October 27, 2009

Kenapa kita perlu balik kerja awal (?)

Baca pelan- pelan dan penuh penghayatan.

Aku terlanggar seorang asing semasa berjalan,
"Oh maafkan saya, saya tak perasan"

Katanya "Maafkan saya juga,
Saya tak nampak saudara"

Kami amat bersopan dan saling menghormati,
Kami saling melambai sambil berlalu pergi,

Tetapi di rumah lain pula ceritanya,
Bagaimana kita melayan orang tersayang, tua dan muda,

Lewat petang, tika memasak makan malam,
Anak lelaki kecilku berdiri di dapur secara diam-diam,

Bila berpaling aku hampir melanggarnya jatuh,
Jerkahku, "Jangan buat kacau di sini, pergi main jauh-jauh"

Dia berlalu pergi, hatinya hancur luluh dan beku,
Aku tak sedar, bertapa kasarnya kata-kataku,

Sedangku berbaring di katil mendengar musik,
Terdengar suara halus datang membisik,

"Bila bersama orang tak dikenali,
Begitu bersopan dan merendah diri,
Tetapi ahli keluarga tersayang, sering dimarah dan dicaci",

"Cubalah kau pergi lihat di lantai dapur,
Kan kau temui bunga-bungaan berterabur",

"Itu adalah bunga-bunga dibawanya untuk kamu,
Dia memetiknya sendiri, kuning, biru dan unggu",

"Dia berdiri senyap agar jadi kejutan buat kamu,
Kamu tak pernah sedar airmatanya yang datang bertamu",

Pada tika ini, aku merasa amat kecil sekali,
Airmataku mencurah ibarat air di kali,


Senyap-senyap ku kebiliknya, dan melutut di katil,
"Bangunlah, anakku, bangunlah si kecil"

"Apakah bunga-bunga ini dipetik untuk mak?
Dia tersenyum, "Adik terjumpanya belakang rumah di semak"

"Adik memetiknya kerana ia cantik seperti ibu,
ibu tentu suka terutama yang unggu,

"Maafkan ibu, atas sikap ibu hari ini,
Ibu tak harus menjerkah kamu, sebegini,

Katanya,"Oh, ibu, itu tak mengapa,
Saya tetap sayang ibu melebihi segala,

Bisikku, "Anakku, ibu pun sayang kamu,
dan ibu suka bunga itu, terutama yang unggu,


FAMILY

Adakah kamu sedar, sekiranya kita mati hari ini,
syarikat tempat kita berkerja akan senang-senang mendapat pengganti,
dalam hanya beberapa hari?

Tetapi keluarga yang kita tinggalkan,
akan merasa kehilangan kita sepanjang hayat.

Dan sedarlah, sekiranya kita menghabiskan masa kita kepada kerja,
Melebihi keluarga kita, adalah merupakan suatu pelaburan yang tidak bijak.
Bukankah begitu?


Jadi apakah maksud yang tersirat?

Tahukah anda makna "FAMILY"?

FAMILY = (F)ATHER (A)ND (M)OTHER (I) (L)OVE (Y)OU


" HARGAILAH KELUARGA ANDA "

October 19, 2009

Surat Cinta Seorang ROCKER

Salam,

Amacam awekku? Lu orait ke? Wa harap lu ok-ok je..

Awekku, gua telah membaca surat lu tempohari. Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua terhadap lu bukan main. Lu ingat gua main-main ke? Cintan gua mendalam very deep you know! very deep purple! Lu tak perasan ke?

Apa yang kurangnya gua ni? Cuba lu cakap! Gua ni tak cukup hensem ke? Atau lu sudah ada balak lain? Lu sound gua beb! Mentang-mentang lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang?!! Setakat mat despatch, kalau lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jadi cikgu tapi tak dapat. Bukan pasal gua takde kelayakan tapi tadika kemas jarang amik cikgu lelaki. Lagipun jiwa gua lebih kepada seni. Tiket konsert gua semua habis jual! Sebab tulah gua jadi tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu tak offer kat onglain.

Gua memang betul-betul tak puas hati ni! Lu memang bikin gua panas! Sampai hati lu buat macam ni kat gua setelah apa yang gua dah kasik kat lu. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat tak dulu sewaktu lu & gua first time jumpa? Masa tu hujan. Lu takde payung. Lu lari pegi kat bus stop. Lu basah kuyup. Kesian pulak gua tengok lu kesejukan. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama-sama sudah feeling-feeling. Gua ingat lagi lagu "antara gadis" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu. Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public. Lu tak ingat ke? Ke lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo! Janganlah buat gua macamni! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah! Janganlah kerana besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua. Gua memang macamni, rocker sejati! Lu pun tau sapa gua. Dulu lu takdepun macam ni. Lu tak kisahpun! Lu layan selamba je. Tapi kenapa sekarang lu berubah? Nampak je gua rocker tapi gua pun beriman jugak, beb! Sembahyang jumaat tak tinggal wo!

Lu pikirlah sindri, beb! Gua dah curahkan segala-galanya kat lu. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai. Gua buat modal nak kawin dengan lu. Cayalah cakap gua! Gua tak tipu! Betul cakap lu! Gua harap lu pikirlah baik-baik, beb! Gua dah takde awek lain lagi. Lu sorang jelah yang gua cinta. Awek lain gua usya diorg tak layan gua cakap lu! Gua tak tipu! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dari gua, kenang gua dalam doa makan malammu. Semoga lu berbahagia, beb!

Yang Benar,
Rockersejati

p/s - *credit to isuhangat

October 9, 2009

Issues....

I am not enjoying the fact that I am back at work and have loads of unfinished business.
Business that could have been settled if I did not choose to procrastinate.

But I am just lazy and full of excuses and I don't think that's gonna change anytime soon.


xox.......

Damn...Stresss

aku sedang diuji dari pelbagai sudut sekarang..

akibat stress;

mulut aku makin lancang..
hati makin mudah meruap..
keluh makin mudah terhembus..
jiwa makin mudah terhiris..
mata makin mudah panas..
tapi syukur tak menitis..
aku masih tersenyum.. aku masih ketawa..
Allah pinjamkan kekuatan itu untuk aku..
Aku akui.. alhamdulillah..


aku bersyukur kerana my en.soami yang paham situasi aku ni.. syukur masih ramai yang bertanya khabar aku, walaupun tak semua.. kengkorang semua.. waktu kita tengah terkapai2 ni la kita tahu siapa yang sentiasa di samping kita.. setiap ujian dari ALLAH tu ada hikmahnya.

October 5, 2009

SELAMAT HARI JADI AYAH



Hari ini 05 Oktober 2009. Genap 63 tahun yang lalu, pada hari inilah lahirnya seorang lelaki yang menjadi asbab aku dilahirkan. Dan lelaki itu, padahari ini aku panggil sebagai ayah. Alhamdulillah, ayah masih mampu melalui hari ulangtahun kelahirannya yang ke 63 dan kami 4 adik beradik berserta ibu dan juga 5 orang cucunya sempat meraikan bersamanya. Malam hari raya telah kami raikan bersama.(sambutan yang agak awal)

Ayah memang tidak pernah meminta hadiah. Apa yang ayah mahukan dari kami hanyalah hidup dengan bahagia bersama keluarga kami tanpa melupakan dia dan ibu kami. Yang ayah mahukan hanyalah anak-anaknya sering pulang ke rumah untuk menjengah keadaan mereka berdua.


Rasanya, hari ini aku semakin faham perasaan ayah. Namun anak-anak aku masih kecil.Mungkin aku masih belum memahami bagaimana peritnya perasaan apabila seorang anak
mengenepikan atau meninggikan suara terhadap aku...

Tidak ada jaminan kami akan menyambut hari lahirnya yang ke 64 bersama lagi.Namun kesempatan masih belum tertutup buat saya untuk mencurahkan lebih kasih sayang buatnya dalam saki baki hari yang ada. 3/4 dari hidupnya sudah dihabiskan untuk membahagiakan sebuah keluarga. Tetapi Aku tidak pasti dapatkan aku luangkan 1/10 dari hidup aku untuk membahagiakan dia ?

Ya Allah! Ampunilah kami. Dan ampunilah kedua ibu-bapa kami. Dan
kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara kami sewaktu kami masih
kecil. Kurniakanlah kepada mereka kesihatan. Dan limpahkanlah hidup mereka
dengan kesejahteraan dan rahmatMu ya Allah! Jika mereka jauh dari
hidayahMu, maka dekatkanlah. Sesungguhnya, tidak ada pemberi kebaikan
melainkan Engkau ya Allah... Amin... Ya Robbal 'Alami.....

SELAMAT HARI JADI AYAH

October 2, 2009

Mari Bekerja Dlm MOOD Raya

Hari ni dah 13 syawal.. hari ni dah 02 Oktober.. hari ni dah hari Jumaat.. HARI NI DAH SEMINGGU KERJEEEE.... YEAAAYYYY (poyo je) ...

Baru hari ni rasa free, masuk kerja je da kena dera...(kejap lagi pun kena turun key el...ada meeting kat MARA....huh!!)

Raya tahun ni, tak la semeriah zaman aku kecik2 dulu.. tak de bunga api yang boleh aku buat satu rumah berasap...(Eh x jugak...malam raya ari tuh aku main mercun..ngeee... )tak de duit raya yang aku nak duduk bersila dalam bilik kunci pintu, kira dan susun cantek2 mengikut warna dan nilainya hahaha.(Eh...x jugak kali ni aku kira duit raya anak2 aku..ngeee) tak de banyak kuih raya (masa kecik dulu, ada aku kisah pasal kuih..?) ... baju raya 5 pasang je... hehehe.. baju raya aku setakat ni at least 3 pasang lalala~ hehehe.. semua ala kadar je.. cuma sup gear box yang mak aku buat tahun ni memang extra superb yuummie!!(All that Lemaakkkksss)

Cuti raya aku tahun ni agak panjang berbanding tahun sebelum2 nie... dari Jumaat(18 September - full day) sampai ahad (27 september) saja masukkan sabtu ahad dan cuti am, nak menampakkan betapa banyaknya cuti aku hahahaha ...tahun ni cuti raya bos kasik free suma x tolak cuti. tahun lepas aku dapat cuti raya 4 hari je.. aku masuk kerja lepas bercuti, sorang pun tak de kat opis.. ym list aku pun 2 3 4 ketul je nama yang online.. betapa pedihnya jiwa dikala itu.. owhhh!! paling lama aku dapat cuti pun 2 hari je... apa nak buat.. workload sedang menghujani... semua tu dah jadi pengalaman manis hehehe...

1st raya aku kat Klia umah mak ayah... hidang kuih.. tukar alas meja.. lap pinggan.. hidang lemang n rendang..ayah..lee.adik..en soami n askar2nya.. g sembahyang raya.. tv tengah takbir raya, aku masih menjahit baju yang nk aku pakai pagi tu..memang standard aku tiap2 tahun.. feel skit hehehe... dah settle berkemas.. tetiba aku tersyahdu sorang.. sob.. sob.. sob..

Rumah pertama kitorang g, umah uwan (kat Melang K.Pilah).. 3 keluarga serbu rumah dia.. aku sempat makan rendang,ketupat,mee kari lagi ...Makan kenyang2 deh pas ni balik Pontian x de mende ni suma..kerepek ke kerepek...sob...sob...My en.soami bagi peluang kat aku makan kenyang2 coz dia tawu nanti klo balik Pontian misti aku bersungut tak de mende tu suma..heheheh... Pas tu kami gerak ke Johol kg ayah aku.. Dah lama tak balik sana...sama je aku rasa...x de beza...Kat sana ada MakLang yang jaga rumah warisan kampung tuh...Jumpa gak la sepupu yg da lama x jumpa ngn pak2 dan mak2 sedara.. Mak Lang aku masak ayam kampung lemak cili api..Wallahh..mabeloouss....Then kami gerak ke Pontian...sampai sana jam 11 mlm..penat seh...

Raya ke 2... Pepagi lagi en.soami da pergi ziarah kubur mak n ayahnya dengan anak2.raya sekitar Parit Sikom Pontian jer..jumpa orang kampung en.soami...itupun da petang...Sana makanan biasa je suma al-kerepek. al- kuih raya, al-air ges...sebu perut..cuma masa kami ikut abg.ipar ke Air Baloi...rumah sapa tah...follow jer..kat situ makan sedap.Kitorang dihidangkan dengan makanan ala bugis...burasak...sedap..nyam..nyam..pencicahnya ikan parang masak asam..serunding kelapa n ayam masak merah ala2 kicap...entahh...sedaap...kat situ memang aku bedal cukup2...pas tu tuan rumah tu keluarkan sup kulit lembu a.k.a jangek...sedap gak...kenyang..tersandar..

raya ke 3... Start our journey ke Kota Tinggi.Masuk felda jumpa mak2 sedara en.soami...Banyaknya kereta....berderet..nak drive laju pun tak boleh..On the Way pergi aku yang drive...ada sedikit terbakar la tak boleh memotong..Kat umah mak Uda en somi ni aku suka dtg sebab dia akan hidangkan macam2..kek lapis asam tu da misti..hari tu dia hidangkan daging rusa ala2 rendang...pergghhh,,,...tapi nak dijadikan cerita...sampai sana..da lepak2 kami nak gerak pergi umah mak sedara dia yang satu lagi tu...bateri kereta kong pulang...haiyaakkk...mana nak carik kedai kat felda time2 raya ni....Mujur ada jiran cik Tom baik hati kasik jumper.Bolehlah start balik..then en.Soami ngn abg.ipar p carik bateri kt Sg.Rengit. Jauhnya mcm Seremban ke Kuala Pilah.Sampai Pontian balik dlm pukul 11 mlm...Letih bangat seh.

raya ke 4.. Lepak-lepak jer kat umah Pontian.Kitorang malas nak pergi mana-mana.Anak-anak aku biarkan main sampai petang.Sampai penat.Lepas asar aku cakap ngn en.Soami aku nak balik esok.sebabnya nanti jalan jem, kain baju banyak nak basuh.nanti penat.budak2 da nak masuk sekolah balik.lagipun aku kesian kat kakak ipar aku tu asyik nak masakkan makanan kitorang jer.Rimas.En.soami pun kata okeyla...peaceee....

raya ke 5.. Pukul 12 kitorang pergi rumah adik dek na(adik en.Soami) .Makan lagi kat sini.macam2 dia masak.Lepas tu diorang cadang nak pergi Bt.Pahat. Dalam hati aku...waduhh...gawat...panas nih.Dah kenyang memasing lepak pulak..tidor lagi..lepas asar aku memaksa en.soami aku bersiap dengan seberapa pantas..tak jadi g Bt.Pahat. pulak.Dah lewat kata memasing.kirim salam je ngn org sana.(Asa siket lega la sebab perut kitorang takkan sebu makan keropok.asam dan air gas...peaaaceee) hasilnya dia balik Seremban dengan tak mandi hahaha... satu kejayaan besar tu.. highway tak jem.. kereta je banyak... sampai rumah pengsan seribu bahasa..

raya ke 6.. Lepas penat membasuh baju..aku lepak atas katil sampai berkulat.. pas tue aku duduk lepak depan tv sampai bersawang, kol 11 berpura2 tido.. aku berjaya tipu diri sendiri dengan berjaya tidur2 ayam...Anak-anak suma lepak depan t.v.

raya ke 9.. sila baca dari atas balik..

*nota lutut - raya tahun ni agak meriah.. sebab memang aku cuti rehat dan rawat bebetul alhamdulillah.. n3 ni tak de gambar, pasal wayer usb kamera aku hilang.. tertekan tol.. tu pasal n3 ni mengambil masa yg lama di publish.. tak de mood tak de gambar.. huh

*nota lutut - selalu kalau hari raya mmg lama siket kat kampung en.soami sebab setahun sekali jer baru balik sana.Mak n ayah mertua dah tak de lagi (harap maklum)