November 25, 2011

Putus Cinta @ kasih makin bertaut..

Diam tak diam sudah 15 tahun saya menjalani kehidupan berumatangga.Melayan asam garam bersama rencahnya.Rasa macam masih baru bercinta la pulak.Baru saja melewati anniversary ke 15 uuuuu...Alhamdulillahh..syukurlah.

Minggu ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin..Pergghhhh...Tah mana satu dulu nak p pun tak tahu la..Confirm penuh usus.

Teringat dengan kisah putus cinta sahabat yang nak mendirikan rumahtangga sabtu ni.Tika itu saya tengah drive di malam hari.Jadi tak keruan dibuatnya bila menerima panggilan telefon yang mendayu-dayu menangis..Frust giler sesangat la..Namun sakit putus cinta dia tak lama setelah keesokkanya saya cuci dan basuh bersih-bersih hati dan fikirannya.Tak lama lepas itu dia pun mendapat cinta baru dan bakal menjadi raja dalam hidupnya...Ouhh..hari inilah dia menikah...

Ada juga sahabat yang putus cinta sampai tak balik kampung.Waktu itu raya haji.Saya bawa dia beraya bersama keluarga untuk lupakan cinta dia itu. Namun jodohnya panjang...sekarang sudah ada ank dua daa....

Waktu belajar dulu..memang siapa yang putus cinta akan menjadikan saya tempat rujukan.Haha..tak mengapalah.Sebenarnya saya sendiri tak pernah putus cinta yang sebenar.. Alhamdulillah.

Susah tahu nak jadi happy in hard times?

November 18, 2011

Baaeeekkk punya Blackmail

Sedang berhajat untuk buat macam ni..Amacam...?Ada bran....?

November 14, 2011

Menu berderet-deret

Bukannya menu makanan...aktiviti untuk anak-anak minggu terakhir persekolahan :


Last week : 

Patut ada hari Kecemerlangan Ko-kurikulum pada khamis last week..bergegas hantar fatin balik sebab ada bahagian untuk dia. Lagipun dia dah mc sebelum ni.. Dah tinggaikan dia kat asrama..tak dengar plak dia ada buat call..rupanya kensel acara tersebut..pulak tu on that khamis dia ada appointment dengan pakar..mintak jasa baik cikgu hantarkan dia balik rumah.Terima kasih cikgu Rashidah. Pepagi sabtu dah hantar dia balik ke hostel sebab ada program lain pula kat asrama. macam-macam hal la cik kak ni..

Besok :

15/11/2011 (selasa) - 

10.00am-1.00pm

Ada pertemuan 3 penjuru ibu bapa dengan nak murid tahun lima.dah tengok pun result depa tapi untuk kemajuan anak-anak yang akan melangkah ke tahun 6..hadirkan diri juga la..Alif kata untuk darjah 5 besok dapat bantuan RM 100 tu..rembattt.. tapi ana ni duk pening jugakla sebab masa tak sama dengan waktu balik dik lang..Aiishhh...

8.00pm

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar sekolah SARA Gedung Lalang.

Dek kerana Dik Lang dan Abang pun terima hadiah..mak gagahkan jugakla..lagipun kali ini anak bujang mak dua orang tu menyahut cabaran ustazah depa untuk sertai nasyid.yang sorang tuk duk prektis ketuk tin biskut...kompang takdo..ganti la tin biskut.!!menurut ustazah depa..terkejut gak sebab dua beradik tu kali ni menyahut cabaran. selalu duk bantai lari kalau suruh bernasyid.Tapi tu la..sengau2 keluar..

16/11/2011 (Rabu)


8.00am

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar Sek. Keb.Ampangan. Mak ni duk kata tak payah la ibu pergi.. Depa dua beradik tuk duk jerit dalam kereta..

"Ibuuuuuu...Kitorang ambil hadiahla....."..aiseh..ye ke...ingat dapat ngelat.. takpala mak gagahkan jugak pergi..Anak-anak dah score belajar, mak pulak tak nak bagi penghargaan...tak elok pulakkan...apapun mak bangga dengan u ollsss....

19/11/2011 (Sabtu)

Anugerah pula untuk tadika kemas..Ilham sibuk duk prektis tarian zapin...tak pergi kasihan pula...anak-anak nak dapat anugerah...Cikgu kata jangan tak datang Ilham nanti ada ambil hadiah..Hmmmmm....



** Seminggu lepaih cuti anak-anak bujang kena hantar kem motivasi solat..Depa sibuk nak..mak apa lgi kemain laju jer isi borang..

November 10, 2011

Korban@Adha

Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar.Ibadah korban kat taman pun selesai pada raya Adha pertama.Tahun ni meriah rezeki melimpah ruah, banyak juga dapat daging korban.Rasanya tahun depan kot baru makan semula sup daging.

Kelakarnya hari raya pertama Adha saya terjelepok atas katil. Demam hampir 4 hari. Manakan tidak hari mantai merayau dari selepas subuh sampailah ke pukul 11.30 malam.Asyik keluar masuk rumah.Pencarian daun ketupat pun berakhir jam 3 petang. Payah no nak dapat. Sempat lagi menyiapkan juadah raya tempahan orang.Kemudian baru terhegeh-hegeh nak buat untuk juadah keluarga sendiri.

Selepas maghrib bertolak ke nilai untuk menghantar tempahan orang. Dalam hati berkata, ketupat sendiri tak anyam lagi nih...rendang pun tak kat atas tungku lagi.Boleh pulak lepas teraba-raba cari rumah orang tu..singgah kat restoren pekena nescafe tarik dengan roti bakar.. Dalam hati berkata lagi..

Sampai rumah jam sudah pukul 11.30. Mona pula hantar pesanan nak datang rumah.. Tunggu punya tunggu dia pun melilau cari rumah saya..Maklum hari malam.Sudahnya ketupat siap rebus jam 4 pagi sambung pula merendang ayam..everything settled jam 7 pagi.. Masak bukan sikit...Budget makan lima buah rumah..keh..keh..padan muka sendirikan..sapa suruh merayau cari barang yang bukan-bukan..Inilah akibatnya..

Kami berkumpul di rumah ayah dan selepas sembahyang, masing-masing sudah kenyang perut suka hati..Hajat hati selepas korban di taman teringin balik ke Kuala Pilah jumpa uwan...Udahnya terjelepok atas katil..tak bangun-bangun. jiran belakang pun siap cakap dengan anak "acik nampak ibu kau masak tongah2 malam tu..."Aishhh...malu-malu.

Apa khabar agaknya uwan... Sihatlah hendaknya...