January 11, 2011

Aku, yis, dan tepung...ada duri dalam hati..Dinding hati bersimen batu



It's that time of the year again when you make an idealistic wish list, as if money grows on your ankles. But what the heck, life itself starts with dreams.

Tahun baru 2011 kami mulakan dengan suasana riang ria.Sudah lama mereka tak berkelah semenjak alif sakit.Jadi, untuk memulakan semangat baru dan sebelum sessi persekolahan bermula, apa kata kita releasekan sikit tension di permukaan air.

Saya juga sedang memikirkan resolusi untuk 2011 dan sedang mem'postmortem' apakah resolusi 2010 saya telah tercapai sepenuhnya.

Awal tahun baru juga hati saya telah diketuk dengan paku sekuat-kuatnya. Saya ni dah rasa macam terbuang. dah rasa macam recycle bin pula.Ialah tempat untuk membuang segala sampah. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis saya diselongkar.Kalau berdiam diri salah. Kalau buka mulut nganga lebar-lebar pun salah.Pendek kata saya memang tak boleh berkata-kata..tetap nampak salah..Terbuang dan tersingkir di tanah sendiri. Bukankah saya puteri seorang harus dibela bukan diinjak-injak. Kemana hala tuju saya?


Macam ni lah saya simpulkan :-
Apabila sesuatu keadaan telah dirosakkan, ia akan sukar diperbaiki lagi dan akan meninggalkan kesan. Analoginya adalah seperti dinding yang telah dipaku, apabila paku ditanggalkan, masih ada kesan kerosakan pada dindingnya. Bolehkah dinding paku yang telah rosak itu disimen dan dicat semula? Boleh...tapi untuk mengecatnya semula, membeli simen, memanjat tangga memerlukan kerja yang banyak.


Pelajaran


Apa yang saya faham?
Memang mudah kalau kitakan pada seseorang untuk lupakan sesuatu yang telah mengguris atau menyakiti hatinya. Sama juga seperti mana kita meminta seseorang seperti begini:

A: Alah, lupakan sajalah peristiwa tu. Perkara lama. Maafkan saja.

B: Ingat senang ke nak lupa?


Pernah dengar? Ya, mudah bagi kita kalau tak merasa. Tapi berat bagi tuan punya dinding hati yang telah dirosakkan oleh paku-paku yang tajam ini. Kata Encik A, banyak kerja yang perlu dilakukan. Ya, saya setuju. Banyak kekuatan yang diperlukan untuk memaafkan dan melupakan sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi dalam hidup kita ini. Setakat selapis dua cat atau bancuhan simen belum cukup untuk menutup kesan-kesan kerosakan di dinding hati. Perlu banyak lapisan dan banyak proses yang diperlukan. Bukan mudah. Banyak kerja. Banyak kekuatan diperlukan. Sebab ia bukan mudahlah, sebab ia perlukan banyak kekuatan lah, Allah sering mengingatkan kita dalam Al-Quran bahawa orang-orang yang memaafkan orang lain akan diberi ganjaran pahala dan Syurga di mana ada sunga-sungai mengalir di bawahnya.

Memang ia susah. Memang kadang-kadang kita rasa payah. Namun, Allah sudah berjanji bahawa kesusahan dan kepayahan kita itu bukan sahaja akan dianugerahkan ketenangan dan kebahagiaan di dunia bahkan ganjaran-Nya menanti di akhirat sana.

Sekarang saya tahu dan amat sedar kedudukan saya yang amat kerdil oleh mereka dan keluarga mereka.

Sekarang saya mahu tinggalkan mereka dibelakang.Tak perlu toleh-toleh lagi.Tak perlu fikir-fikir lagi sebab apa yang saya buat sebenarnya sia-sia selama ini.Saya ada anak-anak yang perlu dibesarkan.

Kita tinggalkan kisah paku itu sebab saya tahu dia masih tak sedar lagi dengan ujian yang Allah timpakan.Masih lupa sebab hidup ini sentiasa berputar.

Rasa seronok pula bergelumang dengan tepung dan yis setiap hari. Saya senantiasa memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Awal-awal tahun lagi dah diberitahu tiada kenaikan gaji untuk tahun ini.Eleh tahun lepas dan sebelumnya ada naik gaji kee,,,?

Perniagaan saya hanyalah kecil-kecilan.Sekurang-kurangnya saya dapat menyemai sifat ingin berniaga dalam diri anak-anak.Memanglah penat sebab mesti bangun seawal jam 4 pagi. Mesti jadi superwoman. Bila diberi ruang untuk menambah rezeki buat apa dilengah-lengahkan. Untung tidaklah seberapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah menyimpan dalam 5 hengget sehari. Sebelum ni ada simpan 5 hengget setiap hari? Keluar lagi adalah!!

Ada masanya kuih jualan saya tu tidak lah habis terjual semuanya. Adatlah berniaga. Rejection tu mesti ada. Tiba-tiba pula ada persaingan. Tapi saya bersyukur dengan rezeki Allah itu. Saya percaya setiap nawaitu yang ikhlas tu besar ganjarannya.




"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki yang tidak diduga..."
(At-Talaaq: 2-3) @ 'Ayat Seribu Dina

"If we tend to the things that are important in life, if we are right with those we love and behave in line with our faith, our lives will not be cursed with the aching throb of unfulfilled business. Our words will always be sincere, our embraces will be tight. We will never wallow in the agony of ‘I could have, I should have’. We can sleep in storms. And when it is time, our goodbyes will be complete…"