January 31, 2011

Kehilangan lagi...Al-Fatihah


Al-Fatihah buat arwah Tn. hj. Hamdan bin Hj. Kamarudin a.k.a pak uda a.k.a tuk uda.

Telah kembali ke rahmatullah pada dinihari yang hening..ahad 30hb.Ahad 2010 bersamaan 25 Safar 1432 Hijrah.

Lat setahun ku kehilangan bonda tersayang..kini kami kehilangan lagi seorang ahli keluarga yang dikasihi.Seperti berturut pula..Andai mampu ditahan..janganlah ada yang menyusul lagi selepas ini..Namun..Kematian tu alami...natural...Tidak tercepat mahupun terlewat walau sesaat.Itulah janji Allah pada hambaNya..

Ku kira juga mak uda dan anak-anak redha dengan pemergian bapa tercinta.Mereka mungkin lebih bersedia memandangkan arwah sudah lama menderita sakit.Tidak seperti bonda tercinta yang pergi mengejut.Itulah janji tuhan tiada siapa yang tahu..

Kalau di hitung pada dasarnya ramai yang ahli keluarga kami yang sudah menginjak usia, dan tidak semua pula sihat.Begitu juga dengan kakak ipar saya yang sedang hebat melawan barah kanser.Sudah menjalani kemoterapi untuk kali ke -8 dan bakal menjalaninya lagi untuk kali ke-9 pada 17 Februari yang akan datang. Harap beliau akan terus tabah.Tapi janganlah lupa, janganlah ingat yang berusia , yang sakit akan pergi dulu..yang sihat wal-afiat, yang muda remaja..jika itu janji tuhan pada kita..Qolu...Innalillah...


Kenangan..(ganbar ihsan BKK)

“Ingatlah manusia, jika datang waktumu,wajah, tubuh yang kau banggakan dulu akan aku makan satu persatu, lapis demi lapis, sampai cuma belulang yang tersisa” ujar cacing dan mikroorganisme pengurai lainnya.

“Ingatlah manusia, kalau datang waktu itu, semua pakaian dan perhiasan yang kamu pertontonkan tidak akan kamu bawa. Dan orang orang yang kamu cintai hanya akan membelikan aku, kain putih kasar yang murah, biar sebanyak mana wang yang tersimpan” tokok si kain putih buat kafan.

“Ingatlah manusia, kalau sampai waktu itu, akulah yang akan menjadi tempat perbaringanmu, tanah merah berlumpur yang satu ketika dahulu berjingkit kaki, mengangkat kain buat menghindarnya” bicara tanah.

Buat si mati, kematian hanyalah “tempat berhenti” yang segalanya tak mungkin diundur lagi. Jadi yang paling patut mengambil ibrah siapa lagi kalau bukan kita yang masih berpijak dibumi.

Setiap insan pasti merasa

Saat perpisahan terakhir

Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

p/s Terkenang saya kali terakhir mencium tangan arwah..beliau memandang saya sayu dengan renungan yang lama...





January 28, 2011

Karnival Bola Sepak Sekolah-sekolah Malaysia Anjuran Majlis Perbandaran Seremban

Pada 28hb Januari 2011 - 30 Januari 2011
Kategori bawah 12 tahun

Telah....

Diwakili oleh Alif...
Posisi - Penyerang Sayap Kiri
Namun...
Dicemburui pula oleh...

Dik lang
(Releksla dik lang...tahun depan dik lang masuk kelab bola sepak ye....)
Apa yang di beli untuk Alif, dik lang pun nak...kasut but la...stokin bola laaa...ayooo rabak...

Dengan bangganya alif mengumumkan kemenangannya menentang :

Sekolah Tamil Nilai 3-0
Sekolah Kebangsaan Panchur 2-0

Besok..akan menentang Sekolah kebangsaan KGV pula...

Si kakak

masuk jer kereta masa jemput kat hostel..

'Ayah...nak beli reket...kakak wakil badminton pulo'


Waduuuuuuhhh....Raaaaaabaaaaakkkkkk...

p/s mano ayah kau nak survey baranng2 lagi nk poyie jejauh niii...

January 17, 2011

Semua Pun Ujian

Pepatah cina ada mengatakan ~

"Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama"

"Remember, this life is nothing but merely a test.”

Langkah pertama tahun ini dimulakan dengan penghijrahan en.Soami ke Libya.Arahan untuk membuat visa sudah dikeluarkan. Dari hari-hari sebelum ini galak kali saya menasihatkan en.dear-dear supaya segera membuat laporan tentang kehilangan pasport. Asyiklah bertangguh.Sekarang dah menggelabah. Ini semua ujian la ni.

My dear ni suka sangat dengar vevelan. Tak mencair pula taik telinga tu.Agaknya makin membeku kalau asyik dengar saya memvevel.Wallahai...ujian la ni.

Saya marah ~ Dear Senyum ~ujian la tuh

Saya vevel ~ Dear Senyum lagi ~ ujian ler jugak tuh

Saya bisu ~ Dear pulak Vevel ~ Ujian lagi...

Haiillaahhh...kerja bertangguh tak menjadi beb..

~"Kita tidak gagal setelah kita jatuh. Tapi kita dikira gagal sekiranya kita jatuh dan tidak bangun semula. Berapa kali kita jatuh tidak penting, yang penting ialah bagaimana kita bangun semula. "~ satu bentuk ujian juga untuk bangun semula.




~Wahai diri, ingatlah Dia sedang memerhati dirimu dan menginginkan Dia sentiasa diingati olehmu setiap waktu~

January 13, 2011

Dear nak tinggal jauh..Harus jadi Iron Lady

Saya sedang memikirkan cabaran 2011 yang akan saya tempuhi..Ahhh...ngeri rasanya..

Tika ini saya seumpama superwoman..Bangun pagi sekitar jam 4.Siapkan kuih jualan. sarapan, makan tenghari,baju sekolah dan baju kerja..Sambil-sambil menggoreng atau tunggu gulai masak, saya harus menyapu lantai, menyusun sedikit apa yang patut.Saya jenis yang tidak suka keluar rumah dalam kedaannya berselerak. Nanti balik, lagi haru dibuatnya..kena pulak tengah tension..tak ke berdouble triple rasanya. Paling haru lagi nak kena basuh kain baju yang membukit.Kalau sempat sidai, kalau tak tunggulah balik nanti.


Selepas ini pula harus jadi iron lady.2011 ini bakal menyaksikan segala urusan keluarga harus... seorang. Urusan menghantar dan menjemput anak.... seorang.Hantar balik Fatin ke asrama.... seorang.Hantar Alif tution pun.... seorang.Aktiviti P.I.B.G anak.... seorang. Harus juga pastikan kesihatan saya di tahap paling maksima mabelous. H.A.R.U.S......H.A.R.U.S


Alhamdulillah...a few days ago my hubby checked his e-mail.


Yes there was the pre-offer letter which stating his name, the offered position, the name of the department, the basic salary and standard Benefits Package which part of the Employment Contract.

Location : Tripoli-Libya … why must Libya? Oh...mannn

So..how..?What is the decision..?


Hmmm..dear akan tinggal di Libya selama 2 tahun..Selama itulah segala urusan terletak atas bahu jemala patik. Boleh balik ke Malaysia hanya dua kali setahun yang mana perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh kompeni.


Meracau jugak saya macam ni sebab inilah kali pertama dalah hidup dear nak bekerja ke luar Malaysia.kali pertama juga kami berjauhan.Betul-betul jauh seh.


2010, (baru terhegeh nak buat recap) pada saya, tahun yang banyak mengubah bahagian dalaman saya. Syukur, Ya Allah. Syukur. Syukur. Syukur. Mungkin sebab usia dah nak masuk waktu Asar, tentulah hodoh kalau perangai masih sama macam tahun 2000.


Bila dah sedar nak masuk asar, kenalah ada pembaharuan.Banyak hikmah-hikmah yang saya temui pada 2010.Syukur, syukur ya Allah.


Bila difikirkan balik, kalau di sini, dear tak akan dapat gaji sebanyak tu. Kalau bos counter offer pun, paling bangsat pun RM500. Awal-awal lagi bos saya dah bagi tahu tiada kenaikan.Ekonomi la..no job la..no minyak la...no.no.no.no. lalalala....minyak naik lagi ada. Sedangkan keperluan segala meningkat. Hutang nak kena bayar jugakkan.hari-hari keluar rumah, duit mengalir macam air.Anak-anak pula bermacam permintaan.. Cikgu nak duit tu...cikgu nak duit ni..Belum hujung bulan duit habis.

Meeting ofis pagi tadi pun diulang kembali, tentang ketiadaan projek masuklah, kekangan kewangan la...bla...blaa...tapi sempat lak dia nak ke obersea.....cam vavi. 2 % jer insentif kalau dapat bawa projek masuk...haiillaaaa...cam vavi...masuk poket sendiri lagi baguzzzz.....


Memikirkan segala situasi yang semacam inilah my dear dear soami memberanikan diri merantau. Sampai bila nak hidup cukup tak cukup makan..ye tak? Bak kata teman saya, kita ni kalau tak berduit, sedara mara pun tak nak dekat..busuk bau taik..Hmmm.



So, dear harus menukar arah dan memulakan langkah baru nampaknya.Saya harap saya kan tabah mengharungi situasi baru ini. Hanya menunggu arahan kompeni untuk memohon visa. Harap segalanya berjalan lancar...Harap dengan langkah baru ini akan mengubah kehidupan kami..Aku hanya boleh berharap...(of cos la tak lupa pada Yang ESA)

***Pesan saya yang amat dalam....jangan kau cari bini baru sudahlah ye.....



January 11, 2011

Aku, yis, dan tepung...ada duri dalam hati..Dinding hati bersimen batu



It's that time of the year again when you make an idealistic wish list, as if money grows on your ankles. But what the heck, life itself starts with dreams.

Tahun baru 2011 kami mulakan dengan suasana riang ria.Sudah lama mereka tak berkelah semenjak alif sakit.Jadi, untuk memulakan semangat baru dan sebelum sessi persekolahan bermula, apa kata kita releasekan sikit tension di permukaan air.

Saya juga sedang memikirkan resolusi untuk 2011 dan sedang mem'postmortem' apakah resolusi 2010 saya telah tercapai sepenuhnya.

Awal tahun baru juga hati saya telah diketuk dengan paku sekuat-kuatnya. Saya ni dah rasa macam terbuang. dah rasa macam recycle bin pula.Ialah tempat untuk membuang segala sampah. Dari dulu sampai sekarang tak habis-habis saya diselongkar.Kalau berdiam diri salah. Kalau buka mulut nganga lebar-lebar pun salah.Pendek kata saya memang tak boleh berkata-kata..tetap nampak salah..Terbuang dan tersingkir di tanah sendiri. Bukankah saya puteri seorang harus dibela bukan diinjak-injak. Kemana hala tuju saya?


Macam ni lah saya simpulkan :-
Apabila sesuatu keadaan telah dirosakkan, ia akan sukar diperbaiki lagi dan akan meninggalkan kesan. Analoginya adalah seperti dinding yang telah dipaku, apabila paku ditanggalkan, masih ada kesan kerosakan pada dindingnya. Bolehkah dinding paku yang telah rosak itu disimen dan dicat semula? Boleh...tapi untuk mengecatnya semula, membeli simen, memanjat tangga memerlukan kerja yang banyak.


Pelajaran


Apa yang saya faham?
Memang mudah kalau kitakan pada seseorang untuk lupakan sesuatu yang telah mengguris atau menyakiti hatinya. Sama juga seperti mana kita meminta seseorang seperti begini:

A: Alah, lupakan sajalah peristiwa tu. Perkara lama. Maafkan saja.

B: Ingat senang ke nak lupa?


Pernah dengar? Ya, mudah bagi kita kalau tak merasa. Tapi berat bagi tuan punya dinding hati yang telah dirosakkan oleh paku-paku yang tajam ini. Kata Encik A, banyak kerja yang perlu dilakukan. Ya, saya setuju. Banyak kekuatan yang diperlukan untuk memaafkan dan melupakan sesuatu perkara yang tidak diingini terjadi dalam hidup kita ini. Setakat selapis dua cat atau bancuhan simen belum cukup untuk menutup kesan-kesan kerosakan di dinding hati. Perlu banyak lapisan dan banyak proses yang diperlukan. Bukan mudah. Banyak kerja. Banyak kekuatan diperlukan. Sebab ia bukan mudahlah, sebab ia perlukan banyak kekuatan lah, Allah sering mengingatkan kita dalam Al-Quran bahawa orang-orang yang memaafkan orang lain akan diberi ganjaran pahala dan Syurga di mana ada sunga-sungai mengalir di bawahnya.

Memang ia susah. Memang kadang-kadang kita rasa payah. Namun, Allah sudah berjanji bahawa kesusahan dan kepayahan kita itu bukan sahaja akan dianugerahkan ketenangan dan kebahagiaan di dunia bahkan ganjaran-Nya menanti di akhirat sana.

Sekarang saya tahu dan amat sedar kedudukan saya yang amat kerdil oleh mereka dan keluarga mereka.

Sekarang saya mahu tinggalkan mereka dibelakang.Tak perlu toleh-toleh lagi.Tak perlu fikir-fikir lagi sebab apa yang saya buat sebenarnya sia-sia selama ini.Saya ada anak-anak yang perlu dibesarkan.

Kita tinggalkan kisah paku itu sebab saya tahu dia masih tak sedar lagi dengan ujian yang Allah timpakan.Masih lupa sebab hidup ini sentiasa berputar.

Rasa seronok pula bergelumang dengan tepung dan yis setiap hari. Saya senantiasa memikirkan apa yang boleh dilakukan untuk menambah pendapatan. Awal-awal tahun lagi dah diberitahu tiada kenaikan gaji untuk tahun ini.Eleh tahun lepas dan sebelumnya ada naik gaji kee,,,?

Perniagaan saya hanyalah kecil-kecilan.Sekurang-kurangnya saya dapat menyemai sifat ingin berniaga dalam diri anak-anak.Memanglah penat sebab mesti bangun seawal jam 4 pagi. Mesti jadi superwoman. Bila diberi ruang untuk menambah rezeki buat apa dilengah-lengahkan. Untung tidaklah seberapa tapi sekurang-kurangnya dapatlah menyimpan dalam 5 hengget sehari. Sebelum ni ada simpan 5 hengget setiap hari? Keluar lagi adalah!!

Ada masanya kuih jualan saya tu tidak lah habis terjual semuanya. Adatlah berniaga. Rejection tu mesti ada. Tiba-tiba pula ada persaingan. Tapi saya bersyukur dengan rezeki Allah itu. Saya percaya setiap nawaitu yang ikhlas tu besar ganjarannya.




"...Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya akan dibukakan jalan keluar baginya (daripada sebarang masalah) dan akan dikurniakan rezeki yang tidak diduga..."
(At-Talaaq: 2-3) @ 'Ayat Seribu Dina

"If we tend to the things that are important in life, if we are right with those we love and behave in line with our faith, our lives will not be cursed with the aching throb of unfulfilled business. Our words will always be sincere, our embraces will be tight. We will never wallow in the agony of ‘I could have, I should have’. We can sleep in storms. And when it is time, our goodbyes will be complete…"