November 25, 2011

Putus Cinta @ kasih makin bertaut..

Diam tak diam sudah 15 tahun saya menjalani kehidupan berumatangga.Melayan asam garam bersama rencahnya.Rasa macam masih baru bercinta la pulak.Baru saja melewati anniversary ke 15 uuuuu...Alhamdulillahh..syukurlah.

Minggu ni penuh dengan jemputan kenduri kahwin..Pergghhhh...Tah mana satu dulu nak p pun tak tahu la..Confirm penuh usus.

Teringat dengan kisah putus cinta sahabat yang nak mendirikan rumahtangga sabtu ni.Tika itu saya tengah drive di malam hari.Jadi tak keruan dibuatnya bila menerima panggilan telefon yang mendayu-dayu menangis..Frust giler sesangat la..Namun sakit putus cinta dia tak lama setelah keesokkanya saya cuci dan basuh bersih-bersih hati dan fikirannya.Tak lama lepas itu dia pun mendapat cinta baru dan bakal menjadi raja dalam hidupnya...Ouhh..hari inilah dia menikah...

Ada juga sahabat yang putus cinta sampai tak balik kampung.Waktu itu raya haji.Saya bawa dia beraya bersama keluarga untuk lupakan cinta dia itu. Namun jodohnya panjang...sekarang sudah ada ank dua daa....

Waktu belajar dulu..memang siapa yang putus cinta akan menjadikan saya tempat rujukan.Haha..tak mengapalah.Sebenarnya saya sendiri tak pernah putus cinta yang sebenar.. Alhamdulillah.

Susah tahu nak jadi happy in hard times?

November 18, 2011

Baaeeekkk punya Blackmail

Sedang berhajat untuk buat macam ni..Amacam...?Ada bran....?

November 14, 2011

Menu berderet-deret

Bukannya menu makanan...aktiviti untuk anak-anak minggu terakhir persekolahan :


Last week : 

Patut ada hari Kecemerlangan Ko-kurikulum pada khamis last week..bergegas hantar fatin balik sebab ada bahagian untuk dia. Lagipun dia dah mc sebelum ni.. Dah tinggaikan dia kat asrama..tak dengar plak dia ada buat call..rupanya kensel acara tersebut..pulak tu on that khamis dia ada appointment dengan pakar..mintak jasa baik cikgu hantarkan dia balik rumah.Terima kasih cikgu Rashidah. Pepagi sabtu dah hantar dia balik ke hostel sebab ada program lain pula kat asrama. macam-macam hal la cik kak ni..

Besok :

15/11/2011 (selasa) - 

10.00am-1.00pm

Ada pertemuan 3 penjuru ibu bapa dengan nak murid tahun lima.dah tengok pun result depa tapi untuk kemajuan anak-anak yang akan melangkah ke tahun 6..hadirkan diri juga la..Alif kata untuk darjah 5 besok dapat bantuan RM 100 tu..rembattt.. tapi ana ni duk pening jugakla sebab masa tak sama dengan waktu balik dik lang..Aiishhh...

8.00pm

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar-pelajar sekolah SARA Gedung Lalang.

Dek kerana Dik Lang dan Abang pun terima hadiah..mak gagahkan jugakla..lagipun kali ini anak bujang mak dua orang tu menyahut cabaran ustazah depa untuk sertai nasyid.yang sorang tuk duk prektis ketuk tin biskut...kompang takdo..ganti la tin biskut.!!menurut ustazah depa..terkejut gak sebab dua beradik tu kali ni menyahut cabaran. selalu duk bantai lari kalau suruh bernasyid.Tapi tu la..sengau2 keluar..

16/11/2011 (Rabu)


8.00am

Anugerah kecemerlangan untuk pelajar Sek. Keb.Ampangan. Mak ni duk kata tak payah la ibu pergi.. Depa dua beradik tuk duk jerit dalam kereta..

"Ibuuuuuu...Kitorang ambil hadiahla....."..aiseh..ye ke...ingat dapat ngelat.. takpala mak gagahkan jugak pergi..Anak-anak dah score belajar, mak pulak tak nak bagi penghargaan...tak elok pulakkan...apapun mak bangga dengan u ollsss....

19/11/2011 (Sabtu)

Anugerah pula untuk tadika kemas..Ilham sibuk duk prektis tarian zapin...tak pergi kasihan pula...anak-anak nak dapat anugerah...Cikgu kata jangan tak datang Ilham nanti ada ambil hadiah..Hmmmmm....



** Seminggu lepaih cuti anak-anak bujang kena hantar kem motivasi solat..Depa sibuk nak..mak apa lgi kemain laju jer isi borang..

November 10, 2011

Korban@Adha

Alhamdulillah segalanya selesai dengan lancar.Ibadah korban kat taman pun selesai pada raya Adha pertama.Tahun ni meriah rezeki melimpah ruah, banyak juga dapat daging korban.Rasanya tahun depan kot baru makan semula sup daging.

Kelakarnya hari raya pertama Adha saya terjelepok atas katil. Demam hampir 4 hari. Manakan tidak hari mantai merayau dari selepas subuh sampailah ke pukul 11.30 malam.Asyik keluar masuk rumah.Pencarian daun ketupat pun berakhir jam 3 petang. Payah no nak dapat. Sempat lagi menyiapkan juadah raya tempahan orang.Kemudian baru terhegeh-hegeh nak buat untuk juadah keluarga sendiri.

Selepas maghrib bertolak ke nilai untuk menghantar tempahan orang. Dalam hati berkata, ketupat sendiri tak anyam lagi nih...rendang pun tak kat atas tungku lagi.Boleh pulak lepas teraba-raba cari rumah orang tu..singgah kat restoren pekena nescafe tarik dengan roti bakar.. Dalam hati berkata lagi..

Sampai rumah jam sudah pukul 11.30. Mona pula hantar pesanan nak datang rumah.. Tunggu punya tunggu dia pun melilau cari rumah saya..Maklum hari malam.Sudahnya ketupat siap rebus jam 4 pagi sambung pula merendang ayam..everything settled jam 7 pagi.. Masak bukan sikit...Budget makan lima buah rumah..keh..keh..padan muka sendirikan..sapa suruh merayau cari barang yang bukan-bukan..Inilah akibatnya..

Kami berkumpul di rumah ayah dan selepas sembahyang, masing-masing sudah kenyang perut suka hati..Hajat hati selepas korban di taman teringin balik ke Kuala Pilah jumpa uwan...Udahnya terjelepok atas katil..tak bangun-bangun. jiran belakang pun siap cakap dengan anak "acik nampak ibu kau masak tongah2 malam tu..."Aishhh...malu-malu.

Apa khabar agaknya uwan... Sihatlah hendaknya...

October 25, 2011

Sukan Tahunan SK.Ampangan 2011


Geng juara 100 x 25m.... dik lang

23.110.2011

Sukan Tahunan Sekolah Ampangan..Layan gambar..Mak tak dapat joint sebab ada event lain.

 Senyum sang juara 200m

 Geng juara 4 x 100m

 Senyum kambing pingat gangsa 100m

 Susunan untuk last runner 4 x 25m...diklang...darjah 3 punya acara

 Ini saja nak interprem..acara tepi padang

 Senyum dapat medal..

 Bangga abang ye dapat naikkan rumah merah..


Tahniah buat anak-anak yang berjaya.. Tahun ini ibu tak dapat joint jerit-jerit tepi padang..next year...okee?

*  Ayahnya masuk acara parents lari dalam guni sambil tendang bola.Tak menang asyik tersungkur..tu lah gomok dah...

* "Olahragawan cikgu umumkan hari khamis bu..Abang compete dgn abang drjah 6 la..."

* "Tak pe...kalau x dpt olahragawan tahun ni..tahun depan kan ada...kasi la peluang abg. djh 6. tu..kesian dia"

* "weekend ni depa nak claim blanjer makan KFC..sebab depa suma juara katanya...claim kat ibu je lak tuh..takpa..takpa..t kita celebrate ngn kakak kat hostel k..?ingat sikit kakak hang tu..

October 17, 2011

Transformasi

Semalam saya berkesempatan menghadiri seminar marketing power yg dianjurkan oleh Dr. Azizan Osman di MUTC Melaka.

Tag tangan untuk peserta

Ini saja gambar yang ada sebab tak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Rata-rata adalah rakyat jelata Melaka yang hadir.Banyak juga ilmu yang dicedok disini..Semoga ada TRANSFORMASI baru dalam hidup saya selepas ini.

October 12, 2011

Buku Pak Arab..

Mata tak buleh tido...sudah terlebih had.Almaklumlah hampir dua minggu jadi batmommy..tapi ini special sebab siang malam tak tidur.kalau tidur pun sejam dua sahaja. Selagi makan gaji ini lah amanah yang perlu digalas...grrrr...

So saya memang tak buleh diam..Mula la berkemas rak buku yang dah lintang pukang dek anak-anak.Nah saya snap antara koleksi buku yang masih saya simpan.(sebenarnya banyak tapi tak rajin nak upload )

 Ni kamus marbawi yang ayah beli sekitar tahun 1988 atau 1989 ketika saya menginjak ke tingkatan 1 dan diperturunkan kepada adik-adik dan anak yang sulung sekarang.Semangat tak saya dalam mempelajari Bahasa Al-Quran...

 Ini buku kisah asadun. Singa...Buku ini juga dihadiahkan oleh makcik saya yang ketika itu belajar di universiti Al-Azhar Mesir..Dalam buku ni penuh dengan contengan makna perkataan.

 Buku ini pun sama.Lama dah usia buku ini.Saya sayang.Tanda ingatan saya pada mak ayah dan makcik yang memberi sokongan kepada saya..

Ini lagi.Kisah sang gagak.Saya masih ingat betapa seronoknya tika mendapat kiriman buku ini.***mak ndah ingat x agaknya..***

Sebenarnya tak susah mempelajari Bahasa Arab ini.Simple.Semudah ABC..yang penting minat dan hati.Selain itu peranan guru juga penting dalam menarik minat pelajar..Ini adalah bahasa yang bukan pertuturan seharian jadi guru perlu ada magnet untuk menarik minat.Muka tak lawa tak pe janji ada magnet.Saya masih ingat lagi guru Bahasa Arab saya ustazah Raja Puziah..(hari tu saya nampak dia masih boleh memandu)Dressing simple..tak make up tapi bila dia mengajar..wow...mabelous..tak berkelip mata i..Bak kata cikgu Zainah pada arwah mak.."Dia kalau tak minat..bawah buku dia mesti ada novel..."hehehehehe...Masa dua jam berlalu tak puas rasanya. Buat apa ngajar dresing vogue..tapi hampeh tak faham..

Masa di tingkatan lima pula guru bahasa arab saya kuat merajuk...pandang ke luar tingkap pun salah...Namun mujur lah saya masih score in Arab..Tak pernah curang..

Selalu saya tekankan pada anak saya yang sulung..jangan kata susah..maka akan jadi susahla ia..Walau sekarang bahasa arab saya tumpul (pengakuan ni..)tapi tak pula kosong terus..Masa sekolah dulu sering dijadikan bahasa perbualan.malah saya dapat masuk pidato bahasa Arab lagi.Ketika itu mentor saya ustazah Nurkhiriah.dikhabarkan dia sakit sekarang.Semoga Allah merahmatinya.Masa tu mengarang cerita...sap-sap soi..(siap kena tiru lagi..huk..huk)..

Jadi anak-anak pelajarilah bahasa Al-Quran ini dengan tenang dan santai..pasti boleh..

p/s - masa ambil SRP (Sijil Rendah Pelajaran sekarang PMR) saya dan ayah ada buat betting.(ejaan..bantailah) dek kerana sokongan ayah untuk tengok saya cemerlang..ayah sama-sama ambil SRP utuk subjek Bahasa Arab.Saya dapat A1 ayah dapat C8..hehehehe....(lulus juga) Oleh kerana sikap ayah yang suka memberi peransang setiap aktiviti yang saya lakukan.,sikap itu saya turunkan pula pada anak-anak.sebab saya rasa lebih bersemangat bila dapat sokongan.Ayah cuma marah bila saya bermain netball dan olahraga.sekian.

October 5, 2011

Ayahanda Yusof

Hari ini adalah hari ayahanda Yusof..

Serangkap kata kutitip buat ayah tersayang...

Ya Allah… Hindarkan ayahku daripada segala kepayahan yang merungsingkan, pemikiran yang membingungkan dan pengalaman yang menyedihkan di sepanjang tahun² yang akan datang ini. Kurniakan kepadanya keselamatan dalam pemeliharaan-Mu yang dapat melindungnya dari sebarang kejahatan, keburukan dan kerunsingan.
Ya Allah, panjangkan umurnya dalam keimanan, sihatkan tubuh badannya dengan kecemerlangan akal juga berikan dia kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.
Ya Allah, ampunkanlah segala kesalahannya, dan terimalah segala kebaikannya dan Rahmatilah kehidupannya dunia dan akhirat.
Amin Yarabbil-alamin

Askar Fantasi @ Hari Potensi Peringkat Negeri

Hari ni tadi ada Hari Potensi Tadika Kemas Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Belia dan Sukan Paroi



  



Ni dia Hero Idaman Malaya

 Tadah jer muka tuk diconteng

 Kasihan adik ni..Demam...


 Tepi longkang pun jadilah...

 Makeup askar Fantasi

 Idea kreatif tenaga kerja - Starwars

 Sobolah jo cormin mato

 Da siap makeup..apalagas..sessi possing

 Sobonar ei lotih nunggu turn..paling last...kojam

 Tak faham konsep yang ni...gerakrama siap ada pengantin pelamin bagai

 Syok tol..cam real la..

 Ini da macam pertunjukan kebudayaan. Siap lagu siti sbg latar.

 Tu dia...askar fantasi sudah turun menyelamatkan bumi...

 Segak...segak...

 gambar di snap oleh the very amatur photografer

Aksi siap sedia menyerang musuh

At last..dapat no. 3...Jadila...Mak pun tak penat lagi dok anta trening tiap-tiap malam..Yang juara Parlimen Kuala Pilah (siap guna ahli sihir lam showcase depa..hmmm..is that call gerak rama..?)..2nd place Parlimen Kuala Pilah...and the honour of 3rd place is...Parlimen Rembau..

ps: Depa ni suma lari konsep gerak rama..majoriti berkonsepkan teater.. except us...ada pula yg jadi penari boliwod..haiyoooo...