June 23, 2011
Sejuk perut weh...
diari hati ilhamhainy at 11:44 AM 2 comments
June 21, 2011
Hari-hari hari Ayah..Bila-Bila pun Ayah juga....
That day on sunday was celebration for Father's Day...Early in the morning im sending a message...a wish..for my lovely one...
Kerut kulit mu lembut menyentuh kalbu
Celahan rambut putihmu memancarkan sinar kedamaian
Keras suaramu memberi ku kekuatan
Lemah tubuhmu membangkitkan semangat untuk mengabdi
Ayah adalah ilham dalam hidupku
Ayah adalah pembimbing
Jika mungkin ku terlahir kembali
Ku ingin kau jadi ayahku lagi.
diari hati ilhamhainy at 5:03 PM 0 comments
June 13, 2011
Ulang tahun..untuk cinta teragung....
***Bonda tiada.... hati daku selalu dipaku..Dulunya dia pendamai...dulunya dia penyejuk jiwaku....
diari hati ilhamhainy at 2:07 PM 0 comments
June 9, 2011
Hati di Garuk
diari hati ilhamhainy at 4:12 PM 0 comments
June 8, 2011
Maraton sehari di Darul Naim
Ayah pulak kata kalau dia tahu aku pergi n drive...dia x bagi pergi..sebab dah tahu camtu aku dah sampai baru infom dio...huhu....ampuunnnnn
diari hati ilhamhainy at 10:30 AM 0 comments
June 2, 2011
Kifarah II..Ujian ALLAH datang lagi...
"Sabarlah puan ye..berubat ni jangan putus asa.Allah bagi penyakit ni sebab DIA sayangkan kita.Sekadar menguji ketaatan hambaNya.Jangan putus wuduk dan cubalah baca Al-Quran..tak banyak sikit pun jadilah..Insya-Allah...sembuh"
Terharu..terharu dengan kata-kata ustaz. Pada takdir yang menimpa, kita susah untuk redha. Ujian yang datang, sabar tiada. Jiwa menderita.
“Ya Allah tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu, dan mentaati-Mu.”
***ustaz mujur pantang mu itu tak termasuk ayam dan telur..kalau tidak...ributtt...***
***wajib daku kuatkan lagi semangat***
diari hati ilhamhainy at 5:31 PM 0 comments
May 24, 2011
Tazkirah kematian buat sahabat...Azie
“Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan.” (Al-Munaafiquun: 11)Semalam saya mendapat khabar dari ruang laman sosial.Seorang sahabat telah pergi menemui Ilahi di subuh yang hening kerana serangan jantung.Alfatihah buat arwah Ainudin bin Ismail.
Menetap di Yan, Kedah. Meninggalkan seorang balu Noraziah Jantan dan 4 orang anak.Sayu dan hiba rasa dihati kerana mereka suami isteri pernah belajar bersama saya semasa di MARA kedah. Banyak kenangan pahit manis dilakar bersama.Tiada kudrat dan kemampuan untuk saya menziarahi keluarga yang di tinggalkan.hanya doa yang mampu saya kirim.Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diangkat olehNya bersama-sama orang yang beriman.
Kematian ini haruslah diambil pengajaran . Renungkanlah ayat terakhir surah Al-Munaafiquun. Allah telah tegaskan, bahawa tatkala tiba saat kematian, takkan terlewat sedikitpun. saya sendirientah bila akan pergi. Sebentar lagi? Besok? Minggu depan? Bulan depan? Atau mungkin beberapa saat lag.Wallahuaklam.
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan
berkata-kata dan seluruh isi alam sama
ada di langit atau bumi akan
mendengarnya kecuali jin dan manusia.
Apabila mayat dimandikan, lalu roh
berkata : "Wahai orang yang
memandikan, aku minta kepadamu kerana
Allah untuk melepaskan pakaianku
dengan perlahan-lahan sebab pada saat
ini aku beristirahat daripada seretan
malaikat maut". Selepas itu, mayat
pula bersuara sambil merayu : "Wahai
orang yang memandikan, janganlah
engkau menuangkan airmu dalam keadaan
panas. Begitu juga jangan menuangnya
dengan air yang dingin kerana tubuhku
terbakar apabila terlepasnya roh dari
tubuh".
Apabila dimandikan, roh sekali lagi
merayu :"Demi Allah, wahai orang yang
memandikan jangan engkau menggosok aku
dengan kuat sebab tubuhku luka-luka
dengan keluarnya roh". Setelah dimandi
dan dikafankan, telapak kaki mayat
diikat dan ia pun memanggil-manggil
dan berpesan lagi supaya jangan diikat
terlalu kuat serta mengafani kepalanya
kerana ingin melihat wajahnya sendiri,
anak-anak, isteri atau suami buat kali
terakhir kerana tidak dapat melihat
lagi sampai Hari Kiamat.
Sebaik keluar dari rumah lalu ia
berpesan : "Demi Allah, wahai
jemaahku, aku telah meniggalkan
isteriku menjadi Balu. Maka janganlah
kamu menyakitinya.Anak-anakku telah
menjadi yatim dan janganlah kalian
Menyakiti mereka. Sesungguhnya pada
hari itu aku telah keluar dari rumahku
dan aku tidak akan dapat kembali
kepada mereka buat selama-lamanya".
Sesudah mayat diletakkan pada
pengusung, sekali lagi diserunya
kepada jemaah supaya jangan
mempercepatkan mayatnya ke kubur
selagi belum mendengar suara anak-anak
dan sanak saudara buat kali terakhir.
Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak
tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai
saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia
sebagaimana ia memperdayakan aku dan
janganlah kamu lalai ketika ini
sebagaimana ia melalaikan
aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa
yang aku telah aku kumpulkan untuk
warisku dan sedikitpun mereka tidak
mahu menanggung kesalahanku". "Adapun
didunia, Allah menghisab aku, padahal
kamu berasa senang dengan keduniaan.
Dan mereka juga tidak mahu mendoakan
aku".
Ada satu riwayat drp Abi Qalabah
mengenai mimpi beliau yang melihat
kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu
keluar dari duduk di tepi kubur masing-
masing. Bagaimanapun tidak seorang pun
ada tanda-tanda memperolehi nur di
muka mereka. Dalam mimpi itu, Abi
Qalabah dapat melihat jirannya juga
dalam keadaan yang sama. Lalu dia
bertanya kepada mayat jirannya
mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat
itu menjawab: "Sesungguhnya bagi
mereka yang memperolehi nur adalah
kerana petunjuk drpd anak-anak dan
teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai
anak-anak yang tidak soleh dan tidak
pernah mendoakan aku".
Setelah mendengar jawapan mayat itu,
Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya
dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka.
Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah
akan mendoa dan bersedekah untuk
bapanya. Seterusnya tidak lama selepas
itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi
melihat jirannya. Bagaimanapun kali
ini jirannya sudah ada nur dimukanya
dan kelihatan lebih terang daripada
matahari.
Baginda Rasullullah S.A.W berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang
itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil
dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua
telapak kakinya sehingga sampai
kelutut. Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai
ke perut dan kemudiannya mereka
keluar. Datang lagi satu kumpulan
malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke
dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan
akhir sekali datang lagi satu kumpulan
malaikat masuk dan menarik roh dari
dadanya hingga sampai ke kerongkong
dan itulah yang dikatakan saat nazak
orang itu."
diari hati ilhamhainy at 11:07 AM 0 comments
May 19, 2011
daTin yAnG OhsEm....
Semalam saya ada date dengan seorang datin di butiknya.First Impression saya mengatakan 'cam kerek jer' ketika mula-mula menghubunginya. sebab tu lah keluar pepatah omputih 'DON'T JUDGE THE BOOK BY IT COVER'.
Asal urusan saya adalah melalui staf beliau (mungkin!). Setelah berbalas message dan deal pun dah dibuat si jack sparrow tu menyuruh saya menghubungi datin B. ah ! sudahh...sapo pulok dio ni...?Akhirnya barulah saya tahu yang empunya butik itu adalah datin B dan jack sparrow ni sebagai orang tengah sahaja...
Takpalah,jumpa sajalah. Lagi pun hari rabu hari biru hari yang sangat elok untuk make a deal!!tak caya..? tak caya sudah...!!
Sampai di kedainya..ouhh awesome...cantiknya butik..Saya perkenalkan diri kepada staff beliau. Then saya terdengar satu suara di celah-celah kain..
Ouh...Hainy ye...come dear come mari masuk terus pejabat akak..Cantiknyaaaaaa........Lemah lembut lagi..(Salah dah impression aku tadi..!)
Rajinnya dia bercerita...macam-macam..Pendek kata tak banyak songeh..Sonang den.Agak terharu dan kagum mendengar kisah bagaimana dia convert ke Islam pada usia 19, dihalau keluarga, melarikan diri ke benua eropah untuk sambung belajar, scholarship tak cukup buat part time basuh pinggan mangkuk, selepas 7 tahun Islam baru mendirikan rumahtangga dan akhirnya keislamannya diterima oleh seluruh ahli keluarga...sangat tabah.
Tapikan...saya dok pandang jam ..tik.tok..tik.tokk..urusan tak selesai, lunch time hampir tamat...huhu..jauh ni nak kejar balik ke opis...
Antara kata-kata dia yang sangat terkesan di hati:
~ Tak salah kalau kita minta maaf walaupun kita tak bersalah..No harm..sebab orang akan lebih menghormati kita.(dio slow talk ngn setap ei suh apologise to somebody walau dio tawu setap ei x salah!!Cakap elok2 ye sayang...)
~ Rezeki yang kita dapat bukan semua untuk kita...untuk mak...untuk ayah...untuk adik beradik dan orang keliling...Jangan takut besedekah..Lagi luas rezeki kita...(ini memng saya pegang dr dulu)...
Macam-macam dia bercerita sambil mata saya senget melirik ke arah jam..lebih masa dah ni.Disamping tu saya menunggu beliau mengisi beberapa borang yang perlu ditandatangani..At last ...selesai juga...deal juga..Alhamdulillah..Tapi Datin B..kamu memang ohsemlah..sangat kagum dengan kamu..
**lunch ni kena g blik butik dia, ada beberapa dokumen yang perlu diambil.
**berhajat nak belek baju di butik kamu..hari ni bawa frens..semalam malu dan cemas..
diari hati ilhamhainy at 12:24 PM 0 comments
May 16, 2011
Rasa Heaven idup atas tajaan...57th. ROYALTY CONVENTION
diari hati ilhamhainy at 6:51 PM 0 comments












