March 9, 2010

Perasan Bagus Hingga Penuh Segelas


Salah satu cubaan untuk mempromosi diri sendiri.

Saya.....saya?...ya..ya...hari ini mau guna 'saya'.. ok....Saya adalah seorang yang optimis. Terlalu optimis kadang-kadang, sampai tak berpijak pada realiti. Gelas saya selalu di isi penuh.

Sungguhpun begitu, sikap terlalu optimis ini kadang-kadang boleh memakan diri semula. Yakin semua perkara boleh buat, tidak ada yang mustahil! Terlepas deadline kerana semua kerja dibolot sedangkan masa sangat terhad —(Memang patot pun kau bolot..section kau tu ramai org ke...) itu semua perkara-perkara yang sering terjadi akibat terlebih optimis saya.

Disebabkan keoptimisan saya, saya paling tidak suka mendengar permasalahan .Permasalahan sewaktu bekerja. sewaktu menjadi jurujual dan yang sewaktu dengannya.Tapi saya sangat optimis untuk mendengar permasalahan teman-teman..oh ya saya seorang pendengar yang baik.percayalah..Saya sangat benci dengan ayat-ayat negatif dan berunsurkan pesimisme. Kadang-kadang, sampai boleh bertekak — saya hendak mempertahankan keoptimisme saya, dan yang si pesimis menghamburkan ayat-ayat yang melemahkan.

Ada masalah — fikirkan penyelesaian! Bukannya bersungut-sungut sepanjang hidup. Tak suka apa yang dilakukan, berhenti! Cari dan buat apa yang kamu suka! Kenapa masih mahu terus seksa diri sendiri (dan telinga orang lain) dengan sungutan kamu? Berhenti menyusahkan orang lain, belajar berdikari! (Peringatan buat diri sendiri...dan kamu itu..saya pasti kamu tak membaca tinta berdarah saya...sangat pasti!!).

Hah, saya paling benci mendengar ayat-ayat:

“Tak takut ke?”

“Ish, bahayalah!”

Tahukah kamu Buya Hamka pernah berkata, jika wujud rasa takut di dalam diri seseorang manusia itu, maka dia telah kehilangan sebahagian besar dari hidupnya?

Jadi mari kita tanya diri sendiri, berbaloikah untuk takut pada:

  • hantu dan makhluk halus (sedangkan manusia itu semulia-mulia ciptaan),
  • perkara-perkara yang belum terjadi, yang tidak pasti,

dan sanggup pula kehilangan sebahagian besar hidup kita?

Bukanlah saya maksudkan kita harus berani dengan membuta tuli seperti sotong. Ambillah langkah berjaga-jaga, mana yang sesuai dengan diri sendiri. Belajar seni mempertahankan diri misalnya. Bukankah wajib untuk kita menjaga (maruah dan harga) diri sendiri?(teringat pula dengan ujian tali pinggang terakhir tak sempat diambil...damnn)

Untuk mengelakkan berlaku pergaduhan dan peristiwa bertekak ini, saya selalu berusaha sedaya upaya menjauhi mereka-mereka yang pesimis ini. Malangnya mereka selalu mengejar saya kerana mereka beranggapan saya boleh menjadikan diri mereka optimis. Sedangkan yang boleh mengubah seseorang itu hanyalah dirinya sendiri.

Saya:(Kamu..hei..kan saya dah bagitahu awal-awal dulu...)

Awakk...sayakan eksyen, narsisis, sinikal, gila kuasa dan sarkastik. Kadangkala (mungkin selalu sebenarnya?) keji. Sangat kaya kawan. Bayangkan, walaupun mempunyai sifat-sifat keji di atas saya masih sangat kaya dengan kawan walhal saya juga tidak pernah menghantar nama ke ruangan Mekar di Taman ataupun Kembang Setaman. Bila saya katakan saya ini jahat atau keji, silalah percaya. Jangan nanti jika kamu tiba-tiba menghubungi saya dan saya bersikap keji kepada kamu, kamu nak marah-marah pula. Itu salah kamu.

Kan saya dah cakap tadi, sikap terlalu optimis boleh memakan diri semula?

Kata orang, suka mengakui kekejian diri sendiri itu salah satu bentuk eskapisme. Baiklah. Saya memang di dalam eskapisme dari… dari… apa-apalah!

Sekarang saya rasa hormon saya tidak stabil, sebab itu saya rasa mahu menulis banyak-banyak...

Saya rasa saya perlu berkelakuan sedikit baik. Ini kerana kekerapan saya mencarut dan memaki begitu tinggi sejak akhir-akhir ini, disebabkan kerja-kerja saya yang tidak berjalan lancar, sedangkan masa pula seolah-olah mengajak saya lumba lari pecut 100m).
Hari ini hari selasa yang entah, rasa pelik semacam ini,(walau hari ni adalah hari pink/purple, hari kasei sayang) marilah saya tulis sedikit di sini. Bila berjumpa si b hurup besar, juga rasa pelik semacam. Tahu tak? Rasa awkward. Apalah (saya, bukan si b hurup besar).

Hidup saya sekarang semakin berwarna-warni. Saya selalu percaya, hidup kita ini kita sendiri yang mewarnakannya.OPTIMIS. Mahu warna ceriakah, warna berkabungkah, warna putih kosong-sekosongnya kah, terpulang. Tapi saya agak terganggu juga bila saya mahu warna begitu begini tapi tiba-tiba ada tangan keluar dari entah celah batu mana gatal-gatal pergi simbah warna hitam (dia di sini adalah tangan manusia, bukan tangan takdir). Haishh. Benci sungguh. Tapi tak elok kalau ada benci dalam hati. Nanti cepat tampil tua.

Sumpah saya tak faham macam mana ada manusia boleh simpan benci lama-lama dalam hati. Bertahun-tahun. Bila cakap dia dah serupa nenek kebayan atau atuk umur 81 tahun yang bunuh isteri dia tu, marah pula. Eh. Termengumpat.


Saya sekarang sangat gila menulis. Berhasrat untuk menyambung semula pelajaran Teringin menguasai bahasa Arab, Korea dan Jepun. Percaya keseimbangan (termasuk konsep yin dan yang) membawa pada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Otak kiri perlu seimbang dengan otak kanan. Sering tertunggu-tunggu klip video WonderGirl(minah korea tulah...) dan tekun mempelajari teknik-teknik bergelek dengan berkesan.

Bercita-cita menjadi seorang tauke kedai makan yang berkonsepkan mesra alam dan perunding alam sekitar yang berjaya. Kini sedang merangka kertas kerja kedai Makan mesra alam tersebut. Ketagih mengembara secara solo. Sering menganggap sinikal, romantik dan sarkastik adalah kombinasi yang istimewa.

***Sekeping hati nan suci dari sebuah jiwa yang romantis untuk si dia (ayat-ayat Radio Sinar Fm. Tak boleh blah. Rasa nak pergi samak aje)***


Sekian entri perasan bagus saya.