January 29, 2010

January..2010

Januari,

sebagai permulaan bulan di tahun 2010 ini sudah pun ke hujung jalan. 31 hari di awal tahun ini nanti tentu saja juga bukan waktu yang singkat bagi kita. Bagaimana dengan kamu semua ya?Adakah mimpi yang berjejal itu sudah mula diwujudkan? Atau paling tidak telah menemukan jalurnya ? Semoga kenyataan kan selalu berjalan seiring dengan harapan dalam memaknai waktu yang telah dianugerahkan.

This year started with a wonderful bad news,I’ve also been busy for all....learning as much as possible, and now I’m working and sewing at the same time (both mine). I’m very excited about this new adventure and I hope to be able to continue it in near future as my business rather than hobby.

Here is my new year resolution:(hak..hak..hak...)

  • To continue what I started and be able to enjoy it as much as now
  • To post more articles than last year
  • To find a way to actually make money with my new hobby ;-)
  • To loose weight No.... that’s not exciting ;-)
  • ….
Now that.... I think of it it’s a long list so to summarize it:I’m planning to do exciting things and try to live healthy and happy and stress-less as best as I can or my kids let me.(hehehe)....Hopes this coming February will be much better than January.....

The OLD love Story

last nite.. i mimpi something,
hati dah tak tenteram jiwa macam pening..
ghasa macam rindu somebody..
hmmm.....
but i dont care coz i know
it's only just a dream..

last day.. i met him..
but my heart seems melompat-lompat suka hati..
but why? i also tak pasti..
but to see him smile..
it just make me feel crazy..

hey boy.. did u notice it?
u curi something from me
may be u sendri tak sedari..
but i know..
half of me is with u..
coz baby i know..
yang ku menyintai kamu..

memngg susah untuk memiliki..
cinta bukan an easy thing..
but if it's true..
and i'll be with you..
to love and sayang you..
more than i ever do...
coz aku sangat menyintai dirimu~~

::Otak da mula panas la ni...maka kan merapu like this..
best pulak dapat idea buat pattern ni.. mcm best plak.. cmpur2 bahasa~jadi rojak::

January 27, 2010

Dia....dan bosan...

satu hari yg bosan~
dan hari-hari seterusnya tetap...bosan
mata itu sudah berkali terlelap..
tapi tiada rasa terlena..
acap kali dia menguap..
tiada pula dengkurnya..
kerap kali dia terbaring..
tiada pula merasa bantalnya..

dia mahu tidur..
entah kemana pergi jiwa itu..
dia mahu lena..
entah kemana terbang aura itu..

mahu melangkahkan kaki itu..
turun beracah bermain..
tiada terlincah ianya.. tetap keras dan kaku..
mahu membawa tubuh ini..
melepasi daun pintu..
menyirup angin bayu..
tiada tergerak jasad ini..
melainkan tersandar dikerusi~

aduh~!! dia bosan..
dia bosan lagi..
dia bosan lagi hari ini...

bosan~~~~~~

*sabarlah wahai dear....sesungguhnya Allah telah memperuntukkan waktu istirehat untuk dear ....







Usaha...Malas...Kejayaan dan Jatuh....

siap jugak akhirnya~!! aku dah mcm separuh mati sebelum ni...
tu la org ckp usaha tu tangga kejayaan.. ehehe..
terima kasih kerana memberi dorongan ::wink2~!::

haih~ tapi dunia komplikasi ini tetap berputar..
bermain dengan seribu satu dugaan..
banyak bende lagi yang harus diteruskan..
tetapi.. banyak benda jugak yang harus dilupakan..
dunia yang luas tanpa sempadan..
tetapi ia punya batas kesabaran dan garis kecekalan..

jangan berlegang kaki..
bersiul girang...
mengharapkan emas terbit didepan mata...
mengharapkan intan terkeluar dari tanah..
begitu malas ini manusia.. mau duit masuk..tapi jiwa malas macam lembu sakit bontot..

haih~ samakan manusia dengan binatang marah pulak..
tapi itula yang berlaku dalam dunia ku hari ni..
yang miskin pun malas..
yang kaya pun lagi lagi lagi la malass..
haih~ anak2 adam ini... [termasuk aku]

Jika terpincang kata.. aku mintak maaf..
cuma berkongsi apa yang terbang2 di minda ku..
Jika tersalah tulis.. mintak ampun..
cuma berkata benda yang saheh..
Jika terasa... hah apsal ko terasa..?
Orang minum milo takkan ghasa kopi kan?
Orang makan belacan takkan ghasa durian kan?
[berfikir sejenak.. merenung diri yang kecil ini..]

January 20, 2010

Bahunya patah....

Kata orang...malang tak berbau...yang bau kuat..... durian...belacan...kerdas...kita dah tahu bau apa dari kejauhan...tapi malang tak siapa dapat menghidu...

Isnin..18hb jan..2010..8.20am

Kemalangan yang tak berbau itu telah tidak dapat dihidu oleh my en.Soami. Panggilan telefon dari dia pepagi hari betul-betul menjatuhkan rahang pipi terus bersama jantung...'Nasib tak baik'... katanya...abg. aris eksiden ni....mereng jap kepala aku...Astaghfirullahh...mana tidaknya...aku baru melabuhkan punggung di kerusi empuk..baru nak tekan kekunci keyboard...

Lori yang berhenti secara tetiba...dan menurunkan seorang apek yang secara tetiba..tanpa menoleh ke belakang terus membuka pintu lori..manakala suamiku pun tiba dengan bergayanya terus menghantam pintu tersebut....jatuh...terpinga-pinga seperti mimipi..tak percaya...luka berdarah..lori pun berlalu pergi..heishhhh...tak bertanggung jawab betul.Takut mengaku kesalahan la tu...confirm!!

Kasihan pula aku melihat wajah en.soami menahan sakit...Segera aku membawa ke klinik langgananku..seorang kenalan dan jiran lama arwah mak.Dr.Zainon.Masih teringat saat akhir arwah suaminya dulu teringin nak menjamah kuih kasuwi air tangan arwah mak.Kuih terakhir yang dimakan sebelum rohnya diangkat pergi.Semasa mendapat rawatan jahitan disana tak nampak seperti ada kecederaan dalaman. tetapi setelah kami berehat minum di kedai yang bersebelahan klinik, baru my en.soami mengadu tak mampu mengangkat tangan kiri.Terus aku mengajak dia membuat pemeriksaan x-ray.. Hasilnya...mmm...patah doh tulang sebelah bahu...Bertambah-tambah simpati aku dibuatnya...masa ni la nak tunjuk kasih sayang kat suami..masa ni la aku rasa penat tak terperi sebab pilot da patah bahu..urusan di jalanan aku sendiri..penat seh..

Kasihan sebab melihat dia merintih sakit...Bahu kiri patah..tangan kanan pula berjahit...sekarang ni kami sedang mencari 'dukun patah'.Ada yang diperkenalkan oleh rakan-rakan jauh bebenor la pulak.Nun kat umbai..dan berbagai tempat lagilah..

Geram sebab sikap tidak bertanggung-jawab pemilik lori yang terus berlalu pergi.Ini ke yang dikatakan 1 Malaysia?Indah khabar dari rupa tak serupa seperti iklan di media yang menggambarkan rakyat malaysia hidup saling membantu!!!

Begitupun aku merasa agak terharu juga dengan my boss..yang prihatin dengan nasib suamiku..'Adakah aku pekerja kesayangan?'....Ahhh..tidak..jangan ko nak perasan perasaan di sini ya...!Berbeza dengan syarikat tempat suami ku bekerja..Dahla banyak songeh bila diminta menguruskan SOCSO...datang melawat pun tidak...Bukan sahaja Bos besar..(Bos s besar pergi Dubai ke?) bos kecik pun tak..Aku bukan meminta simpati atau minta dikasihani..tetapi sebagai majikan atau wakil rakan sekerja tiada rasa dihati ke melihat rakan yang sakit..lagi tanya pasal kerja!!..atau sebab kami ni bukan dari kelantan?...ooopsss ada apa ye dengan kelantan?....mintak mahaappp...Sudahla begitu dijanjikan pula dengan skim insuran dan kemudahan hospital swasta..tapi dimana hitam putihnya?Puas aku membebel dengan my en soami...akhirnya dia berkata...'la dah patah bahu pun kena marah lagi...' peaacceee...sebenarnya lebih kepada ketidakpuasan hati dgn sikap majikan, rakan sekerja dan pengurusan pentadbiran.My boss pulak yang lebih-lebih prihatin..Sayang pulak kat dia walau selalunya dia cap ayam..BoSSS...

Setelah dapat bertenang dalam keadaan hening apabila Kelenjar pineal dan Kelenjar pitutary berfungsi kembali dalam saraf..barulah minda tu dapat berfungsi dengan baik dan menerima keadaan dengan redha..Setiap kejadian itu ada hikmahnya..barulah aku dan my en.soami kembali tersenyum dan ria kembali..

January 13, 2010

kanGEN...HomeSick

Baru dua hari Fatin di asrama..Hari ni 3 kali panggilan dibuat dari asrama sekolah..aYOOOOO....itu budak sudah terkena tempias Homesick la....

'Ibu...kakak nak pindah sekolah...kakak tak boleh duduk asrama..kakak tak boleh hidup tanpa ibu...!!""

Ini budak bikin hatiku dibawa berlari sajork...Hatinya tidak seteguh aku dulu..jiwanya tak setega tak sekental aku..dulu...akulah orang yang paling gumbira ditawarkan keasrama. Kegumbiraan itu bertambah setelah tamat SPM aku dihantar ke utara tanah air..dalam erti kata sebenar enjoy the day...

Pujukan ku beralas..ku tenangkan jiwanya seketika...'besok ibu datang kakak cerita apa masalah..'

Yang pasti jiwa aku pula yang perlu sekeras kerikil dengan remajaku yang satu ini.

January 11, 2010

Bukan tak sAyaNgggg....


Finally, Fatin berjaya juga menempatkan diri ke asrama. Sebagai ibu aku merasa sesangat bersyukur dan tenang hati..Tak perlu lagi bersusah hati tentang pergi dan pulangnya..(tetap susah hati....berkurangan dari sebelumnya...)

Payah juga sekiranya dia berulang alik dari QRTS Klia ke Sekolah Men. Agama Nilai.Tambahan pula sessi pengajaran atuknya sudahpun bermula..Terasa diri ini menyusahkan ayahanda pula.. Lain pula situasinya kalau neneknya ada lagi...hmmm...

Malam tadi aku berbicara dengan Fatin.. Ibu hantar kakak ke asrama bukan kerana ibu tak sayang...bukan sebab ibu tak suka dengan kakak..tapi ibu mencari sesuatu yang terbaik untuk anak ibu..ibu ingin kakak mendapat suasana pembelajaran yang terbaik.. Kalau di asrama jadual study dah tersedia..adik-adik tidak lagi mengganggu...(Ayooo....adiknya yang kecik dua orang tuhhh...kasi kakak hangiiinn sajork!!)Kakak mesti ada target untk PMR 2012 straight 9a's.

Susah payah ni ibu belanjakan duit untul persiapan kakak. Cuma...janji kakak pada ibu....fokus pada pelajaran ...be the best among the best....

Bergenang seh air mata si anak ini....Moga-moga fatin dapat menerima keadaan yang baru dengan tenang dan sabar...Ibu pula yang haru...(Assistant dah tado....)