December 30, 2008

Al-Kisah..

Salam penuh keceriaan buat semua..

Untuk kali ini, saya akan berkongsi dengan ngko orang semua tentang satu cerita yang saya kira banyak unsur2 tersurat dan tersirat.

Abu Yazid Al Busthami ialah pelopor sufi, jadi pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,”Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?

Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.” Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.

Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Raut mukanya berseri.

Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, InsyaAllah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang di dalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Anda ingin beramal soleh…?

Tolong kirimkan kepada rakan-rakan muslim lain yang anda kenal ataupun hebohkan pada blog anda :)

Salam hormat
Hainy
Don’t walk in front of me, I may not follow.
Don’t walk behind me, I may not lead.
Just walk beside me and be my friend.

Salam MAAL HIJRAH

Sedar tak sedar dah masuk tahun baru bagi umat Islam..tutup kitab lama buka kitab baru.Semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya...

Pada 26hb yang lepas, kami sekeluarga pulang ke kampung suami di Pontian.Anak-anaklah yang paling suka dapat berjalan dan berjumpa sepupu-sepupunya disana.Tujuan balik tak lain tak bukan kerana nak menjemput anak daraku yang sudah 2 minggu tinggal di sana.

Kali ini kami mengubah selera perjalanan. Pukul 4 pagi dah bertolak. Seronok dan rasa lebih selesa memulakan perjalanan waktu itu. Sunyi tambahan tak banyak kenderaan.Singgah solat subuh dan sarapan di Hentian Pagoh.Tepat jam 8.30 pagi sampai ke destinasi.Pastinya selepas ini kami akan mengekalkan waktu perjalanan seperti ini.

Esoknya pula kami ke Batu Pahat melawat bapa saudara suami yang sakit.Panas sungguh cuaca disana.Terasa seperti hari raya pula,almaklumlah sebenarnya kami balik kampung ni setahun sekali sewaktu raya aidilfitri.Seawal pagi lagi saya sudah mengingatkan abang ipar supaya balik awal kerana kami tak mahu ketinggalan untuk berdoa awal dan akhir tahun.Walau pun sampai semula ke pontian lebih kurang 6.45 ptg,Alhamdulillah sempat juga menunaikan hasrat kami suami isteri.(itupun setelah memecut 160km/jam-jalan kampung)..Jiwa lebih tenang dan damai selepas itu.Harapan diri ini semoga ada perubahan yang lebih besar untuk kami sekeluarga.Perubahan yang baik ke arah lebih baik..aminn

December 18, 2008

Teringat dulu-dulu...




tetiba plak rasa cam dah tua...rasa je...perasaan je....


-setiap orang pasti memilikinya



- main kad happy family








- chewing gum yang digemari





-pensel box yang ada tekan-tekan








-klo bab main guli ni-akula juara







-ha..korang mesti ingat ni







- ni le cokelat yang mampu milik....





itulah yang di namakan kenangan yang tak akan mungkin akan berputar semula.klo ikutkan banyak lagi gambar kenangan yang boleh upload,..tapi takpe buat stok dulu

December 17, 2008

Seronoknya...

Mana tak seronok..semalam dapat ilmu baru dari adik hani.puas ati tul.Selepas menziarahi adik Hani sekeluarga...balik rumah...selesaikan diri..mmm..pe lagi mengadap pc la tanpa lengah..sedar tak sedar jam sudah pukul 2 pagi.Bila kegilaan dan keseronokan tu da datang,lupa alam sekitar...kesiannya anak ku yang dua orang tu tidur tanpa ibu di sebelah..kekadang diri ini perlu ada ruang waktu yang tersendiri..untuk diri sendiri..Mujur "papa jahat" begitu memahami..memang aku menghargai..Amyway..adik hani terimakasih banyak-banyak..terima kasih pada mama yang rajin melayan kami sekeluarga..terima kasih..

papa..papa jahat..



Slideshow


kekuatan ku disini



Slideshow


December 15, 2008

adusss....kena TAG!!!

Rule1:People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

Rule2:Tag 6 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.

1. Do you have secrets?
many..deep inside my heart

2. Would you fall in love with a guy/gurl younger than you?
Ha??no...never

3. What is your favourite animal?
erkkk...sorry to say...no!!

4. What would you do with a billion dollars?
bayor le pe yg patut....

5. Will you fall in love with your friend?
Hmm...interesting...yes i did.....heh..heh da jadi husband pun!

6. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
kih...kih

7. List your favourite movies
:Princess hours (korean)
:Avatar
:200 thousand of beauty(korean)

8. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
hangin lerr...satu badan!!!

9. List 5 favorite TV shows

:One In A Million
:tu...r bila x nmpak dpn mata..x tau

10. Do you have any regrets?
hmmmm...many

11. Would you be the person that you are if you were to be reborn?
imposible....dik oi

12. What do you want the most at the moment?
peace..

13. What kind of person do you think the person that tagged you is?
mmm.ni adik hani...crazy mania with korean story,kiut-miut,brilliant...ooh penuh kang nk describe...

14. Would you rather be single and rich or married but poor?
Prefer married...rich....grab it

15. What is your favourite color?
red and blue!!

16. Would you give all in for a relationship?
No!!

17. If you fall in love with two persons simultaneously, which one would you choose?
mmmm...Best man win

18. Name the country you want to visit the most .....
of course la my kampung...Switzerland!!!!!!!

20. People I have tagged
:halllamakkk...

December 10, 2008

ArCa-ArCa MeNarIk




December 5, 2008

JoMM..AlPhA LiPiD


Apa itu Alpha Lipid LifeLine ?

Alpha Lipid Lifeline™ diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut.

Alpha Lipid Lifeline™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL. Susu Alpha Lipid Lifeline™ adalah kolustrum kuality tinggi (grade10) dengan formula unit lebih mudah diserap cepat dan berkesan 100% ke dalam system penghadaman berbanding kolostrum jenam
a lain.

Anda Mempunyai Masalah Kesihatan ?
Keberkesanan product ini dalam melegakan bermacam-macam penyakit seperti:
  1. Asma
  2. Arthritis
  3. Allergy
  4. Buasir
  5. Bisul
  6. Buah Pinggang
  7. Ezema
  8. Fybroi
Peluang menambah pendapatan!!!
Keterangan lanjut hubungi : Hainy -017 - 3701538

December 3, 2008

Cuti-Cuti Malaysia

syoknye depa ni g ikut tuk ngan nenek g langkawi.tak pa la no...nak gi sendiri entah bila..
cuti pun da nak abisss...
anyway kids...have fun enjoy the day....

MANDIKAN AKU BONDA-baca tau

MANDIKAN AKU BONDA!
Di bawah ini adalah satu contoh tragis sering kali orang tidak mensyukuri apa yang dimilikinya hingga keakhirnya

Rani, sebut saja begitu namanya. Kawan sekuliahku ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme yang tinggi. Sejak masuk kampu s, sikap dan konsep dirinya sudah jelas meraih yang terbaik, di bidang akademik mahupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.

Ketika pihak Universiti menghantar mahasiswa untuk menuntut di International Law Di Universiteit
Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah seorang daripadanya.. Saya pula lebih memilih menyelesaikan pendidikan dalam bidang kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat jodoh yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meskipun berbeza profesion.

Aliffya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai Staf Diplomat, bertepatan dengan selesai suaminya meraih PHD. Maka lengkaplah kebahagiaan mereka. Kononnya, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''Aliff'' dan huruf terakhir ''Ya'', jadilah nama yang enak didengar: Aliffya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Aliff, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak GARUDA, hampir setiap hari ia terbang dari satu
kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain. Sebenarnya saya pernah bertanya, ''tidakkah si Aliff terlalu kecil untuk ditinggal-tinggalka n? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is ok!'' ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Aliff melalui telefon. Aliff membesar menjadi anak yang kelihatan lincah, cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonj olkan kebanggaan mereka kepada cucu yang amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan wang yang banyak. ''Contohilah ayah-Bonda Aliff, kalau Aliff besar nanti.'' begitu selalu nenek Aliff (ibu Rani) berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya. Ketika Aliff berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik. Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk menghadirkan seorang adik buat Aliff. Sungguh anak kecil ini "memahami" orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Aliff, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek. Meski kedua orangtuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut.bahkan, kata Rani, Aliff selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani memanggilnya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orangtuanya super sibuk, Aliff tetap membesar dgn penuh kasih sayang. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Aliff menolak dimandikan baby sitter. "Aliff ingin Bonda mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolak permintaan Aliff sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut memujuk Aliff agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya. Sesungguhnya, Aliff mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut. Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!'' kian lama suara Aliff penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Aliff sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agak lebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Aliff dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter. 'Puan doktor, Aliff demam dan kejang-kejang. Sekarang di emergency" dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late. Allah SWT sudah punya rencana lain. Aliff, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Aliff, sedang merasmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Aliff mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Bonda lif, Bonda mandikan Aliff,'' ucapnya lemah, di tengah-tangah jemaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''ini sudah takdir, ya
kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan ?" saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "ini konsekuensi dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kemboja. Tiba-tiba Rani berlutut. "aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Aliff. Beri kesempatan Bonda sekali saja lif. Sekali saja, Aliff....... ...." Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Aliff. Senja pun makin tua.

§ Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya.
§ Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat.
§ Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang disayanginya. Akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi abaikan saja dulu.
§ Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada.
§ Pelajaran yang sangat menyedihkan. Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam kisah tersebut.

December 1, 2008

Cabaran


kekadang terasa bosan mengadap kerja yang tak sudah.tapi diteruskan jua kerna itulah cabaran hidup.hati kadangkala tercabar dengan kerenah orang yang terlebih elit.tercabar dengan date line...tercabar dan tercalar kerna hilang kerjasama.tercabar dengan kata-kata. layan je la kerna itulah cabaran...

BerDua dengAnmu

PEaace.....

Laila.....ls laila....

Hanya kau


10 November 08'

hari ni dik lang (iman Nur hakim) konvo.Kata nenek boleh la
cari kerja lepas ni..Yang penting kami sekeluarga merasa sangat lega kerana tak perlu lagi berulang alik ke rumah neneknya.Rutin kami setiap minggu...penat memanglah penat tambahan harga minyak yang tak menentu.namun..demi anak tercinta di gagahi jua...