July 20, 2011
Another Anniversary
Sudah menjadi teman ayah kini.Semoga gumbira disamping yang tercinta.Ranjau hidup suka duka me simpan hingga akhir hayat..
"Dirahmati Allah selalu, dikurnia kesihatan yang baik " amin.
diari hati ilhamhainy at 11:48 AM 0 comments
July 19, 2011
Sama Tarikh lain Tahun Tak sama waktu
diari hati ilhamhainy at 5:19 PM 0 comments
July 17, 2011
-----++++++++----
diari hati ilhamhainy at 4:36 AM 0 comments
July 14, 2011
Nak JEALOUS boleh kah?
diari hati ilhamhainy at 10:11 AM 0 comments
July 13, 2011
Ku redha dengan ujian MU...
Abang yang dulunya ceria kini muram kembali. Dia yang dulunya aktif di padang kini hanya mampu merenung sayu gelanggangnya.. Besar sungguh ujian yang kau berikan padanya ya Allah diusia dia yang masih hijau.HambaMU redha ya Allah dengan ujianMU..Anggap sahaja ini adalah kifarah untuk kami yang mungkin terlalai seketika.
Ibu tetap mendoakan kesejahteraan dan kesihatan abang.Ibu doakan agar abang akan mendapat ganjaran yang terbaik dari Ilahi suatu hari nanti.
Kuatkan hati daku ya Allah..Tetapkan iman hambaMU ini tunjukkan kami kejalan yang benar agar tidak tersasar dari jalan MU..
*** Tesedu2 Alif menangis malam tadi disaat daku menyatakan semuanya adalah ujian dari Allah untuk hambaNya yang sabar. Allah sayangkan abang sebenarnya...***
*** Tangisan itu menandakan dia benar-benar sakit dan tak tertahan menanggungnya..
diari hati ilhamhainy at 10:31 AM 2 comments
Hari Potensi Tadika Kemas
amik masa mak nak wat posting nih..
03 Julai yang lepas adalah Hari Potensi Tadika Kemas peringkat DUN..Tahniah buat semua warga kerja termasuk...me....eheh...ehem...kerana kerja keras dan kesungguhan semuanya telah membuahkan hasil..Sungguh seronok anakku yang seorang ini sampai tidur dengan piala.
Agak terkilan sikitlah sebab saya tak dapat nak attend sebab menunaikan tugas-tugas amanah negara.Takpe..peringkat Parlimen nanti i'll make sure i kan dapat attend..Tika ini pun anak-anak yang dirahmati ini telah memulakan sessi latihan untuk step yang seterusnya bagi peringkat seterusnya..Go..Go.. anakku..!
*** Fatin pula hanya pingat gangsa bagi acara 200m sebab terseliuh..rojoki x do
diari hati ilhamhainy at 10:19 AM 0 comments
June 28, 2011
Muka KLASIK wajah LEGEND
Suka suki pulak tengok wajah-wajah ini..Hapsal..?kecoh..? Jeles...? Punya sukalah...!! Tampar nak..?
Layaannn...
diari hati ilhamhainy at 12:20 PM 0 comments
June 27, 2011
OMG....baru ku tahu..pencen PENAKAT dan Khairat kematian
Last saturday saya berkesempatan menziarahi seorang teman yang telah hampir 6 bulan kematian suami..Hari-hari lalu depan rumah..tapi tak nyempat-nyempatnya nak nyinggah..
Kak In ni ada lima anak semuanya tengah menaik.Si sulung sedang belajar di Uitm Melaka..Second pulak baru daftar kat USM P.Pinang.Nombor 3 tingkatan 3 seterusnya tingkatan dua dan last darjah 4.Anak-anak dia semuanya bijak-bijak sokmo..
Arwah suami kak In dah lama tak bekerja adalah dalam 10 tahun..Kasihan juga tengok Kak In walau berjawatan dalam institusi kewangan, tapi nak menanggung 5 anak dan suami...mana cukuppp...Arwah suaminya dikesan mengidap kanser otak dalam dua tahun sebelum ini yang mana akhirnya menghembus nafas terakhir..Ku kira beliau tidaklah begitu terhimpit sebab sebelum ni kak In yang mencari rezeki cuma dari segi urusan rumahtangga ni dia agak kacau bilau sedikit kot sebab urusan sebelum ni si arwah yang uruskan...Hmm..lebei kurang sura rumahtangga..
Apa yang saya nak highlight kat sini ialah tentang Pencen Penakat.Ialah selepas suami dia meninggal...Kak In ni cuba2lah bertanya pada SOCSO..pada EPF, pada ASB..dan pada mana-manalah yang boleh dikorek..Ialah kita ni bukan jutawan, kalau pergi tinggalkan hutang..jadinya waris yang hiduplah kena ambil alih..Kak In pergi pun setelah digerakkan oleh ayah dia untuk cuba-cuba bertanya..kot-kot..kalau-kalauu..haaa....biasalah ayat orang kita.
Rupanya ada satu pencen dinamakan 'Penakat' yang disediakan oleh socso untuk waris yang tinggal.Seumur hidup pulak tu..Bayaran dikira 50 % mengikut gaji terakhir sebelum meninggal.Apa....?tu pun kau tak tawu...?Eleh...ramai orang tak tahu sebenarnya dan tak malu ai nak ngaku ai pun tak tahu..So, bawalah sijil kematian dan rujuklah pada pihak Socso..Satu lagi.. waris juga akan menerima khairat kematian berjumlah RM 1500..Lega dah sikit kat situ..kann?Sapa nak bagi ye tak..kalau ada cover insuran lain cerita...ini bagi yang tiada perlindungan lansungg...jangan ingat dunia kiamat terus..ini untuk mereka yg ada potongan Socso saja yerr..Ramai orang hanya tahu PENCEN ILAT.
“Setiap pekerja layak untuk didaftar dan dicarumkan sama ada bekerja sementara atau kontrak"
So, pastikan majikan anda membuat caruman..okkeyyy...
Untuk maklumat lanjut sila layari laman WEB PERKESO...situ maklumat adalah lebei lanjuuuttt...
Kemudian..Kak In rujuk pula pada EPF atau KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA.Dapat juga dia khairat kematian RM 2500..Lega sikit lagi..Yang tak syoknya...EPF arwah ni tak berpenama.....panjang ler juga kisahnya..Panjangla vevel ai pada en.husban didokong pula oleh Kak In..Contoh kisah perebutan duit EPF ni banyak dikeliling ai.Duit la namanya..tak adik berhadek..tak emak bapak..Fullstop..Kasihanila anak-anak waris yang tinggal ni weeiii...(Tapi ai lega da sebab da seret en.husban ai betulkan penama)
Ada yang kata ''ooohh..eden tak nak do lotak namo laki/bini den lam epf doh..sok den mati berjo-oh (joli) diewrang ngojokan...!!"
Apala ke singkat bonar akal korang nih...mati tu ninggalkan ghoto (harta) menimbun ko..?tak do hutangko..?Wasiatkan la kek pasangan korang..bla...bla...bla...itupun nak ajar ko..(Ini pendapat ese..tak yah nak jadi bahan dobat pulak!!)
Kemudian, Kak In ni rujuk pula pada ASB...sebab katanya rasa-rasa arwah ni ada buat simpanan..Bawa sijil kematian so pihak depa akan semak la..Dapat la khairat kematian RM 200..rezeki lagi..simpanan pun tak banyak mana.Syukurlah.
Kesimpulannya....
- Apabila pasangan kita meninggal dunia, janganlah cepat panik.Ambil langkah sewajarnya dan cari orang yang dipercayai untuk dirujuk..
- Setiap pasangan seharusnya mengishtiharkan kepada pasangan masing2 apa yang kita terhutang dan mana2 simpanan.Semuanya untuk kemudahan mereka (Anak bini yg tinggal la.. nanti.)**yang ini pun ese tak declare lagi nih..huhu
- Bersegeralah meletak penama pada EPF kita atau kemaskini semula..Penting ni dooo...Kalau u olls tak buat menangis anak bini yang tinggal. Kisah EPF ni banyak contoh kat ese no..Orang2 yang ese konal lah!!
So, untuk keterangan lanjut sila layari laman web yang berkenaan. Tidaklah sia-sia kunjungan saya pada hari tersebut malah mendapat pahala..insya-Allah..aminn..disamping mendapat info yang sangat berguna..
Syukurlah.
diari hati ilhamhainy at 2:20 PM 2 comments
June 24, 2011
Escapism...ouh ku berlari
diari hati ilhamhainy at 12:22 PM 0 comments










