July 20, 2011

Bakat yang terpotensikan


Yang paling comel tu ilham my son..semangat dia sangat jitu oooo...tiap-tiap malam trening balik takda penat..semangat pendekar..

Another Anniversary

Rupanya kami bertiga dibawah zodiak yang sama..dibawah naungan CANCER..

Sudah menjadi teman ayah kini.Semoga gumbira disamping yang tercinta.Ranjau hidup suka duka me simpan hingga akhir hayat..

"Dirahmati Allah selalu, dikurnia kesihatan yang baik " amin.

July 19, 2011

Sama Tarikh lain Tahun Tak sama waktu

Hari ni adalah ulang tahun kelahiran me dan adik yg ke-3..... Ahmad

Selepas 7 tahun genap saya dilahirkan..barulah ahmad lahir ke dunia...dengan penuh susah payah mak nak mendapatkan kau tawww..entah berapa kali keguguran dan galak kali berurut.Puas jugak i manje2.

Semoga bertemu jodohnya adikku ini..bertambah amalanmu, kamu sihat-sihat selalu..Sama juga dengan me..

'EPPY BUFDAY TO ME AND TO YOU'

"""KAK NGAH NAK KAMU TAHU  KAK NGAH SAYANG SAMA KAMU!!""

July 17, 2011

-----++++++++----

Terbit rasa syukur kerana mempunyai dua orang puteri.Si sulung dan si Bongsu..Andai daku menutup mata harap si kakak dapat menjaga adik, yang adik pula boleh bermanja dengan kakak seorang. Tidaklah sepi, merasa terasing, dipinggir atau terpinggir malah tidaklah emo tak  mengenal tempat.Harap kakak dapat membimbing adik-adik, disandarkan seumpama ibu...

Syukurlah..umur masih diperpanjangkan lagi untuk terus menghirup nikmat Allah, menempuh segala ujian dan badai, mendengar gelak tawa dan tangis si anak.

HAPPY BEFDAY IN ADVANCE TO ME...
EHEH..EHEH..HEHE

July 14, 2011

Nak JEALOUS boleh kah?

cam ghase nak jeles lak..ark.ark..arkk
Kem Ibadah di SMA NILAI on 10 julai yang lepas
Sapa tuh?
Imam muda ARAN
buat nantu boleh..
ark...ark...ark

July 13, 2011

Ku redha dengan ujian MU...

Sudah beberapa perawat yang ku jumpa namun belum membuahkan hasil.Mungkin tak bertemu keserasiannya lagi. Sendu hati saya melihat tangisan si anak yang menangis saban malam dan seawal pagi menahan sakit dan bisa di kaki.

Abang yang dulunya ceria kini muram kembali. Dia yang dulunya aktif di padang kini hanya mampu merenung sayu gelanggangnya.. Besar sungguh ujian yang kau berikan padanya ya Allah diusia dia yang masih hijau.HambaMU redha ya Allah dengan ujianMU..Anggap sahaja ini adalah kifarah untuk kami yang mungkin terlalai seketika.

Ibu tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abang.Ibu doakan agar abang akan mendapat ganjaran yang terbaik dari Ilahi suatu hari nanti.

Kuatkan hati daku ya Allah..Tetapkan iman hambaMU ini tunjukkan kami kejalan yang benar agar tidak tersasar dari jalan MU..

*** Tesedu2 Alif menangis malam tadi disaat daku menyatakan semuanya adalah ujian dari Allah untuk hambaNya yang sabar. Allah sayangkan abang sebenarnya...***
*** Tangisan itu menandakan dia benar-benar sakit dan tak tertahan menanggungnya..

Hari Potensi Tadika Kemas

amik masa mak nak wat posting nih..

03 Julai yang lepas adalah Hari Potensi Tadika Kemas peringkat DUN..Tahniah buat semua warga kerja termasuk...me....eheh...ehem...kerana kerja keras dan kesungguhan semuanya telah membuahkan hasil..Sungguh seronok anakku yang seorang ini sampai tidur dengan piala.







Agak terkilan sikitlah sebab saya tak dapat nak attend sebab menunaikan tugas-tugas amanah negara.Takpe..peringkat Parlimen nanti i'll make sure i kan dapat attend..Tika ini pun anak-anak yang dirahmati ini telah memulakan sessi latihan untuk step yang seterusnya bagi peringkat seterusnya..Go..Go.. anakku..!

*** Fatin pula hanya pingat gangsa bagi acara 200m sebab terseliuh..rojoki x do