September 26, 2012

Katakan apa saja-Rancu kehidupan

Sehingga saat ini saya rasa sedang melalui satu fasa kehidupan umpama roda di bawah.Sepatutnya di saat-saat penghujung 2012 ini menjadi hari yang sangat menggembirakan..Namun ada beberapa insinden yang menyebabkan saya kembali lemah.

Katakan di awal tahun saya seperti berada pusingan roda sebelah atas, segalanya membahagiakan, segalanya berjalan lancar.Segalanya memberi ransangan besar buat diri saya.Sesuai dengan peningkatan usia, saya memerlukan cabaran yang lebih besar dalam hidup.Namapun berpaksikan roda, maka tibalah masanya pula berada dibawah.Ada beberapa insiden yang kami sekeluarga alami akhir-akhir ini menjadikan saya kembali trauma dengan imbasan-imbasan kejadian lampau yang masih menghantui diri.


Kadangkala terfikir oleh saya apa yang dialami menjadikan saya seorang yang mampu menyerap segala dugaan..Umpama span...mampu menyerap air..lansung tak peduli kata orang, menyambut sindiran-sindiran tajam dengan senyuman malah ketawa pula..Ouhh..saya sendiri pun tak faham...


Sekiranya putaran roda saya kini dibawah, saya berdoa agar Allah membantu dan memberikan saya kekuatan dalam mengharungi semua ujian dengan tabah.Saya redha mungkin ini juga sebagai penghapus dosa-dosa lampau saya.Semoga kitaran roda saya akan bergerak keatas sedikit masa lagi dengan keizinan-NYA.Allah maha besar.

UPSR oh PMR

UPSR memang dah berlalu tapi daku still nak update..Sejak-sejak pakai wirelessssssss ni...adooiii line selalu bermasalah..penyebab untuk malas nk update blog.

Sepanjang 3 hari peperiksaan, saya memang tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan urusan anak.Berdoa semoga diberi idea2 yang bernas..Ada sahabat mengatakan terujanya saya kerana sentiasa memberi laporan terkini di facebook.Sebenarnya ia adalah salah satu cara untuk saya mengurangkan tekanan.Tak peduli apa orang lain nak kata..setiap orang penerimaannya tak sama..betui..?Ada pula biawak yang berkata  kemain lagi heboh anak ambik peksa..tak dapek 5A tak taulah..buek malu yo..Tak pe saya mampu menyerap apa saja..Apapun hanya munajat, doa dan tawakkal semoga keputusan yang keluar nanti tidak menghampakan.

Debaran saya masih belum berakhir.PMR akan bermula pada 9hb.Oktober 2012.Keterujaan saya akan bermula lagi untuk mengemaskini situasi..Biarkan biawak2 tu berpinau mata...ish..ish..ish...Tinggi harapan saya semoga anak-anak ini beroleh kejayaan yang cemerlang.Tiada ibu yang mahu melihat anaknya kecundang..

p/s : Ingat anak2..doa seorang ibu itu sangatlah mustajab

September 5, 2012

Syawal yg berlalu

Lambat bebenor dah rasanya nak mengucap Selamat Menyambut Syawal..Sibuk bebenor...Alih-alih syawal dah nak ke penghujung..

Dan entah kenapa syawal kali ni banyak pula permintaan yang menuntut keikhlasan hati ini..Dan entah kenapa pula hati ini menurut tanpa banyak bicara...Wallahuaklam...Perlu istiqamah dalam banyak perkara ..Semoga Allah menggantikan dengan perkara yang penuh dengan seribu kebaikan berlipat kali ganda...

Tumpuan saya sekarang adalah dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR..bedebau-debau rasanya..Semoga mereka pun istiqamah juga...

August 6, 2012

Ramadhan semakin menginsafkan vs iftar dimana-mana

Pejam celik dah pertengahan ramadhan..Waaahhh...lama tak update..Tak tahu apa yang disibukkan..
Entah..pegang je papan kekunci, mata mula la mengkuyu..

Sejak hari pertama berpuasa kecuali hari sabtu dan ahad, berbuka saya adalah didalam kereta..heh!!Almaklumlah penghantaran mangkuk tingkat saya tetap berjalan seperti biasa, Disebabkan jarak setiap lokasi adalah berbeza, maka berbuka sajalah dalam kereta..Mesti ada sebotol teh tarik, sebotol air kosong, kurma dan sedikit kudapan, lepas tu pecut la balik rumah, takut terlepas maghrib pula..

Lepas terawikh, ada juga penghantaran selepas sembahyang terawikh, hanya sebuah rumah, dan jarak pun tidaklah jauh.

Ada satu tahap memang terasa lelah dan penatnya...Penat..?memang hari-hari penat....Tapi bila memikirkan semula perkhidmatan yang saya berikan adalah perkhidmatan yang memudahkan orang...perasaan tu surut sedikit...Moga Allah memberikan saya ganjaran yang berlipat ganda..Ada masanya saya rasa sangat gembira dan teruja untuk sediakan masakan dan penghantaran..Jangan tanya bila masa saya buat semua itu..yang pasti waktu pejabat saya tidak terganggu.

Apa yang saya perasankan adalah hari sabtu hari rehat saya ditambah pula ada saja jemputan iftar..wahh..berlambak-lambak makanan..Sabtu lepas ke Shah Alam, Family iftar..alhamdulillah berkesempatan  ke sana...berlambak-lambak makanan...tak tahu mana nak cubit..Yang pasti lepas berbuka, saya tak akan mengulang lagi..I'm full..heh!

June 5, 2012

Rabbani feat Dato'ustzh Nor Bahyah


MALAM AMAL SENTUHAN KASIH

Sibuk sesibuk sibuknya la ni..Sehingga habis hari kejadian baru boleh tidur lena.Jangan buang masa.Nak beramal tak perlu tunggu dan lihat.Segera hubungi saya untuk tempahan tiket. Sumbangan anda amat diperlukan dan amat..amat...amat dihargai.

Sekiranya tidak dapat pergi pembelian tiket berharga RM 10 sudah memadai dan tiket-tiket tersebut akan diagihkan kepada pelajar-pelajar miskin dan anak yatim..Jangan tunggu lagi sebelum tiket kehabisan..

Harga tiket - RM 25 (VIP)
                    RM 20 (DEWASA)
                    RM 10 (PELAJAR SEKOLAH)

SILA HUBUNGI - INTAN 013 3297204

May 24, 2012

Buah zuriat ~ cognation fruit...



Suka ati jer nak translate nama buah tu...

Ada orang nak kirim buah ni kat kiter sebab dah kahwin 2 tahun belum dapat tuai hasil.Kirimkan sekali dengan duitnya ya...kalau kirim air liur tengok jer la gambonya kat sini..

P/s = kredit gambar..google & en. ben

May 22, 2012

3 Serangkai @ 3 siblings



Gambar sudah memaknakan kata-kata.Picture tells the story.Tiga anak lelaki lahir dibawah bulan yang sama dimana si abang mendahului pada 03/05/2012 diikuti dengan diklang dan ilham pada berkongsi tarikh yang sama iaitu 07/05/2012.

"Ya allah jadikanlah mereka ini orang yang mendirikan sembahyang, mentaati perintah-Mu, meninggalkan larangan-Mu serta menghormati kedua orang tuanya"

April 23, 2012

Ekspedisi Broga











Hari kejadian adalah pada 11.5.2012..Well organized by me..my self..Ada 4 group tarik diri.Dua darinya adalah hari sebelum kejadian dan dua darinya adalah pada hari kejadian.Satu kena gout satu group lagi terdiri dari japanese kena masuk kerja last2 minute..

Namun nebermind yang follow pun ada 3 family itu pun sudah cukup dengan makanan yang melimpah ruah.Janji hajat sudah terlampias.

Banyak syiookss apabila kita dapat buat benda yang kita suka dan tak rasa penat pun..

April 20, 2012

I'm Back

Assalamualaikum wbkth ...


Haaaaaattttchhuuuummmmm....Ceh lama betul tak update..bersarang labah penuh sawang..

Sibuk tang mana tak tahulah..macam-macam hal..Bila nak update jer, jaro jemari terus kaku hilang akal pula..Entahlah..

Takpa..lepas ni kita akan sentiasa update blog ni..sayang kamu.

February 29, 2012

Berkat doa..jadi kembang semangkuk...


haaaa..ini yang mak nak bagitahu kenapa mak happy...

Semalam mak dapat result UPKK a.k.a UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA...itupun ustazah si abang yang bagitahu..Almaklumlah depa ni kejap datang sekolah kejap tak..Sibuk bersukan awal-awal tahun ni..

Alhamdulillah ALIF AMIRUL AIMAN  mampu meraih 6A 2B. In detail tak tahu subjek apa yang B sebab tak mai sekolah..Tunggu next week.Sebenarnya ustazah mensasarkan keputusannya 8A..namun bak kata alif - " Abang dah berusaha setakat yang mampu.."

Namun... Alhamdulillah..sejuta kesyukuran dipanjatkan..Mak ni pun faham masa tahun 4 berapa lama pula dia tidak sekolah..bertarung dengan sakit...

Ya-Allah sejuk rasanya perut ini mengandungkan anak ini...Tetapkanlah imannya Ya-Allah..teguhkan pendiriannya Ya- Allah...

Mak memang kembang penuh semangkuk..!!!

Mutiara Gemilang, PIBG, Kembara, Menuju Puncak


Baru hari ini ada free masa nak update...sebabnya..hati mak tengah happy.Kenapa..? Nanti Mak cerita..

MUTIARA GEMILANG

Pada 4hb Februari 2012 yang telah lama pun lepaass..telah diadakan program yang dinamakan "Mutiara Gemilang", bertempat di dewan Sekolah Kebangsaan Ampangan..(..ooouhh...sekolah yang kucintai...serius..!!)

Program ini adalah program kecemerlangan akedemik khususnya dalam meningkat kualiti dan pencapaian UPSR 2012. Ia mensasarkan semua murid tahun 6.

Sebagai mak dan ayah yang prihatin terhadap kejayaan anak-anak..kedatangan adalah diwajibkan..(tuk saya dan suami)..Tahniah diucapkan kepada semua ibu atau bapa atau ibubapa yang hadir pada hari tersebut..Halangan bukanlah satu kekangan (i like this...!!)

Serius nak habaq mai sedih juga bila ada parents yang kedua-duanya tidak hadir, maka apabila sessi motivasi yang ada tangis menangis anak-anak ni tak dak bahu yang nak disangkut tak dak makpak yang nak dipeluk..Mungkin masing-masing adahal tak dapat dielakkan..Wallahuaklam.And..yang paling utama biasalah program-progaram begini rata-rata dihadiri oleh kaum mak-mak..manakala kaum pak-pak..bak kata motivator spesis yang makin pupus ni..kehadiran adalah mengecewakan.

Satu program yang menarik.(bagi saya..lain mak x tahu) sebab berjaya memupuk motivasi buat diri saya sendiri, suami dan terutama anakku sayang Alif Amirul Aiman.Lebih mengeratkan hubungan  kekeluargaan kami dan paling saya nampak adalah kesungguhannya untuk menggapai kecemerlangan..."ibu..abang nak masuk asrama penuh bu..."sejuk je masuk lam telingo..Satu lontaran perasaan tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Info yang saya dapat disitu :

1- 2011 = 669 orang pelajar di buang sekolah
             =  90% adalah masalah ponteng sekolah (solat tinggal..shahadah pun ada yg lupa....hoooo...scary)

Solat ni..makpak perlu ambil peranan.Tersangatlah penting..kalau makpak sebagai tiang seri tidak menjalankan peranan yang sepatutnya..antara akibatnya...seperti yang saya nyatakan di atas...Jika usaha ibu bapa cincai..maka hasilnya juga c.i.n.c.a.i.....

P.I.B.G

8hb Februari pula mesyuarat agung tahunan PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU  dirasmian oleh Yb Shamsulkahar.

Seperti biasa kehadiran adalah diwajibkan tuk diri sendiri dan suami.. Silalah hadir ye tuan2 dan puan2..supaya kita tahu akan perkembangan,perjalanan, permasalahan anak disekolah serta ibubapa dengan guru. Alhamdulillah pada kali ini saya terpilih menggangotai salah seorang AJK ibu bapa..Semangat ni..semangat nak bekerja...hauhauhauahau....

KEMBARA

Program Kembara Bahasa Inggeris & Matematik telah dirasmikan pada 24hb Februari 2012 baru-baru ini. Ia adalah program kerjasama diantara S.K Ampangan dengan Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.

Objektifnya adalah untuk memberi motivasi dan membimbing murid-murid tahun 6 yang ada kelemahan dalam subjek tersebut..bagus juga sebab anak-anak ini dibimbing oleh abang2 dan kakak2 yang mahir dalam subjek tersebut. Sessi akan bermula pada setiap Sabtu bermula April ini.

Ibubapa diminta memberi kerjasama supaya anak-anak yang terpilih ini hadir pada tarikh yang ditetapkan.Rasa di hati macam nak aje Alif joint..tapi dia diletakkan di group yang lain..( Tamaknya kau jahhh..!!)

MENUJU PUNCAK a.k.a MUTIARA GEMILANG MENUJU PUNCAK

25hb & 26hb Februari 2012.Haa...ini pula adalah sessi group Alif bersama 40 orang lagi murid tahun 6 yang terpilih. Mereka ini adalah murid yang bertuah dan dijadikan sasaran 5A. Lokasi pula adalah di Cameron Higlands..Betul-betul puncak.

Jangan salah faham pula..Nanti ada pula yang buat spekulasi murid-murid lain tak de chanses ke nak dapat 5A? Murid-murid ni ada kategorinya..Yang lemah takkan disaingkan dengan yang pantas..penerimaannya kan tak sama.. Formulanya senang saja..toksah dok gaduh-gaduh..
- Yang A kita kekalkan A
- Yang ada B atau C kita naikkan ke A
- Yang ada D kita naikkan sekurang-kurangnya B.dapat A terus lagi bagus..
- Yang G.A.L.U.S (gagal-lulus) kita bagi lulus.

Senangkan..?Memang mustahil untuk kesemua pelajar tahun 6 mencapai 5A.,tapi tak mustahil untuk dapat 5A..Bukan sahaja anak murid yang perlu berusaha, mak ayah kena mainkan peranan juga baruuu seimbang.Daannnn...tak mustahil jika murid gred A ni tak capai sasaran..sebabnya kita biarkan diri kita dan anak-anak berada dalam zon yang selesa..Itu bahaya...Peringatan untuk diri sendiri juga.!!

***Nota kaki...ha!! tu lah masa ambil duit bantuan RM100 ari tuh tak nak dengar betul-betul sessi penerangan postmortem UPSR 2011..Dok nampak  duit jer. Bila sekolah dah mula buat program mulala nak hangin hangit tak tentu pasai...Adoiiiiyyyaaiii... (makkk aiii...barisan penyokong ni tiba2...hahaha)

Objektif program ini adalah supaya murid2 ini mengenalpasti laluan akedemik mereka kearah pencapaian cita2.Mereka akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan masing2..macam biasalah juga pasti ada sessi motivasi..

Makin berkobar-kobar nampaknya sang abang ini..Saya pula tak dapat sertai mereka sebagai fasilitator..si kakak masuk wad ditambah pula en suami takda..adalah hikmahnya..

Semoga semangat Alif akan kekal dan prestasinya juga meningkat sehingga mendapat keputusan yang cemerlang UPSR nanti..Amin...

UPSR 5A...UPSR 5A... Semangat nih...!!!!


        

February 27, 2012

Kasih Ibu Teman Perjalanan..

Fikirkan dari saat-saat anda keluar dari rahim ibumu.Sehingga anda boleh wujud dan hidup seperti hari ini dan membaca entri ini..Tidakkah anda semua merasa rindu dengan ibu?...

Sungguh saat Fatin di tolak ke wad, hati mak ini menangis, robek rasanya..Besar harapan  semoga doa sang ibu ini diperkenankan oleh Allah Ta'ala..Berikanlah kesembuhan segera padanya..Saat dia menangis tatkala dicucuk sang jarum, hati mak ini telah terlebih dahulu menangis.. menahan sendu dalam senyuman..Biar anak nampak maknya ini tetap gagah tanpa ayah disisi..

Biar si anak nampak maknya tetap senyum di tolak kesana kemari, kerana kesilapan pendaftaran wad.Tetap dalam hati ada bara. Memang si anak tahu maknya ini keletihan...sebab dalam hati mak ingin segala urusan cepat-cepat selesai.Biar si anak nampak maknya ini tetap tenang waktu pulangnya kerana jarum sudah mencecah ke angka dua pagi..(sebenarnya hati mak memang goyah) Semuanya mak lakukan supaya jiwa anak mak ini juga kental..Alhamdulillah,, anak mak ini seorang yang berdikari.Kental jiwanya. Dia faham maknya sendiri..Tak perlu susah-susahkan mak.Semuanya diuruskannya sendiri, ke tandas sendiri, mandi sendiri.Mak faham agak sulit jika ada jarum yang melekat dikulit.Ada botol yang perlu diusung..Alahamdulillah....Semoga kau terus begini hingga dewasamu kelak..

January 27, 2012

Bila hati terbelah...

Sekali-sekalo bila hormon tak stabil..meluah raso pado sang pemimpi...

sekala sekali di bila-bila yang disudi
minta dijengahkan tanpa benci
sekala sekali di masa-masa yang dibagi. 

... mak aku dipanggil pulang semula. untuk bertahun lama.
cepatlah ramadhan, pulang pada genggaman aku. 
aku rindu dia.....

January 17, 2012

2012 - Laluan sukar dan berbukit

Haha..tajuk entry ada-ada saja.Alahamdulillah 2012 sudah menjengah.Alhamdulillah masih lagi menghirup udara nikmat kuniaan Allah.Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga kerana dapat menghadapi ujian yang sangat getir pada penghujung 2011 tempohari. Hanya Allah saja yang tahu perasaan tika itu.Semuanya adalah kifarah dari Allah supaya saya, suami dan seisi keluarga jangan lalai dan sentiasa mematuhi syariaatNya..

Tahun 2012 adalah exam year kami.Tak boleh duduk relax dan goyang kaki.Kakak PMR and abang UPSR...Hari-hari apabila terjaga dari tidur selain menuturkan Alhamdulillah, perkataan pertama yang keluar terbit dari hati naik ke minda ditutur ke bibir.."UPSR 5A, PMR 9 A's Straight.." Besar sungguh doa dan harapan si ibu..Ini doa ye kawan-kawan.Bila mengejutkan si abang dari tidur.."Abang bangun..UPSR 5A...sebut...UPSR 5A".. Ini sebenarnya adalah sebahagian dari 'POWER OF ATTRACTION'..(senang-senang nanti saya akan huraikan serba sedikit yang saya tahu mengenai kaedah ini).

Amat besar harapan saya agar anak-anak dapat menjulang kejayaan yang besar pada tahun ini.Kakak menjadi contoh dan abang adalah penyuntik semangat untuk kejayaan adik-adik mereka.Maka saya berjanji dan tekad sepenuh hati agar segala keperluan pelajaran mereka akan cuba dipenuhi walau perlu bersusahpayah....sanggup saya berkorban untuk mereka.Memang tinggi munajat saya agar pada tahun ini rezeki kami akan lebih bertambah, bertambah, dan bertambah lagi....Doa sang ibu kan mustajab kawan-kawan..

Untuk program pertama pada tahun ini dimulai dengan Abang yang mana sessi motivasi keibubapaan telah dijalankan pada hari Sabtu lepas.Seterusnya mereka akan menjalani 'Program Saujana Menuju Puncak' berlokasi di Cameron Highlands yang mana sepanjang perjalanan mereka nanti penuh dengan aktiviti pengisian ilmu..(Psssttt...Cikgu....mak ni harap sangat dapat jadi Parents Fasi...keh..keh..keh...eih..sungguhla cikgu!!!)

Untuk kakak belum ada makluman dari pihak sekolah.Harapan saya semoga mereka juga dibekalkan dengan program-program yang membina jatidiri.

ps- This week abang menyertai perlawanan bola tampar bertempat di Sek. Kebangsaan Paroi
      After Chinese New Year kakak menyertai larian merentas desa peringkat Daerah di Sekolah Menengah    Zaaba..This also mak dah warning2 them jangan dok leka..haisshhhhhh