January 27, 2010

Dia....dan bosan...

satu hari yg bosan~
dan hari-hari seterusnya tetap...bosan
mata itu sudah berkali terlelap..
tapi tiada rasa terlena..
acap kali dia menguap..
tiada pula dengkurnya..
kerap kali dia terbaring..
tiada pula merasa bantalnya..

dia mahu tidur..
entah kemana pergi jiwa itu..
dia mahu lena..
entah kemana terbang aura itu..

mahu melangkahkan kaki itu..
turun beracah bermain..
tiada terlincah ianya.. tetap keras dan kaku..
mahu membawa tubuh ini..
melepasi daun pintu..
menyirup angin bayu..
tiada tergerak jasad ini..
melainkan tersandar dikerusi~

aduh~!! dia bosan..
dia bosan lagi..
dia bosan lagi hari ini...

bosan~~~~~~

*sabarlah wahai dear....sesungguhnya Allah telah memperuntukkan waktu istirehat untuk dear ....







Usaha...Malas...Kejayaan dan Jatuh....

siap jugak akhirnya~!! aku dah mcm separuh mati sebelum ni...
tu la org ckp usaha tu tangga kejayaan.. ehehe..
terima kasih kerana memberi dorongan ::wink2~!::

haih~ tapi dunia komplikasi ini tetap berputar..
bermain dengan seribu satu dugaan..
banyak bende lagi yang harus diteruskan..
tetapi.. banyak benda jugak yang harus dilupakan..
dunia yang luas tanpa sempadan..
tetapi ia punya batas kesabaran dan garis kecekalan..

jangan berlegang kaki..
bersiul girang...
mengharapkan emas terbit didepan mata...
mengharapkan intan terkeluar dari tanah..
begitu malas ini manusia.. mau duit masuk..tapi jiwa malas macam lembu sakit bontot..

haih~ samakan manusia dengan binatang marah pulak..
tapi itula yang berlaku dalam dunia ku hari ni..
yang miskin pun malas..
yang kaya pun lagi lagi lagi la malass..
haih~ anak2 adam ini... [termasuk aku]

Jika terpincang kata.. aku mintak maaf..
cuma berkongsi apa yang terbang2 di minda ku..
Jika tersalah tulis.. mintak ampun..
cuma berkata benda yang saheh..
Jika terasa... hah apsal ko terasa..?
Orang minum milo takkan ghasa kopi kan?
Orang makan belacan takkan ghasa durian kan?
[berfikir sejenak.. merenung diri yang kecil ini..]