April 20, 2010

CoUnT DoWn....

tik...tok...tik..tok...tik..tok...tik...tok...tik...tok...tik...tok...tik....tok....tik....tok....tik....tok...tik....tok....tik....tok....tik....tok...tik...tok...Hehehehee,,,cam aku plak yang nak menikah...ye tak kome....haiisshhh...count down ke smack down...?

Teruk aku kena sakat dengan ofis mate hari ni...Jangan lupa ye dah sah nanti ko telipon kitorang yee...haishhh...camne ghase nak panggil mak baru...nak panggil mommy ke....umi ke....mama ke....yakkhhh......haisshh...cam-cam lagi lak..sampai masuk tahap blue-blue di awan biru...
Pukul lima nak cabut da.....tak mo tunggu lagi kat opis ni...pecah gegendang telinga dibuat kat member...

April 19, 2010

Tinjau-Tinjau


Last Saturday, saya dan adik azhar telah membuat tinjauan ke lokasi masjid bagi majlis akad nikah ayah.

Rasanya tak susah sangat nak mencari Masjid Putra Perdana Puchong.Dibantu ole mr google dan sahabat lama yang tinggal di Putra Perdana.Credit to En. Helmi Ahmad yang membantu melalui laman facebook.Kami kena membuat tinjauan awal kerana di pihak perempuan pun tak berapa nak faham.Di tambah lagi dengan ayah yang suka kelam-kabut.Jadi sebelum telinga kami bernanah pada hari tersebut al-maklumlah dah sesat-barat...so persediaan awal perlu dilakukan.Punyala nak menjayakan majlis.Harap usaha kami ini dihargai.

Anggaran masa dari QRTS klia ke sana adalah lebih kurang 1 jam. Tapi tak tahula pula kalau berlaku kesesakan nanti.Alamatnya pengantin lelaki tak senang duduk nanti.al-maklumlah dah lama tak salam mesra dengan tok kadi....ngeh....ngeh...Harap-harap perjalanan lancar saja nanti.

Selepas itu kami ke Nilai 3 pula mencari souvinier yg tak berapa nak lengkap. Rancangan kami dah lengkap dan selesai sebenarnya. Tapi kalau ada yang campur tangan ni la jadinya. Ada saja yang nak kena tambah. Ada sikit berbulu saya di sini...Serius...

April 14, 2010

Home made Card

Home made card? biasa dengar home made bakery..biscuits...cakes..ini card pulak..
kad jemputan ni saya buat khas untuk my father..kasi macam meriah sikit...(ish..ish...ish...)
actually design ni ada member tempah last month.. so ada ballance paper saya kendurikan untuk ayah pula.Print dan tukar nama jer...Lagipun kad macam ni jenis ekonomi..budget beb...budget...susah betoi nak adjust gambar ni...ada rase2 nak tempah...?tehehehee...

April 12, 2010

Cincin Tanda

Semalam Ahad bertarikh 11hb. April 2010, adalah majlis menghantar cincin tanda dari pihak kami ke pihak perempuan.Majlis diadakan selepas solat asar.Pak teh dan mak teh adalah wakil yang dijemput khas dari pihak kami sebagai jurucakap.


Sebahagian keluarga pihak perempuan


Acara borak2 kot..Pak teh dan abang pihak perempuan (ayah terselit kat tepi.menyimpul2 senyum)

Belek pakcik jangan tak belek..Ori punya (kualiti gambar tak best)


Inilah dia wajah bakal suri ayah yang baru.

Mak teh dan bakal kakak ipar...(Cincin disarungkan oleh Mak teh..I macam biasa bertugas..taking-taking de picture)


Senyum gumbira


Cincin tanda dari pihak lelaki (eish...cam pelik lak ayat2 ni...)

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Hanya menanti hari akad pada 21hb.April ni.Semoga hajat klasik terlaksana dan baik-baik belaka. (Ayat kau....!!) Warga BKK yang mana berkesempatan di jemput hadir ke Masjid Putra Perdana.Kami pun ta taw la mana ini lokasi...ayaakkk...

ps:Ada sikit regret jugak masa ini majlis..kuciwa...eishhhh...pergi jauh2!!!

April 7, 2010

Hebahan

Salam hebahan semua..

Kepada semua warga BKK adalah di jemput ke Walimatul Urus ayahanda saya Tn. Hj Mohd Yusof bin Hj. Kamarudin pada:


Tarikh : 25hb . April 2010
10hb. Jamadil Awal 1431
Ahad

Tempat : Dewan Masjid QRTS Klia

Masa : 11 pagi

Semua warga BKK adalah dijemput hadir. Moga majlis ini akan diberkati.

March 26, 2010

The generations

Petang ni terlebei rajin pulak nak scan-menyecan dan upload gambar. Saya terjumpa foto ini semasa berkemas yang tak habis-habis di rumah ayah.Masih tersimpan kemas dalam album milik saya.Layanzzz....


Allahyarham dan Allahyarhamah tukya dan wan
(Hj. Kamarudin dan Hjh.Kalsom)
sewaktu kanak2 kalau pulang ke johol, saya mesti tidur dengan tukya..sampaikan mak busu jeles dan merajuk berebut dengan saya..Entah busu ingat lagi tak kenangan ini.


Ayah dan Allahyarhamah mak
(Mohd.Yusof dan Hazizah )


Gambar ini diambil anggaran 22 tahun yang lepas.Lokasi di rumah pak long Ghazali ,Gemas
Rata-rata anak-anak kecil didalam gambar ini sudah berumahtangga.
Yang dalam rancangan bertunang pun ada...yang masih mencari calon pun ada..siapa tu ye...?
Yang mana satu penulis...?

Hasil dari perkahwinan tukya dan uwan menghasilkan generasi sebegini ramai.Inipun masih ramai yang tiada dalam gambar(termasuk saya)
(gambar ihsan laman BKK)


March 25, 2010

Bila ini macam-macam

Tak tahulah anda bagaimana, tapi saya tak boleh tahan bergaul dan berkomunikasi dengan golongan manusia yang berbeza gelombang pemikiran untuk jangkamasa yang lama.
Seminggu,
dua minggu,
sebulan, tahan lagi.
Tapi...
untuk tiga bulan,
setahun…
Oh Tidak!
Macam… macam… macam terencat otak jadinya.
tekanan tahap petala langit kelapan macam ni
saya memerlukan pendekar laut untuk menyelamatkan saya....

March 24, 2010

Warisan

Tetiba teringat pulak pada lagu ni yang selalu di nyanyikan pepagi hari masa menuntut di MARA dulu.Semangat molotup-lotup.

Teringat pula pada kata-kata ex-boss saya dulu yang telah rebah..MARA..u tahu apa maknanya? Melayu Akan Rebah Akhirnya...Ingat tu kalau u tak jaga betul2..(Tup2 saya dapat tahu dia yang rebah oleh kuasa duit dan perempuan....)Friendly speaking..dialah boss yang paling saya sayang walau berperangai Hitler...errkkk...


Warisan

Anak kecil main api,
Terbakar hatinya yang sepi,
Air mata darah bercampur keringat,
Bumi dipijak milik orang.

Nenek moyang kaya raya,
Tergadai seluruh harta benda,
Akibat sengketa sesamalah kita,
Cinta lenyap di arus zaman.

Indahnya bumi kita ini,
Warisan berkurun lamanya,
Hasil mengalir ke tangan yang lain,
Peribumi merintih sendiri.

Kita rumpun bangsa Melayu,
Menganut agama yang suci,
Semangat bangsa berlandaskan Islam,
Teras capai kemerdekaan.

Masa depan sungguh kelam,
Kan lenyap peristiwa semalam,
Tertutuplah hati terkunci mati,
Maruah peribadi dah hilang.

Kini kita cuma tinggal kuasa,
Yang akan menentukan bangsa,
Bersatulah hati, bersama berbakti,
Pulih kembali harga diri.

Kita sudah tiada masa,
Bangunlah dengan gagah perkasa,
Janganlah terlalai teruskan usaha,
Melayu kan gagah di nusantara.

March 23, 2010

Biggie






Will coming soon on this coming April....