA.Sibuk kembali seawal dinihari.Penat....? Tipula kalau aku kata tak penat...tapi sebenarnya seronok..aku suka melihat hasil penat lelahku walau tak seberapa..Jadual pagi ku pun bertukar corak kembali.


Meredah sejuknya pagi (tak sejuk pun sebenarnya..)kepuasan tetap ada di situ..


kali nie...aku sajer nk letak
gambar dadih..untuk promosi perniagaan..hehehe konon nyer ler

July 23, 2009

Pra-UPSR

Tengahari tadi juga masa aku jemput kids kat kantin sekolah... Nampak sibuk sekali murid2 tahun 6 mengangkat kerusi meja Dewan sekolah dibuka untuk Pra-UPSR murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ampangan pada 28hb, 29hb dan 30hb Julai 2009 Aku pulak yang tetiba rasa kecut dan takut nak nangis pun ada..(ada ka?) nape masa aku hamek peksa dulu aku rileks jer ha? (agaknya masa tu aku rasa da cukup pandai koott..) Sampai masa Fatin ni aku pulak yang gugup... Sekejap saja masa tu tiba.... Berkali-kali aku ingatkan fatin Keputusan Pra-Upsr akan menetukan hala tuju sekolah menengah nanti... ArggghHH...aku yang takut..

p/s* UPSR lagi 46 Hari

aLiFF FeeLiNg...

Tengahari tadi masa aku jemput kids kat kantin sekolah...

"Ibuuuu...abang rasa macam nak masok dalam kubur"

"Pulaakk...napo?"

"Abang tak mo jadi pengawas sekolah..Abang tak suke..
Bukannya best pon.."

"Ada ka patot?"

"Best la jadi pengawas..pergi sekolah ada pangkat"

"Buat apa ada pangkat bukan dapat duit"

"Ada ka patot......"

Pd Sanctuary..

Setelah beberapa lama aku diterpa kesibukkan yang amat..begitu meletihkan.Berulang alik ke Putrajaya seminggu ini cukup membuatkan poket dan perutku kempis!!baru hari ni dapat meluangkan masa membersihkan segala sawang di komputer..

18 Julai lalu besdey ku yg ke 34..Haaaa? sudah 34? rasa macam baru nak masuk 21..rasa macam baru nak belajar bercinta...hak..hak..hak (gelak gatal!!)

So..pada 18 Julai (Sabtu).. kami sekeluarga bertolak ke PD Sanctuary...Saja nak berehat lagi pun ada baucer free kan..gunakan je la..Nak kata hadiah befday pon tak jugak sebab masei menunggu hadiah befdey yang diimport khas dari Bandung..(tak sampai lagi)..

Kami bertolak pun da petang..lari dari rancangan asal.hajat hati nak check in pukul 12.Sampai sana pukul 6.30..Sebabnya sepanjang perjalanan banyak betul tempat persinggahan.Tak lupa juga mak, ayah dan adik azhar pun joint kami sekali.

Pandangan sebahagian dari PD Sanctuary..Berbeza betul keadaan sekarang berbanding waktu pertama kali aku kesini., sewaktu Hari Keluarga BKK dianjurkan..Sekarang ni banyak bangunan yang terbiar.

Aksi-aksi terjun tiruk oleh my kids.Mereka ini tak tahu letih dan puas.

Pakcu (adik Azhar) tak ketinggalan berendam..(Melimpah dik oiii)

Nurlailathul fatihah.. Budak ini...lansung tak takut air.. Aku balik yang lepak dibuatnya..(lalatut..yaya..tihah..laila..yayatut..panggil sajalah pasti dia akan menyahut!!)

Muka cuak...kena suruh balik...

Puas berendam sessi berkayak pulak..Aku joint gak kayak ni tapi tak de sapa nak tolong snap gambar..


Tengok sama itu lailathul..Sikit pun ta da takot!!

Da puas berkayak nak main pingpong pulak..Sayangnya aku tak dapat joint sebab kena larikan Ilham yang mula menangis merebutkan bola ping pong.."Siann abang..abang nak main dengan ibu sebab ibu terer"

Gaya bakal juara (ganti tempat ibu..ehem...hem)

Lepak-lepak kat bilik

Sepatutnya check out pukul 12 tapi kami semua keluar pukul 3.30 petang. Jangan malu2 buat macam tempat sendiri. Azhar balik ke Melaka dengan mak.Along datang jemput dari Seremban (Bosar pangkat kau yo!!)Alif dan Hakim ambil kesempatan ikut nenek mereka..Nampaknya aku terpaksa ubah haluan..

Sebelum balik aku ronda2 pekan PD. Singgah sekejap kat Baden2 Bundle.(lama aku rasa).Makan-makan kat Pantai Batu 4.Makan ayam Panggang..(Terpaksa lengahkan masa sebab kalau aku balik KLIA tiada siapa kat rumah!)

Pemandangan sewaktu perjalanan balik mengikut laluan Lukut-Sepang

Inteprem monyet ni!!Aku snap masa kereta berhenti kat traffic light.

Perjalananku berakhir disini hari ini. Transit semalam kat Klia.(Ni gara2 Alif n Hakim la)
Orang yang pergi Melaka dah sampai dulu dari kami..hahaaha..

Walau apapun tetap terasa kepuasannya..dapat bersama-sama sekeluarga. Selalunya aku ke kanan..hubby ke kiri..Kakak pun dapat release tension seketika sebelum pra-UPSR ni..
(Aku ada lagi 6 keping baucer free lagi nak dihabiskan sehingga hujung bulan Disember ni!!)



July 22, 2009

HEPPY BEFDEY HAINY....

18 JULY 1975.. THURSDAY MORNING I WAS BORN IN THAT DAY...

18 JULY 2009...MY 34th ANNIVERSARY..HOW LUCKY TO BE WHAT AM I TODAY...

<<THANKS MOM...THANKS DAD>>>


Pyzam Glitter Text Maker


"Wahai Tuhan yang hidup dan berdiri sendiri
Dengan rahmat dan kasih sayang MU
Aku memohon pertolongan
Dan janganlah Engkau biarkan aku bersendirian
Walau hanya sekelip mata
Dan perbaikilah setiap urusanku"





July 16, 2009

Betulkan Kiblat..


Khamis 16 Julai 2009
bersamaan
23 Rejab 1430 H

Umat Islam di negara ini boleh menyemak kedudukan arah kiblat dari kediaman atau lebih tepat dari ruang solat masing-masing, pada Khamis ini pukul 5.28 petang.

Timbalan Pengarah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Omar Said berkata, arah kiblat boleh disemak pada hari dan masa berkenaan dengan berasaskan cara tradisional iaitu dengan melihat arah matahari tenggelam.

Katanya, pada hari dan masa tersebut kedudukan matahari berada betul-betul di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam.

“Kealpaan umat Islam menentukan arah kiblat dengan tepat boleh menyebabkan arah kiblat mereka tersasar sehingga beberapa kilometer jauhnya,” katanya ketika berucap merasmikan kursus lanjutan Falak (Qiblat) peringkat negeri, di sini hari ini.

Menurut Omar, perubahan satu darjah sahaja boleh mengakibatkan arah kiblat tersasar sehingga sejauh 128 kilometer.



Rahsia Solat di Awal Waktu


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tida k asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tida k dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar s uda h mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar t ida k berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya . :?

Sunday...Bt.8

Nakalnya laila
Peaacceee...bestnya rendam ramai-ramai

Penat la ibu....

Cari apa tu? harta karun ke?

Terasa lelah pula berhari-hari menjalani rutin harian yang sibuk. Bosan sudah mula beraja di hati.So..pada sunday yang lepas...mmm..5th July bertolaklah kami sekeluarga ke Bt.8 port dickson. Itupun selepas zohor.

Hanya untuk merehatkan minda seketika dan melihat keriangan anak-anak.