December 10, 2010

Hidup aku penuh dengan SKANDAL CINTA...

Biar betul?....biar betik.....?nak kojoll....bukan saya la...tapi disekeliling hidup saya menyimpan penuh rahsia skandal cinta.yang berlapuk..yang berkurun..yang latest version...Boleh buat novel!!

Lately ni...saya banyak mendengar permasalahan cinta...skandal cinta..What’s really going on in their lifes?

Apabila kita berada di dalam sesebuah perhubungan that so called, “friendship” tidak boleh tidak…perasaan kita pasti akan mengusik di jiwa kita, dengan memberi satu pertanyaan…

“Is she or is she not?” …atau bermaksud, adakah dia yang kita sayangi dan cintai ATAU tidak?

Its vise versa lah, “is he or is he not?” So, it makes us wonder…and wonder sepanjang perkenalan itu. Malah everytime kita habis je berbual dengan dia on the phone, atau selepas berchatting berjam-jam dengan dia. Kita jadi curious, pelik dan wondering is he/she’s the one?

Kita tahu… kita ni berkawan je dengan dia…kita ni baru berkenalan…tetapi, serasi betul! It’s like dah kenal lama. Malah kita boleh berbual apa saja dengan dia, tak boring langsung! Cara dia melayan kita pun CARING sangat….mesra sangat seolah-olah kitalah yang disayanginya, sedangkan cinta tidak pernah terucap…

Hanya dalam sekejap masa sahaja, kita mula membahasakan dirinya “Sayang” bukan sengaja…. tetapi secara spontan dan langsung tidak disengajakan. Kita jadi mudah memanggil dia, Sayang… Sayang… sampai satu ketika, kita sendiri berkata, “Aihh…sedap je I panggil you Sayang, kan?”

Dia pulak, tak komen apa sebaliknya, setiap kali kita memanggilnya “Sayang!”, aihh menjawap pulak dia, “Ya…” bagai mengiakan perhubungan yang sudah melangkah ke satu tahap lain… between friend and lover…

Itu yang membuatkan kita tertanya-tanya tu,kan?! Kegeraman keseorangan, kebingungan dengan persoalan, “Is he/she OR Is he/she NOT?!”

Adakah dia impian kita? Adakah dia yang bakal mencintai kita? Adakah dia yang bakal menjadi kekasih yang amat kita sayangi? Adakah dia? ATAU adakah TIDAK?

Ada yang bercerita dengan tentang masalah cinta mereka akibat TERjatuh cinta dengan suami orang. Bukan minta, bukan sengaja tapi Terrr…. ;) ...boleh ke?

To me, sudahlah susah untuk mereka menerima situasi ini, bercinta dengan suami orang, thinking of getting to be the second wife…lepas tu layanan yang terlalu romantik dan amat mesra diterima dari suami orang ni, kemudian dituduh perampas pula. How can I blame them? Or even how can you?

It’s not easy for them to even think to be second wife, kena please berapa ramai orang yang terdahulu?! BUT …dah sayang, dah cinta…ingat boleh senang-senang lupa ke?

Dlm kes-kes begini saya selalu kasihankan kaum perempuan… Saya dah bersuami, so saya mintak simpang byk2 jika perkara seperti ini berlaku. Percayalah, si isteri memang akan berbuat apa sahaja utk mempertahankan HAKnya. Jadi tak boleh salahkan si isteri juga dia bertindak di luar rasional…

Lagi menyedihkan, bila kita dah bersama suami kita tu dari dia susah, dari makan nasi dgn kicap / garam saja sebab tak mampu. dan bila suami kita dah senang & kaya raya, masa tulah perempuan lain dok usya2 & nak.. Macam mana perasaan kita…Saya sendiri seperti sudah melalui pengalaman itu...seperti...saya sangat sentap perkara seperti ini.Hmmmm....saya sudah jemu dengan pengalaman seperti ini...


Sekarang ni macam dah jadi trend orang muda "terbecinta" dengan suami orang. kan Kalau ditanya kenapa? jawapan rata-ratanya mengatakan suami orang ni matured (tak tau la tang mana matured ni) mungkin dari segi layanan perasaan kot, atau pun suami orang ni lebih pandai menjaga hati wanita berbanding dengan lelaki bujang. betul ker?? tapi rasanya betul.. kadang-kadang terlebih caring.. tapi masalahnya , diorang ni caring ker dgn isteri diorang? (no komen yg ni) cuma biasanya bila dah kahwin orang lelaki tak berapa ambil berat hal yang dianggap remeh temeh bagi mereka tetapi hal penting bagi isteri contohnya, birthday isteri, anniversary, birthday anak dan lain-lain..... kesian kan si isteri..

Kadang-kadang isteri-isteri ni rasa dah bagi yang cukup sempurna pada suami tetapi tetap juga si suami ni terbercinta dengan wanita lain..

Saya mempunyai kenalan lelaki yang titlenya 'suami orang..' katanya dia bersedia mencari lagi seorang isteri, teman tu berumur sekitar 40an.. katanya juga isterinya sudah sedia maklum tentang itu. Dia berkata sedemikian mungkin adalah untuk 'usha' aweknya.Awalnya si awek no...please...no don't...tapi a few month..hasil ayat manis..ayat power..bukan setakat terjatuh cinta...tapi terserah body semua bagai...bukti i cintakan u....Saya sangat kasihankan isterinya...Walau sudah tercium bau-bau taik tapi this my rascal friends pandai...licik...so si isteri tak mahu bergaduh panjang lebar...percaya buta-buta...bulat-bulat akan kesetiaan sang suami..
  • “Cinta aku hanya pada mu…aku akan terus setia menanti kerana kau lah satu-satunya cinta hati ku! Aku sanggup berkorban apa saja demi mu”

here you go…let’s play blaming game!!

Nampak tak its not the girls fault only? …its your husband, you should blame the husband and you yourselves la kerana membiarkan perkara ini berlanjutan sehingga si suami keluar mencari yang lain. Menyalahkan orang lain di dalam hal ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. You got no one to blame except YOU!

BUT…my advised here, jangan play the blaming game ! Find the solution! Apa masalahnya yang sebenar? Mengapa suami anda berubah hati? Cari dan cari, then try so solve it!(Malangnya saya percaya isteri teman itu masih tak ketahuinya...how i'm gonna to say...shiit)

Saya percaya, kita orang wanita, kalau betul tak bersedia mengharungi ombak lautan cinta sang suami orang please! jangan biar ada ruang walaupun sebagai teman. kalau nak juga sebagai teman, nyatakan pendirian diawal perkenalan.. insyaallah perasaan tu tak akan wujud dan suami orang tu akan beralih arah.

Buang sang isteri...

Cari jalan penyelesaiannya… for example :-

  • Jika dia nak yang seksi, then seksi kan diri anda demi suami
  • Jika dia nak makan sedap-sedap dirumah then, masakkan dia yang sedap-sedap. Belajar masak!
  • Jika dia terlalu banyak masa terluang….penuhkan masa bersama dia, go for a holiday
  • Jika dia fikir ada wanita lain yang lebih cantik pada you, cantikkan diri you lebih pada wanita itu
  • Jika dia nak have sex…aihhh, sex pun tak nak ke? Bagi lah dia puas-puas!

The solution is, buatkan segala-gala lebih dari apa yang si suami mahu. Berikan dia satu pengalaman yang tidak pernah dialaminya, seolah-olah anda suami isteri sedang HAVING AFFAIR!. Buatkan setiap hari ada berbagai-bagai perkara menarik yang tidak pernah anda lakukan bersama suami. Jadikan diri anda lebih baik dari mana-mana wanita yang pernah dia minati.

TAPI, kalau hingga ke tahap itu anda lakukan, then suami masih cari wanita lain… then you kena cari suami lain pulak lah, obviously suami you dah tak boleh terima you lagi, or maybe suami you memang jenis suka lebih seorang wanita… well, itu bukan salah sesiapa lah memang dah sah suami tu yang gatal! ;)

p/s KOYAK BEB! :D kita ingat setelah bertahun-tahun dia mencari cinta dengan orang lain dan telah breakoff beberapa kali dengan 2-3 orang lain, so dia boleh sedarlah yang cinta kitalah yang terunggul dan sejati, huhh…buat dia menyampah dengan kita lagi ada beb…adoi mak! MALU!


December 3, 2010

Penyakit Pendatang Asing Yang Kerja Kat Kedai Mamak


* Dipetik dari Blog Diana AR.(credit to her)
::BACA!-jangan abaikan, sekadar memanjangkan..Paparan saya, Tafsiran anda….Ambil Pekerja Asing Tamparan Hebat Bakal Berlaku. Sebagaimana semua sedia maklum, saya mempunyai ramai pelanggan. Pagi tadi saya telah berborak mengenai penyakit-penyakit 60-an bersamanya.

Uncle M: Tahu tak sekarang ini penyakit-penyakit macam batuk kering (TB), sifilis, hepatitis B & C, kudis, sakit-sakit kulit, sakit mata merah dah datang balik ke Malaysia.

Hanief: Saya tak berapa pasti pula.

Uncle M: Saya ni selalu berkumpul dengan kawan-kawan, ada yang doktor, peguam, NGO sana-sini. Semua profesional. Semua akan bawa topik isu semasa untuk dikongsi. Salah satunya ialah isu penyakit ni.

Hanief: Yang saya tahu, penyakit-penyakit tu popular zaman datuk dan nenek saya dulu. Negara kita masa 60-an tak cukup bersih dan ubat-ubatan lagi.

Uncle M: Tahu tak mana puncanya?

Hanief: ...

Uncle M: Kedai Mamak.

Hanief: Haha... Kedai Mamak?

Uncle M: Memang orang gelak berdekah-dekah bila saya cakap kedai Mamak.

Hanief: Tapi kenapa dengan Mamak?

Uncle M: Bukankah diorang guna pekerja asing dari India ? Ada yang bawa penyakit TB, paru-paru dan macam-macam lagi. Lepas itu dia pun potongkan roti canai kau.

Hanief: Hahahaha...

Uncle M: Ada kawan saya seorang kena satu penyakit pelik lepas makan di kedai Mamak. Bila jumpa doktor, kata doktor bukan TB, tapi sakitnya serupa TB, tanda-tandanya seperti TB. Akhirnya, doktor itu sahkan yang virus TB itu dah lalui proses mutasi. Jadi, ini satu penyakit baru.

Hanief: Dah pulih ke dia?

Uncle M: Doktor tak ada ubat lagi. Macam tu juga.

Hanief: Seram juga dengar ni. Memang pendatang asing ni tak ada pemeriksaan kesihatankan?

Uncle M: Mana ada. Datang naik kapal terbang pun tak ada. Itu yang naik tongkang? Lagilah!

Hanief: Baru-baru ni kerajaan nak jadikan Malaysia sebagai pusat transit pelancongan, tak payah guna visa.

Uncle M: Itu semua mengarut. Konon singgah Malaysia transit lawat sekejap. Tapi penyakit dia? Siapa tahu?

Hanief: Ada kemungkinan ke dia hilang pergi cari kerja.

Uncle M: Apa pula tak boleh? Mula-mula datang naik kapal terbang. Lepas tu tak nak naik kapal terbang. Nak duduk cari kerja pula. Itu yang Indonesia datang naik tongkang. Siapa boleh kawal?

Hanief: Betul juga. Orang kita sendiri yang undang padah ambil pekerja asing ni. Kedai Mamak memang suka ambil pekerja asing.

Uncle M: Tahu pun. Saya dah lama tak makan kedai Mamak. Sebab pekerja asing itu mana ada dapat suntikan Polio, TB, BCG dan lain-lain. Orang Malaysia ada semua tu. Sekarang saya makan di kedai Melayu saja. Tapi itu pun saya tanya, ada tak pekerja Indonesia . Kalau ada saya tak makan. Buat apa saya bayar untuk dapat penyakit?

Hanief: Betul juga tu. Tapi bolehkah kerajaan buat syarat tengok rekod kesihatan. Atau pun beri suntikan?

Uncle M: Suntikan boleh kita beri. Tapi kosnya siapa nak tanggung? Tahu tak yang datang ke Malaysia ni lebihnya yang bawa penyakit daripada bawa untung? Katakan negara kita dapat untung RM10 juta setahun. Tapi kita nanti terpaksa belanja RM100 juta untuk basmi penyakit yang dibawa pendatang asing.

Hanief: Logik juga ya?

Uncle M: Nak buat untung ke? Nak kumpul penyakit? Jadi kaufikir-fikirkanlah lepas ni.

Hanief: Ini kali pertama saya dengar. Kalau dahulu, paling hebat pun cerita Mamak rendam seluar dalam.

Uncle M: Itu cerita biasa. Konon nak bagi laris dan sebagainya. Tapi penyakit ni boleh terbang melalui udara, air dan serangga. Ada satu restoran Mamak tu siap gantung kalimah Allah S.W.T dan Muhammad S.A.W. Siap pasang ayat Quran lagi. Rupa-rupanya India . Ayam ambil dari pembekal Cina tak sembelih pun. Pembekal Melayu mahal. Kemudian sayur, kadar racunserangga dia tinggi.

Hanief: Itu saya pernah dengar. Orang Bangladesh buat pendapatan sampingan dengan tanam sayur tepi pusat pelupusan sampah. Lepas itu jual di pasar.

Uncle M: Air pun boleh menyebabkan kematian juga. Sebab air kita ada klorin. Klorin ni boleh buat kita mati. Bagi arnab ke ikan, pasti boleh mati. Kalau manusia mungkin pening-pening saja. Kemudian telan Panadol. Panadol ni dia tipu otak kita saja. Sakit masih ada, tapi tak rasa.

Hanief: Painkiller ke?

Uncle M: Yalah! Sebab itu tak rasa sakit lepas makan. Semua instant . Itu kalau tak silap dalam teh tarik tu, dia campur sikit serbuk daun ketum. Itu yang lepas minum tu rasa pandang kejap jauh, kejap dekat. Ramai orang suka teh tarik.

Hanief: Biar betul! Rasa macam Malaysia ni dah diprojekkan untuk terima satu peperangan dalam bentuk bawaan penyakit. Macam warga Red Indian di Amerika dulu.

Uncle M: Itulah. Ada pelbagai andaian. Kita ramai yang suka makan di kedai Mamak. Sebab? Sama-sama Islam. Kau fikir-fikirlah sendiri.

Hanief: Kenapa dalam berita tak ada laporan pun?

Uncle M: Kawan saya doktor pakar di Hospital Selayang. Kata dia, kerajaan terpaksa rahsiakan. Dia tak nak orang Malaysia panik. Bayangkan berapa juta pekerja asing ada di Malaysia ?

Hanief: Betul juga. Restoran Mamak pun berlambak dalam Lembah Klang .

Liana meninggal dunia akibat batuk kering ...akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam. from Kosmo! - Jan 28, 2010 2:59 AM

Amaran tibi...jangkitan penyakit batuk kering atau tibi sekitar Lembah Klang semakin membimbangkan apabila meningkat daripada 1,253 kes pada 2007 kepada 1,387 kes sepanjang 2008 dengan tujuh kematian.from Harian Metro - Apr 4, 2009 10:28 AM

Ketua Biro Utusan Perlis meninggal dunia ...akibat penyakit batuk kering (Tibi).from Utusan Online - Jan 8, 2009 10:23 AM

Hasil kajian INFORMM diiktiraf ...taun dan batuk kering .from Harian Metro - Jun 10, 2008 11:46 AM

Kelonggaran eksport kera ditarik balik elak wabak... batuk kering (TB) dan hepatitis.from Berita Harian - Feb 2, 2008 10:27 AM

Bekas polis derita sakit ...akibat penyakit batuk kering dihidapinya sejak enam tahun lalu menyebabkan kerosakan paru-paru.from Berita Harian - Jan 24, 2008 9:49 AM

Tiga peratus warga asing bawa penyakit ... batuk kering , sifilis dan Hepatitis B serta C, setiap tahun.from Berita Harian - Dec 3, 2007 1:11 AM

4,000 pendatang bawa sifilis ...kelamin jenis sifilis apabila diperiksa semula dalam saringan kesihatan selepas sebulan berada di negara ini, sepanjang tahun lalu.from Harian Metro - Nov 14, 2007 9:40 AM

2,571 mati dalam penjara, pusat tahanan ...depoh tahanan pendatang tanpa izin, meninggal dunia akibat pelbagai penyakit sejak 1999 sehingga tahun lalu.from Berita Harian - Mar 24, 2009 9:04 AM

Pendatang hidap HIV dihantar pulang ...menghidap pelbagai penyakit kronik termasuk HIV selepas menjalani pemeriksaan kesihatan sebaik tiba di negara ini.from Harian Metro - Nov 23, 2007 10:01 AM


Renung-renungkan dan sebarluaskan untuk mengelakkan jangkitan bila makan di kedai/restoran mamak ….

November 23, 2010

More Than Words...


it's been 14 years.

For a year now we've been living together
In something less than marriage, more than friends,
Reasonably happy with each other,
Satisfied to serve our separate ends.
There are no promises, nor should there be,
As we pursue our passions day by day,
Needing only love, which we agree
Need not be guaranteed in any way.
In such a case, there is a case for giving
Very little, just enough to keep
Each even with the common cost of living,
Relating what we sow to what we reap.
So does love die, for love loves not the measure
Allocating carefully its treasure.
Reason may with reason count the cost,
Yet love that is not generous is lost.

November 22, 2010

Sesat di Jerat Kalimat


Tersesat pada belukar kalimat. Arah sudah tak lagi bersahabat, hanya lewat jalan bersekat ku dibawanya berputar. Hujungnya gelap malah semakin pengap dan pangkal terang terlalu benderang. Bagaimana dapat memaknakan huruf yang selalu saja sama ketika dirangkai menjadi kata?

Aku tak tahu yang kulakukan. Apakah kuberi saja mereka dengan awalan? Akhiran? Ataukah sisipan? Supaya yang seharusnya menjadi tidak semestinya, hingga yang berbeza setidaknya sama dan menjadikan yang bukan berubah secara perlahan. Bagaimana jika kugabung saja semuanya? Sepertinya kesedaran sudah sampai ke tempat tujuan meninggalkanku dalam kekosongan ucapan.


kusunyikan sepi
agar menyendiri sendirian
bersunyikan sendiri dalam kesepian


Aku lena pada aksara; tak mampu beranjak ke sana..




November 19, 2010

Paralysed!


i really want to update my blog...i have stories to tell...about my work, about calls, about life about everything...but these fingers are so lazy to hit the keyboard.

will update soon..

soon?x boleh percaya punya...huh!

October 26, 2010

Kami Bukan Siapa-Siapa

Menangani kerenah anak yang sakit yang berbulan lamanya (rasa seperti lamalah sangat) amat melelahkan.

Sabarlah hati sabarlah jiwa sabarlah perasaan. Ada masa saya seperti rasa sangat terbeban, ada masa saya rasa sangat lelah, ada masa saya rasa seperti sangat hampa, ada masa saya rasa seperti sangat kuciwa..ada masa...ada masa...ada masa...sebenarnya saya tiada masa pun nak melayan perasaan seumpama itu..

Sebagai ibu, saya tidak sanggup melihat alif meraung kesakitan saban malam, menggigit selimut menahan sakit, esak tangis sungguh meruntun jiwa. Sebagai ayah dan ibu kami tidak pernah putus harap, tak pernah putus-putus memanjatkan doa..kami sangat-sangat memerlukan sokongan..sokongan jiwa..

Terimakasih ayah, terimakasih makcik kerana tak pernah putus-putus membantu..terimakasih juga kepada sahabat yang mulut berpuaka longkang.Saya tetap bersabar kerana ujian Allah menguji keimanan kami kepadaNya..hari ni giliran kami ...esok lusa siapa tahu...perlukah busuk hati? perlukah dengki hati ? perlukah senang hati melihat kami derita?

Kami tak minta begini..tapi kami syukur dengan ujian Allah ini kerana kami semakin dekat denganNya...kami selalu ingat denganNya...

Kami sedar...kami bukan siapa-siapa

October 4, 2010

He's admiTTed...

Sayangku alif telah dimasukkan ke wad surgery petang semalam..Doktor masih tidak dapat mengesan masalah walau darah diambil, x-ray, dan ultra-sound telah dibuat. Esok ujian kamera pula akan dilakukan..Semoga semuanya berjalan lancar dan tiada masalah yang serius.Cepat-cepat sihat ye sayang...

September 27, 2010

Rumah terbuka....

Biasolah bila dah musim raya ni...semua orang nak buat majlis rumah terbuka...makan and makan and makan....Berbagai pendapat tentang rumah terbuka ni..ada yang kata senang sekali jalan kengkawan, sedara-mara nak datang, almaklumlah bila da start kerja...penat...

Alhamdulillah sabtu ni kami ada menerima tempahan dari kak Anom Eka Matahari untuk majlis doa selamat a.k.a rumah terbuka..

Menu yang di tempah:

- Nasi putih
- Daging salai masak lemak
- Ayam goreng berempah
- Sambal udang petai
- Sayur kacang campur hati ayam
- Buahan
- Air kordial

(RM 9/100 pax-*harga pun bergantung pada harga bahan mentah semasa)

Terima kasih diatas tempahan. Sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan di talian 013-329 7204 hainy...(Area seluruh seremban, nilai)

September 24, 2010

Tawu..tawu..dah rayeee......

Salam Lebaran...apa cer...semua...dah raye ye...Ye la...atuk kita kan dah umumkan hari tu...raya dah...

Lama tak update...dah bersawang...ular, lipan, kala jengking, ulat bulu, ulat beluncas semua adalah dah...Tapi jangan risau...eden dah kerat..bakar-bakar jadi abu dah...tulang pun tado...uishhhh...ngeri gua beb!!!

Di sini saya nak ucapkan selamat hari raya. maaf zahir dan batin..ampunkan salah dan silap, halalkan makan dan minum.....jemputlah datang rumah...jangan segan-segan..jangan teragak-agak...rumah terbuka tak do...tapi pintu rumah sentiasa terbuka menerima tetamu dengan syarat telpon dulu...klo tak telpon tengok jer la pintu pagar den yang kaler silber tu ye...tuan rumah pun heboh beraya.....

1.raya ni seronok juga..dengar la jugak mercun berdentum-dentam kat keliling umah...selagi tak terbakar rumah, selagi tu la diletupnya..

2.jalan2 jumpa sanak saudara...jumpa kengkawan...penat...

3.Banyak gak kuih yang sedap..

4.makan rendang segala bagai...macam dah nak termuntah rendang..

5.Duit raye pun habis jugak laa....azaabbbb...

Macam2 hal berlaku dalam bulan puasa..macam2 bende nak cober...tu yang tawu2 dah raye...

Dalam bulan puasa ayah masuk wad..Tetiba lost memori...Sedih sangat kita..yang negativ semua key in dulu...mujur tak berpanjangan...Ayah...aku hanya ada kau saja...Alhamdulillah...moga lepas ni ayah akan terus sihat dan jaga kesihatan tu selalu..jangan culas makan ubat..

Nak kata raya ni gumbira sangat tu tidak la..tambahan tahun pertama beraya tanpa bonda tercinta...sedihnya..tuhan aje yang tahu..jadi saya perlu memastikan segala persiapan raya yang arwah mak buat sebelum ni disambung pula oleh saya..masak rendang, ketupat, dodol..kuih-kuih raya...Segala bagaila persiapan seperti tahun sebelum ni...Terkenang-kenang tu...jangan cakapla....

Kami menziarah pusara mak pada petang sebelum raya..kalau pergi pada jatuhnya raya...huisshhh...jem jalan...semacam pesta pula...Lepas tu bergegas pula ke Qrts Klia...adik-berhadek sebok nak ber...ba...b....q...sambil depa berbbq..sibuk la saya menyiapkan rendang, ketupat segala bagai..tawu2 dah pukul 2.30 pagi..Mata tak boleh tidur..sambung terus berkemas sampai pukul 4 pagi...betul-betul raya...