July 20, 2011

Another Anniversary

Rupanya kami bertiga dibawah zodiak yang sama..dibawah naungan CANCER..

Sudah menjadi teman ayah kini.Semoga gumbira disamping yang tercinta.Ranjau hidup suka duka me simpan hingga akhir hayat..

"Dirahmati Allah selalu, dikurnia kesihatan yang baik " amin.

July 19, 2011

Sama Tarikh lain Tahun Tak sama waktu

Hari ni adalah ulang tahun kelahiran me dan adik yg ke-3..... Ahmad

Selepas 7 tahun genap saya dilahirkan..barulah ahmad lahir ke dunia...dengan penuh susah payah mak nak mendapatkan kau tawww..entah berapa kali keguguran dan galak kali berurut.Puas jugak i manje2.

Semoga bertemu jodohnya adikku ini..bertambah amalanmu, kamu sihat-sihat selalu..Sama juga dengan me..

'EPPY BUFDAY TO ME AND TO YOU'

"""KAK NGAH NAK KAMU TAHU  KAK NGAH SAYANG SAMA KAMU!!""

July 17, 2011

-----++++++++----

Terbit rasa syukur kerana mempunyai dua orang puteri.Si sulung dan si Bongsu..Andai daku menutup mata harap si kakak dapat menjaga adik, yang adik pula boleh bermanja dengan kakak seorang. Tidaklah sepi, merasa terasing, dipinggir atau terpinggir malah tidaklah emo tak  mengenal tempat.Harap kakak dapat membimbing adik-adik, disandarkan seumpama ibu...

Syukurlah..umur masih diperpanjangkan lagi untuk terus menghirup nikmat Allah, menempuh segala ujian dan badai, mendengar gelak tawa dan tangis si anak.

HAPPY BEFDAY IN ADVANCE TO ME...
EHEH..EHEH..HEHE

July 14, 2011

Nak JEALOUS boleh kah?

cam ghase nak jeles lak..ark.ark..arkk
Kem Ibadah di SMA NILAI on 10 julai yang lepas
Sapa tuh?
Imam muda ARAN
buat nantu boleh..
ark...ark...ark

July 13, 2011

Ku redha dengan ujian MU...

Sudah beberapa perawat yang ku jumpa namun belum membuahkan hasil.Mungkin tak bertemu keserasiannya lagi. Sendu hati saya melihat tangisan si anak yang menangis saban malam dan seawal pagi menahan sakit dan bisa di kaki.

Abang yang dulunya ceria kini muram kembali. Dia yang dulunya aktif di padang kini hanya mampu merenung sayu gelanggangnya.. Besar sungguh ujian yang kau berikan padanya ya Allah diusia dia yang masih hijau.HambaMU redha ya Allah dengan ujianMU..Anggap sahaja ini adalah kifarah untuk kami yang mungkin terlalai seketika.

Ibu tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abang.Ibu doakan agar abang akan mendapat ganjaran yang terbaik dari Ilahi suatu hari nanti.

Kuatkan hati daku ya Allah..Tetapkan iman hambaMU ini tunjukkan kami kejalan yang benar agar tidak tersasar dari jalan MU..

*** Tesedu2 Alif menangis malam tadi disaat daku menyatakan semuanya adalah ujian dari Allah untuk hambaNya yang sabar. Allah sayangkan abang sebenarnya...***
*** Tangisan itu menandakan dia benar-benar sakit dan tak tertahan menanggungnya..

Hari Potensi Tadika Kemas

amik masa mak nak wat posting nih..

03 Julai yang lepas adalah Hari Potensi Tadika Kemas peringkat DUN..Tahniah buat semua warga kerja termasuk...me....eheh...ehem...kerana kerja keras dan kesungguhan semuanya telah membuahkan hasil..Sungguh seronok anakku yang seorang ini sampai tidur dengan piala.







Agak terkilan sikitlah sebab saya tak dapat nak attend sebab menunaikan tugas-tugas amanah negara.Takpe..peringkat Parlimen nanti i'll make sure i kan dapat attend..Tika ini pun anak-anak yang dirahmati ini telah memulakan sessi latihan untuk step yang seterusnya bagi peringkat seterusnya..Go..Go.. anakku..!

*** Fatin pula hanya pingat gangsa bagi acara 200m sebab terseliuh..rojoki x do

June 28, 2011

Muka KLASIK wajah LEGEND

Suka suki pulak tengok wajah-wajah ini..Hapsal..?kecoh..? Jeles...? Punya sukalah...!! Tampar nak..?





Layaannn...

June 27, 2011

OMG....baru ku tahu..pencen PENAKAT dan Khairat kematian

Last saturday saya berkesempatan menziarahi seorang teman yang telah hampir 6 bulan kematian suami..Hari-hari lalu depan rumah..tapi tak nyempat-nyempatnya nak nyinggah..

Kak In ni ada lima anak semuanya tengah menaik.Si sulung sedang belajar di Uitm Melaka..Second pulak baru daftar kat USM P.Pinang.Nombor 3 tingkatan 3 seterusnya tingkatan dua dan last darjah 4.Anak-anak dia semuanya bijak-bijak sokmo..

Arwah suami kak In dah lama tak bekerja adalah dalam 10 tahun..Kasihan juga tengok Kak In walau berjawatan dalam institusi kewangan, tapi nak menanggung 5 anak dan suami...mana cukuppp...Arwah suaminya dikesan mengidap kanser otak dalam dua tahun sebelum ini yang mana akhirnya menghembus nafas terakhir..Ku kira beliau tidaklah begitu terhimpit sebab sebelum ni kak In yang mencari rezeki cuma dari segi urusan rumahtangga ni dia agak kacau bilau sedikit kot sebab urusan sebelum ni si arwah yang uruskan...Hmm..lebei kurang sura rumahtangga..

Apa yang saya nak highlight kat sini ialah tentang Pencen Penakat.Ialah selepas suami dia meninggal...Kak In ni cuba2lah bertanya pada SOCSO..pada EPF, pada ASB..dan pada mana-manalah yang boleh dikorek..Ialah kita ni bukan jutawan, kalau pergi tinggalkan hutang..jadinya waris yang hiduplah kena ambil alih..Kak In pergi pun setelah digerakkan oleh ayah dia untuk cuba-cuba bertanya..kot-kot..kalau-kalauu..haaa....biasalah ayat orang kita.

Rupanya ada satu pencen dinamakan 'Penakat' yang disediakan oleh socso untuk waris yang tinggal.Seumur hidup pulak tu..Bayaran dikira 50 % mengikut gaji terakhir sebelum meninggal.Apa....?tu pun kau tak tawu...?Eleh...ramai orang tak tahu sebenarnya dan tak malu ai nak ngaku ai pun tak tahu..So, bawalah sijil kematian dan rujuklah  pada pihak Socso..Satu lagi.. waris juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM 1500..Lega dah sikit kat situ..kann?Sapa nak bagi ye tak..kalau ada cover insuran lain cerita...ini bagi yang tiada perlindungan lansungg...jangan ingat dunia kiamat terus..ini untuk mereka yg ada potongan Socso saja yerr..Ramai orang hanya tahu PENCEN ILAT.


"Setiap majikan bertanggungjawab untuk membuat caruman Perkeso pekerja kerana mereka berhak mendapatkan hak perlindungan keselamatan sosial.
“Bagi majikan yang tidak berbuat demikian mereka dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya.
“Setiap pekerja layak untuk didaftar dan dicarumkan sama ada bekerja sementara atau kontrak"

So, pastikan majikan anda membuat caruman..okkeyyy...

Untuk maklumat lanjut sila layari laman WEB PERKESO...situ maklumat adalah lebei lanjuuuttt...

Kemudian..Kak In rujuk pula pada EPF atau KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.Dapat juga dia khairat kematian  RM 2500..Lega sikit lagi..Yang tak syoknya...EPF arwah ni tak berpenama.....panjang ler juga kisahnya..Panjangla vevel ai pada en.husban didokong pula oleh Kak In..Contoh kisah perebutan duit EPF ni banyak dikeliling ai.Duit la namanya..tak adik berhadek..tak emak bapak..Fullstop..Kasihanila anak-anak waris yang tinggal ni weeiii...(Tapi ai lega da sebab da seret en.husban ai betulkan penama)

Ada yang kata ''ooohh..eden tak nak do lotak namo laki/bini den lam epf doh..sok den mati berjo-oh (joli) diewrang ngojokan...!!"
Apala ke singkat bonar akal korang nih...mati tu ninggalkan ghoto (harta) menimbun ko..?tak do hutangko..?Wasiatkan la kek pasangan korang..bla...bla...bla...itupun nak ajar ko..(Ini pendapat ese..tak yah nak jadi bahan dobat pulak!!)

Kemudian, Kak In ni rujuk pula pada ASB...sebab katanya rasa-rasa arwah ni ada buat simpanan..Bawa sijil kematian so pihak depa akan semak la..Dapat la khairat kematian RM 200..rezeki lagi..simpanan pun tak banyak mana.Syukurlah.

Kesimpulannya....
- Apabila pasangan kita meninggal dunia, janganlah cepat panik.Ambil langkah sewajarnya dan cari orang yang dipercayai untuk dirujuk..
- Setiap pasangan seharusnya mengishtiharkan kepada pasangan masing2 apa yang kita terhutang dan mana2 simpanan.Semuanya untuk kemudahan mereka (Anak bini yg tinggal la.. nanti.)**yang ini pun ese tak declare lagi nih..huhu
- Bersegeralah meletak penama pada EPF kita atau kemaskini semula..Penting ni dooo...Kalau u olls tak buat menangis anak bini yang tinggal. Kisah EPF ni banyak contoh kat ese no..Orang2 yang ese konal lah!!

So, untuk keterangan lanjut sila layari laman web yang berkenaan. Tidaklah sia-sia kunjungan saya pada hari tersebut malah mendapat pahala..insya-Allah..aminn..disamping mendapat info yang sangat berguna..
Syukurlah.

June 24, 2011

Escapism...ouh ku berlari

macam nak ke arah exhausted pula rasanya...

25/06/2011 - Jumaat 2.30 petang
                     Pendaftaran si abang untuk kem motivasi dan teknik menjawab            soalan untuk KAFA
                     Bila-bila masa saja dari waktu diatas akan terima panggilan dari si kakak.."Ibu, Atin da sampai  komuter. "   

***Yuhuhuuu...dalam keadaan ayah dia pulak tak leh terlewat masuk kat kompeni israel tu sebab time lunch tu da berpunc-card.Semua jatuh atas bahu jemala fatek!!  
***Yang sibuk ngengada tu tak da anak dan sorang tu tak beranak..maka tak faham situasi orang macam kami ni..takpalah...syukurlah.

26/06/2011 - Gototng royong penduduk pukul 8.30 pagi
               - Gotong royong untuk Tabika Kemas (tak pernah lagi joint sebelum ni) 

**** Solution - berbagi dua agak-agaknya nanti.Tapi..ai malu nak go alone-alone..

03/07/2011 - Pertandingan menari untuk Tabika Kemas di Taman Kobena -  Ilham turut serta
                  -  Sukan di USIM Nilai - Fatin turut serta acara balapan 100m, 200m, 400m, 
                     4 x 100m(bawah 18 ando dio sobut namo sukan tu..lupo mak!!)tak leh nak kataapa ~ like mother like dotter
                   - Mesyurat keluarga BKK juga was on that day. Last week ayah  ada minta ai masak tapi  no confirmation yet..satu hal lagi kalu x attend cam x sedap plak sebab reason kenderaan da x valid...haha...no war..sori ler cakap terang punyer..
*** So how...? nak kerat  berapa pulak bodi ai nih...?