Sekiranya putaran roda saya kini dibawah, saya berdoa agar Allah membantu dan memberikan saya kekuatan dalam mengharungi semua ujian dengan tabah.Saya redha mungkin ini juga sebagai penghapus dosa-dosa lampau saya.Semoga kitaran roda saya akan bergerak keatas sedikit masa lagi dengan keizinan-NYA.Allah maha besar.
September 26, 2012
Katakan apa saja-Rancu kehidupan
Sekiranya putaran roda saya kini dibawah, saya berdoa agar Allah membantu dan memberikan saya kekuatan dalam mengharungi semua ujian dengan tabah.Saya redha mungkin ini juga sebagai penghapus dosa-dosa lampau saya.Semoga kitaran roda saya akan bergerak keatas sedikit masa lagi dengan keizinan-NYA.Allah maha besar.
diari hati ilhamhainy at 11:37 AM 0 comments
UPSR oh PMR
UPSR memang dah berlalu tapi daku still nak update..Sejak-sejak pakai wirelessssssss ni...adooiii line selalu bermasalah..penyebab untuk malas nk update blog.
Sepanjang 3 hari peperiksaan, saya memang tak putus-putus berdoa agar Allah permudahkan urusan anak.Berdoa semoga diberi idea2 yang bernas..Ada sahabat mengatakan terujanya saya kerana sentiasa memberi laporan terkini di facebook.Sebenarnya ia adalah salah satu cara untuk saya mengurangkan tekanan.Tak peduli apa orang lain nak kata..setiap orang penerimaannya tak sama..betui..?Ada pula biawak yang berkata kemain lagi heboh anak ambik peksa..tak dapek 5A tak taulah..buek malu yo..Tak pe saya mampu menyerap apa saja..Apapun hanya munajat, doa dan tawakkal semoga keputusan yang keluar nanti tidak menghampakan.
Debaran saya masih belum berakhir.PMR akan bermula pada 9hb.Oktober 2012.Keterujaan saya akan bermula lagi untuk mengemaskini situasi..Biarkan biawak2 tu berpinau mata...ish..ish..ish...Tinggi harapan saya semoga anak-anak ini beroleh kejayaan yang cemerlang.Tiada ibu yang mahu melihat anaknya kecundang..
p/s : Ingat anak2..doa seorang ibu itu sangatlah mustajab
diari hati ilhamhainy at 10:22 AM 0 comments
September 5, 2012
Syawal yg berlalu
Lambat bebenor dah rasanya nak mengucap Selamat Menyambut Syawal..Sibuk bebenor...Alih-alih syawal dah nak ke penghujung..
Dan entah kenapa syawal kali ni banyak pula permintaan yang menuntut keikhlasan hati ini..Dan entah kenapa pula hati ini menurut tanpa banyak bicara...Wallahuaklam...Perlu istiqamah dalam banyak perkara ..Semoga Allah menggantikan dengan perkara yang penuh dengan seribu kebaikan berlipat kali ganda...
Tumpuan saya sekarang adalah dengan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan PMR..bedebau-debau rasanya..Semoga mereka pun istiqamah juga...
diari hati ilhamhainy at 12:07 PM 0 comments