Tengahari tadi saya telah menyinggah ke gerai ayam kampung salai di kampung Sungai Mahang, Nilai.
Tujuan asal adalah untuk menjemput si kakak, Fatin. Sebok nau nak mencari kasut kadet polis. Alih-alih sedang dalam perjalanan, kat highway Lekas, senior dorm dia call, bagitahu Fatin demam. Ha...udahnya saya terus jumpa Ustazah Wan Moh selaku warden, dan cikgu Siti Aminah sebagai GPKHEM, minta izin bawa balik terus kerumah. Mak nak bawa kelinik naakkk...Senang..nanti da sampai rumah, tut-tut dapat call suruh hamek dia balik..Tak ke susah mak ni..So, on the way balik saya nyinggah ler kat kedai yang disebut tadi..Boleh tahan jugak la...Lembutnya rasa daging ayam tu..
Nak jadi cerita, Pakcik kedai tu beramas mesrala dengan kami. Tanya asal usul. En.soami kata dia dari Johor.
"Johol ke Johor?"
"Johor...Pontian.."
"dia ni ha Johol", En.Soami tunjuk ke arah saya.
"Ekau johol kek mano?Ineh (Inas) ko?..."
"Tak..kat Air mawang, Renggoh"
"Oghang Johol tak panggei Renggoh do...Ghongguh...!!! (makhraj nak kena betui)
"Cess...pakcik nih"
dalam kereta.....
En. Soami tanya..."Sejak bila u ngaku orang Johol...?Kok tak tu...orang Pilah pun tak ngaku...Saya Seremban..." Seraya mengejek gaya percakapan saya....
Hello....marah pulak pak-pak dan mak-mak sedara dan sepupu sepapt kang...Bila pulak mak tak ngaku ko...
Iyolah kita ambil jalan tengah la....
Ayah orang Johol, arwah mak..Kg parit, Kuala Pilah, so..mee...?lahir kat Seremban..so orang Seremban la...barulah adil..
Cuma tang suku tuh..Negeri Sembilan kan mengikut suku belah ibu...So...meee....?
Suku Batu Hampar lah....at least i ada suku...kau ada..?hahahahahhaa
Sekian...
February 11, 2011
AsaL- UsuL
diari hati ilhamhainy at 4:30 PM 0 comments
February 9, 2011
koPitiAm @ Panchur Hill...owwhh Heaven..
Bunyi cam gempak...Mana ada kat panchur Jaya tu kopitiam.. sendiri berangan jerr..Menu dinner malam tadi ala-ala kopitiam..Buntu sebenarnya nak makan apa.Asyik-asyik nasi...asyik-asyik mee.Maka terbitla idea ala-ala kopitiam..
Teruja anak-anak mak nengok.
"Ibu..orang putih makan memang banyak ni ye..tak leh tambah-tambah...?"
Nengok..selera anak mak ni...Bukan ble makan sikit-sikit macam ni...! Selera tajam selalu.
mak dah agak sure tak cukup kalau sepinggan ghope begitu..Mestila kena ada extra...kan..?
Tambah lagi dengan kopi 'o' kaw.Perghh...terbaik punyo...lagi sodap kalau guna kopi kisar kat pasar tani salak nun. huh..satu rumah terbau aroma.
Kenyang juga tali perut mak..Buleh ler tu alas perut..Idok ler tidor perut keriok-keriok.mak nengok terbungkang suma tido..Kenyang ler tu..
Lepeih tu mak bedal la teh ijo satu mug..Uiii..kome..nampak jer simple dinner tu..kalori tah baper yang masuk tak gheti nak kire..Roti dengan kentang tuh..karbohidrat..Letak pulak mentega..tabur ngan mayoneis lagi..telur tu protein tak pe..lagi pun minyak dia mmg sikit bebeno..
Jaga kesihatan yo anak-anak..Duit bertimbon pun kalau dah sakit tak ade gunanye....
diari hati ilhamhainy at 10:18 AM 0 comments
February 8, 2011
Renungan :Sukarnya memahami bahasa cik Puan ye...
Ando jugak yang terkono kek diri ese ni ha...berdobuk kono...hahaha..
meh kita layan situasi yang berlaku :
Bab 1
Laki tipon bini
"Yang....ooo...yang....abang kat kedai mamak ni..nak pesan apa-apa tak...?
Bini jawab
"tak mo la bang..i kan tengah diet..."
Laki pun balik rumah lenggang kangkong..nengok muka bini muncung panjang boleh di tanjur..
"Aikk...pelik...!!"
Laki respon balik..
"kan u kata tak mo apa-apa"
Bini jawab..
"Memang i kata tak mau..tapi u tolong lah belikan apo-apo..."
Laki..
" Pulak..."
ai ...? = Tak ando rasonyo den buek prangai camni....
Bab 2
Laki tipon bini..
"petang ni u masak apa yangg...?"
Bini jawab..
"Alah penatlah hari-hari masak..u makanlah siap-siap kat luar..ai kan tengah diet"
Laki pun berdendang sayang pergi makan kt kedai mamak As-salam. Bedal beriani gam.
Sampai umah....perghhh..
"Bang mei makan sekarang..ai masak sambal tumis, sup ayam ada, sambal belacan sekali ngan goreng ketam..cepat bang...!"
Terkulat-kulat laki ni...
'Ai..tadi kata malas masak..perut dah sebu dek beriani..penuh semeja lak makanan..Tebiat apa...?
ai...? - oh ai tak buat..sebab kalau malas tu malas betul
Bab 3
Bini kata'
"hujung minggu ni balik kampung nak..?
"ala..sibuk la yangg...Kerja banyak"...laki kata..
Bini kata lagi...
"takpa abang hantar jer kitorang, lepas tu abang pergi lah kerja.."
Laki jawab...
"oklah kalau gitu..siaplah nanti abang anta..."
Tulatnya..laki baru nak stat enjin keta..bini dah tipon balik..
"Bang...bila nak jempot kitorang nih..."
tak ke sakit jantung laki tuh!
ai..? - Lom lah penah buat gitu
Bab 4
"abang ni kalau duk umah asyik jer nengok tv dari pagi ke petang..Cubala nolong saya sikit..Tak ke kesian nengok jari saya ni da terkelupas asyik buat kerja jer...!!"
Ok lah laki pun buat muka kesian masuk bilik..tolong lipat kain yang setinggi gunung angsi tuh..
sekali bini masuk usha line....tup-tup kena sambar petir pulak..
"Apa abang lipat kain macam ni..Senget benget aliign tak sama..kain yang terbalik tuh awak pusing la...Apasal spender ni awak lipat tiga segi nih....?"
huhu...#$%&*^%::!~...kono layie...
ai...?~ sekali sekala memang gitu...ehehhe
Bab 5
Bini kata,
"Bang tolong saya pakai baju ngan pampers budak ni bang..'
laki tanya..
"Nak pakai baju apa yang...?
"Ala awak ambil jer baju memana lam lemari tuh...."
Sekali...
"Apsal abang pakai kan budak baju camni bannggg...?Seluar kunin baju kaler merah..dah macam sami pulak anak kita..."
ai...~ ado jugak perangai camni
Susahkan nak faham bahasa kitorang?
Moralnya ...
Buat si isteri kalau nak minta sesuatu berterus terangla. Perincikan kehendak anda.Jangan sentiasa membuatkan pihak suami sentiasa berada dalam situasi serba salah. Jangan terlalu cerewet..
Buat si suami pula..Cubalah prihatin dengan kehendak isteri dan belajar serta perhatikan apa yang si isteri biasa buat...
Usik-usik bawa bahagia....
diari hati ilhamhainy at 5:35 PM 0 comments
Ilmiah - Why Green Tea?

Semalamkan saya dah bagitahu petua nak selim melim.Minum teh hijau. Apa yang ada pada teh tersebut ya?
Pepatah cino (hahaha) ado mengatokan :
"Bia den lapar tigo hari..takpo..jangan den tak minum teh ijau ni sehari...!!!"
Teh hijau ni memang dah diamalkan kat Negara China 4000 tawun dolu.
Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:
- hijau
- hitam
- oolong
Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun. ( Uuiiii....kena minum ni jah...)
Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG).(Tersumbul lidah mak nyobut eh) EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.
Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
- Membantu mengawal tekanan darah tinggi
- Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.
- Membantu mengawal paras gula darah
- Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.
- Membantu dalam sesetengah penyakit barah
- Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.
- Menguatkan sistem imun
- Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.
- Menurunkan aras kolesterol
- Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Menggalakkan pembakaran lemak...(uiii...ini yg mak suko bonar ni..)
- Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.
- Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Jangan tunggu lagi...Meh ler joint mak minum teh ijo ni setiap ari...
Ado ghaso bezo ei nanti jah oii....!
diari hati ilhamhainy at 9:26 AM 0 comments
February 7, 2011
Petua : Berat no rase badan nih..nak kasi turun..?
Kali ni mak rajin nak kasi satu petua yang memang mak amalkan selalu...berkesan...tetapip kekadang mak terlupa juga nak buat...
Petua ni memang mak dah setahun lebeh amalkan..Makan memang sedap..bila berat dah naik payah nak turunkan?Dah tu sesabor ler..idok ler berat tu turun dah sehari dua buat. Kalo gitu lingkup lerr bisness Dr.Rozmey tu...tak gitu?
Meh sini ikut mak...
Amalkan minum teh hijau (suam) segelas dengan perahan limau nipis sebiji. 2 kali sehari....Perghhh...nnyamannnnn....
Cubalah...
diari hati ilhamhainy at 5:50 PM 1 comments
Beautiful SundaY...
Yesterday is..SunDaY..
Memang Shanteq...memang beautiful...mana taknya hari yang sibuk sementelahan sekolah akan dibuka.
Sentap juga dengan si Fatin yang baru teringat dia memerlukan photo size paspot.Sentap juga bila saya sendiri yang terlupa dia memerlukan biodata tokoh-tokoh Islam.On that sunday juga..sebenarnya saturday pun line internet dah k.o..mujur internet cafe ada yang dibuka pada hari ahad...
Seminggu anak-anak menghabiskan cuti di rumah sahaja. Saya masih bekerja sehingga hari rabu al maklumlah kompeni kaler biru ni hak milik 100% bumiputera.
Namun, kami habiskan masa bersama dengan bermain badminton. Nampaknya kami berjaya mencungkil satu lagi bakat anak-anak dalam arena sukan. Terserlah gaya hakim umpama bakal pengganti Lee Chong Wei..ehem..ehem...mak bangga nyahhh....
Saya juga dah memulakan balik aktiviti yang mengeluarkan peluh. Bersauna dan berjoging. Target last year tak capai lagi beb. kena kuatkan semangat balik nih. Taklah nanti di kata orang 'hot-hot chicken shit'...taraa...Segar dan nyaman rasanya beb bila liang2 pori dah terbuka balik. Taklah sebu tersumbat lagi..On that sunDay pun, mak terlebei rajin nyahhh...nak hidangkan makanan ala-ala hotel..Apalagas anak-anak pun seronokla nengok decoration nasik yang semacam tuh..Belasah makan laju jerr...(elehh...klau x hias pun depa bedal je selalu)..Ehem...salah satu cara nak ikat perut husban ai before duk jejauh ni...ehem...ehem..
Is'it beautiful......?
p/s : cuak-cuak juga ni bila baca berita tentang timur tengah bakal bergolak...oh dear...please comfort me...pleasseee......
diari hati ilhamhainy at 5:23 PM 0 comments
February 1, 2011
Frust tonggeng BOLA SEPAK
Dan..telah ditewaskan oleh S.K. Pedas pada hari kedua perlawanan dengan jaringan 2-1.Gol pihak lawan adalah pada saat-saat terakhir perlawanan akan ditamatkan..Kalah mati...k..o
Bahang kekalahan itu sudah dirasai kerana maklumat kedudukan padang tidak sampai.Terkejar-kejar ke padang MPS rupa-rupanya pasukan mereka adalah di padang Sekolah Menengah KGV.Pucat dah muka alif ni.Sampai ke lokasi pasukan S.K.a baru 15 minit beraksi.Alif melapor diri dan jurulatih mengarahkan dia agar relaks, tarik nafas.Tak sampai dua minit dia dimasukkan ke padang kerana dia adalah kesebelasan utama.
Sehabis jer tewas, hujan perju pun turun dengan lebatnya..Bak kato atuk ei...tak do rozoki...
Cuba lagi yo...banyak game menyusul lopeh ni...Go.go..S.K.A
Untuk memujuk hati yang lara..saya dengan bermurah hati mengajak mereka lepak-lepak sejukkan badan di restoren 6%.. (paham tak maksud? ...tak paham...? tampar nak?)
diari hati ilhamhainy at 1:33 PM 0 comments
January 31, 2011
Kehilangan lagi...Al-Fatihah

Al-Fatihah buat arwah Tn. hj. Hamdan bin Hj. Kamarudin a.k.a pak uda a.k.a tuk uda.
Telah kembali ke rahmatullah pada dinihari yang hening..ahad 30hb.Ahad 2010 bersamaan 25 Safar 1432 Hijrah.
Lat setahun ku kehilangan bonda tersayang..kini kami kehilangan lagi seorang ahli keluarga yang dikasihi.Seperti berturut pula..Andai mampu ditahan..janganlah ada yang menyusul lagi selepas ini..Namun..Kematian tu alami...natural...Tidak tercepat mahupun terlewat walau sesaat.Itulah janji Allah pada hambaNya..
Ku kira juga mak uda dan anak-anak redha dengan pemergian bapa tercinta.Mereka mungkin lebih bersedia memandangkan arwah sudah lama menderita sakit.Tidak seperti bonda tercinta yang pergi mengejut.Itulah janji tuhan tiada siapa yang tahu..
“Ingatlah manusia, jika datang waktumu,wajah, tubuh yang kau banggakan dulu akan aku makan satu persatu, lapis demi lapis, sampai cuma belulang yang tersisa” ujar cacing dan mikroorganisme pengurai lainnya.
“Ingatlah manusia, kalau datang waktu itu, semua pakaian dan perhiasan yang kamu pertontonkan tidak akan kamu bawa. Dan orang orang yang kamu cintai hanya akan membelikan aku, kain putih kasar yang murah, biar sebanyak mana wang yang tersimpan” tokok si kain putih buat kafan.
“Ingatlah manusia, kalau sampai waktu itu, akulah yang akan menjadi tempat perbaringanmu, tanah merah berlumpur yang satu ketika dahulu berjingkit kaki, mengangkat kain buat menghindarnya” bicara tanah.
Buat si mati, kematian hanyalah “tempat berhenti” yang segalanya tak mungkin diundur lagi. Jadi yang paling patut mengambil ibrah siapa lagi kalau bukan kita yang masih berpijak dibumi.
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
diari hati ilhamhainy at 10:49 AM 0 comments
January 28, 2011
Karnival Bola Sepak Sekolah-sekolah Malaysia Anjuran Majlis Perbandaran Seremban
Pada 28hb Januari 2011 - 30 Januari 2011
Kategori bawah 12 tahun
Telah....
(Releksla dik lang...tahun depan dik lang masuk kelab bola sepak ye....)
Dengan bangganya alif mengumumkan kemenangannya menentang :
Sekolah Tamil Nilai 3-0
Sekolah Kebangsaan Panchur 2-0
Besok..akan menentang Sekolah kebangsaan KGV pula...
'Ayah...nak beli reket...kakak wakil badminton pulo'
Waduuuuuuhhh....Raaaaaabaaaaakkkkkk...
p/s mano ayah kau nak survey baranng2 lagi nk poyie jejauh niii...
diari hati ilhamhainy at 5:49 PM 0 comments


