July 23, 2009

Pra-UPSR

Tengahari tadi juga masa aku jemput kids kat kantin sekolah... Nampak sibuk sekali murid2 tahun 6 mengangkat kerusi meja Dewan sekolah dibuka untuk Pra-UPSR murid tahun 6 Sekolah Kebangsaan Ampangan pada 28hb, 29hb dan 30hb Julai 2009 Aku pulak yang tetiba rasa kecut dan takut nak nangis pun ada..(ada ka?) nape masa aku hamek peksa dulu aku rileks jer ha? (agaknya masa tu aku rasa da cukup pandai koott..) Sampai masa Fatin ni aku pulak yang gugup... Sekejap saja masa tu tiba.... Berkali-kali aku ingatkan fatin Keputusan Pra-Upsr akan menetukan hala tuju sekolah menengah nanti... ArggghHH...aku yang takut..

p/s* UPSR lagi 46 Hari

aLiFF FeeLiNg...

Tengahari tadi masa aku jemput kids kat kantin sekolah...

"Ibuuuu...abang rasa macam nak masok dalam kubur"

"Pulaakk...napo?"

"Abang tak mo jadi pengawas sekolah..Abang tak suke..
Bukannya best pon.."

"Ada ka patot?"

"Best la jadi pengawas..pergi sekolah ada pangkat"

"Buat apa ada pangkat bukan dapat duit"

"Ada ka patot......"

Pd Sanctuary..

Setelah beberapa lama aku diterpa kesibukkan yang amat..begitu meletihkan.Berulang alik ke Putrajaya seminggu ini cukup membuatkan poket dan perutku kempis!!baru hari ni dapat meluangkan masa membersihkan segala sawang di komputer..

18 Julai lalu besdey ku yg ke 34..Haaaa? sudah 34? rasa macam baru nak masuk 21..rasa macam baru nak belajar bercinta...hak..hak..hak (gelak gatal!!)

So..pada 18 Julai (Sabtu).. kami sekeluarga bertolak ke PD Sanctuary...Saja nak berehat lagi pun ada baucer free kan..gunakan je la..Nak kata hadiah befday pon tak jugak sebab masei menunggu hadiah befdey yang diimport khas dari Bandung..(tak sampai lagi)..

Kami bertolak pun da petang..lari dari rancangan asal.hajat hati nak check in pukul 12.Sampai sana pukul 6.30..Sebabnya sepanjang perjalanan banyak betul tempat persinggahan.Tak lupa juga mak, ayah dan adik azhar pun joint kami sekali.

Pandangan sebahagian dari PD Sanctuary..Berbeza betul keadaan sekarang berbanding waktu pertama kali aku kesini., sewaktu Hari Keluarga BKK dianjurkan..Sekarang ni banyak bangunan yang terbiar.

Aksi-aksi terjun tiruk oleh my kids.Mereka ini tak tahu letih dan puas.

Pakcu (adik Azhar) tak ketinggalan berendam..(Melimpah dik oiii)

Nurlailathul fatihah.. Budak ini...lansung tak takut air.. Aku balik yang lepak dibuatnya..(lalatut..yaya..tihah..laila..yayatut..panggil sajalah pasti dia akan menyahut!!)

Muka cuak...kena suruh balik...

Puas berendam sessi berkayak pulak..Aku joint gak kayak ni tapi tak de sapa nak tolong snap gambar..


Tengok sama itu lailathul..Sikit pun ta da takot!!

Da puas berkayak nak main pingpong pulak..Sayangnya aku tak dapat joint sebab kena larikan Ilham yang mula menangis merebutkan bola ping pong.."Siann abang..abang nak main dengan ibu sebab ibu terer"

Gaya bakal juara (ganti tempat ibu..ehem...hem)

Lepak-lepak kat bilik

Sepatutnya check out pukul 12 tapi kami semua keluar pukul 3.30 petang. Jangan malu2 buat macam tempat sendiri. Azhar balik ke Melaka dengan mak.Along datang jemput dari Seremban (Bosar pangkat kau yo!!)Alif dan Hakim ambil kesempatan ikut nenek mereka..Nampaknya aku terpaksa ubah haluan..

Sebelum balik aku ronda2 pekan PD. Singgah sekejap kat Baden2 Bundle.(lama aku rasa).Makan-makan kat Pantai Batu 4.Makan ayam Panggang..(Terpaksa lengahkan masa sebab kalau aku balik KLIA tiada siapa kat rumah!)

Pemandangan sewaktu perjalanan balik mengikut laluan Lukut-Sepang

Inteprem monyet ni!!Aku snap masa kereta berhenti kat traffic light.

Perjalananku berakhir disini hari ini. Transit semalam kat Klia.(Ni gara2 Alif n Hakim la)
Orang yang pergi Melaka dah sampai dulu dari kami..hahaaha..

Walau apapun tetap terasa kepuasannya..dapat bersama-sama sekeluarga. Selalunya aku ke kanan..hubby ke kiri..Kakak pun dapat release tension seketika sebelum pra-UPSR ni..
(Aku ada lagi 6 keping baucer free lagi nak dihabiskan sehingga hujung bulan Disember ni!!)